Written by AbangNara | October 8th, 2009

finalist miss world malaysia 2009

Mak aih ramai betul calon-calon Miss World Malaysia 2009 nie. Sampai 21 orang tue. Nasib baik orang Melayu dah tak boleh masuk. Kalau tak mesti sampai 40-50 orang calon dia. Berpinau kejap mata kami tengok gambar finalis Miss World Malaysia 2009 nie. Bukan berpinau sebab seksi, tapi berpinau sebab taklah secantik mana pun calon-calon nie di mata kami. Patutlah Malaysia tak pernah menang Miss World.

Namun begitu, dengan semangat 1Malaysia yang membara di hati, kami tetap ingin ucapkan selamat maju jaya dan selamat bertarung di atas pentas catwalk kepada finalist-finalist Miss World Malaysia 2009 nie. Jangan sampai tergolek dok dah la ye. Hati-hati melangkah dengan kasut tumit tinggi 5 inci tue. Kang patah kaki siapa jugak yang susah?

Lagi finalist Miss World Malaysia 2009 pictures and photos dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Dah jadi fan BeautifulNara dalam Facebook? Apa kata korang yang ada Facebook tue jadi fan kitorang. Boleh bertukar-tukar gambar dalam tue dan kadang-kadang ada info kitorang update terus je dalam tue. Meh-meh pakat ramaikan fan BeautifulNara di Facebook. Klik je gambar kat bawah nie.

 
Written by AbangNara | October 8th, 2009

Awal dah keluarkan statement kata dia tidak terlibat dengan cinta tiga segi antara Scha dan Fahrin. Tatau macam mana kuar gosip pasal dia bercinta ngan Scha, mungkin taktik je nak menghangatkan lagi Sehati Berdansa.

Rupanya Awal dah ada pilihan sendiri yang BUKAN artis, tapi dengarnya bekerja dalam bidang seni gak. Haa baguslah, mungkin lebih memahami kerjaya Awal. akdelah kalau Awal balik kol 3 pagi kena baling pinggan pulak….Deorang cadang nak kawin dalam 2 tahun lagi. Tapi sementara tengah bercinta ni takmau kecoh-kecoh nanti tak jadi pulak.

ha betul jugak, kang dah kecoh ramai pulak member2 lama call balik, xBf call pulak..yolah dah gelemer dating artis… apa pon Bang Nara adalah tu can nak ngorat Scha haha.

Written by AbangNara | October 8th, 2009

[note]“Memang saya akan menamatkan zaman bujang, tapi yang pasti, bukan dengan dia (Fasha Sandha).”

Demikian pengakuan atlet ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fathil yang sebelum ini beria-ia memberitahu akan membuat pengumuman mengenai pertunangan dan pernikahannya dengan pelakon dan model iklan itu selewat-lewatnya bulan ini.[/note]

Sebelum korang baca lebih lanjut pasal cerita ni, korang kena baca ikut kronologi dulu ya supaya boleh paham jalan cerita.

http://beautifulnara.com/cerita-terbaru-fasha-sandha/

http://beautifulnara.com/kronologi-kisah-cinta-fasha-sandha/

http://beautifulnara.com/gambar-qabil-ambak-bakal-suami-fasha-sandhagambar-qabil-ambak-ekuin-negara-bakal-suami-fasha-sandha/

http://beautifulnara.com/gambar-fasha-sandha-dan-rizal-ke-mana-qabil/

http://beautifulnara.com/panaspengakuan-berani-mati-fasha-sandha/

http://beautifulnara.com/fasha-sandha-kantoi-menipu/

Kesian jugak kat Fasha tau. Cuba korang duduk di tempat dia…mau nangis baling-baling bantal. Mata bengkak, takleh kuar umah…tapi mungkinkah jua Fasha sudah ada ganti?

__________________________________________________________________________________________

 
Written by AbangNara | October 8th, 2009

ayah nasha aziz

Ish,ish,ish. Sekali baca tajuk kat atas tue nampak macam betapa derhakanya Nasha Aziz kat ayah dia nie. Nie ayah betul tau. Ayah kandung. Bukannya ayah angkat ke, ayah sedara  ke, atau ayah Pin. Betul ke sampai hati si Nasha nie nak bergaduh ngan ayah dia kat mahkamah nie? Meh kami ceritakan apa yang terjadi sebenarnya.

#Sila baca dengan penuh penghayatan seperti membaca novel cinta Melayu

Suatu ketika dulu, selepas Nasha Aziz yang cun melecun ini dilahirkan di dunia, Nasha telah dibela oleh ayah saudaranya. Dari kecil sehinggalah besar panjang iaitu kira-kira selama 35 tahun, Aziz Hathim (nama bapa saudara Nasha) menatang Nasha seperti minyak yang penuh. Diberi kasih sayang, kemanjaan dan harta benda sehingga Nasha menjadi apa yang Nasha jadi sekarang ini.

Mengikut lumrah makhluk yang bergelar manusia, sudah tentulah Nasha memanggil pakciknya ini dengan gelaran ayah. Bersesuaian benar dengan pengorbanan dan curahan kasih sayang beliau terhadap Nasha. Malah sudah tentulah hubungan mereka benar-benar rapat kerana sejak kecil lagi dibela oleh Aziz Hathim. Mungkin tidak keterlaluan dikatakan yang hubungan mereka berdua seperti ayah dan anak walaupun secara benarnya Aziz Hathim adalah ayah saudaranya. Nasha telah diserahkan kepada Aziz Hathim oleh ayah kandungnya, Abdul Aziz setelah bercerai dengan isterinya.

Sayugia apabila ayah saudaranya, Aziz Hathim meninggal dunia, Nasha Aziz telah pun menyatakan kesedihannya kerana kehilangan ayah. Memang benar Nasha telah menggunakan perkataan “ayah”nya telah meninggal sedangkan ayah kandungnya, Abdul Aziz masih segar bernyawa. Maka sebab itulah, Abdul Aziz, si ayah kandung ini kecewa dan berang kerana dia masih hidup tapi telah dikatakan mati. Malah mungkin Abdul Aziz kecewa kerana Nasha tidak mengiktiraf dirinya sebagai ayah kandung.

Kesimpulannya, adakah wajar Nasha berbuat begitu? Atau adakah ini over-acting si ayah kandung, Abdul Aziz? Maklumlah, dia tak menjaga Nasha langsung tapi masih malu apabila Nasha menyatakan “ayah”nya (pakcik saudara) telah meninggal dunia. Mungkin mahu menjaga nama baik nya kot. Maklumlah, Abdul Aziz nie seorang guru silat. Jadi ada reputasi yang perlu dijaga.

Jadi adakah anda faham situasi apa yang sedang berlaku sekarang ini? Kalau tak faham pun buat-buatlah faham. Memang agak complicated tapi rasanya masih boleh diselesaikan di luar mahkamah. Masalah kecik jer nie. Takkanlah sedarah sedaging pun sampai nak naik court. Malu wei ~~~~~~~

Kalau nak baca keratan akhbar kisah Nasha Aziz dan kontoversinya bersama ayah kandungnya, sila baca artikel ini sepenuhnya.