Written by AbangNara | April 8th, 2009

gambar artis baju sama

Alamak macam mana boleh terkantoi baju sama pulak nie. Mungkin itu yang akan dijerit oleh selebriti Malaysia ini kalau terlihat gambar di atas.

Takkan la baju yang dipakai oleh Siti Nurhaliza dan Zamzarina(betul ke eja nama dia macam nie) ada dijual secara bundle kat pasar malam kot? Rasanya mungkin ada produksi yang bekalkan baju ini untuk sesi fotografi.

Tapi siapa yang lebih menawan walaupun memakai baju yang sama? Mesti ramai cakap Siti Nurhaliza kan? Takpe nanti kami cuba super imposekan muka artis-artis lain dengan baju ini dan kita bandingkan sama-sama kelak.

Written by AbangNara | April 8th, 2009

jo anna rampas

UPDATE: Kesemua gambar ini adalah milik Rithzal. Terima kasih dan maaf dipohon kerana tak beri kredit sebelum ini.

Dengan ini kami mengisytiharkan yang Jo Ann Sue Henley Rampas kini akan menjadi model rasmi blog BeautifulNara.Com.

Mohon maaf kepada Scha Al-Yahya kerana takhta anda selaku awek paling cun di BeautifulNara telah dirampas oleh Jo Ann Rampas.

Tak puas dengan gambar Jo Ann Sue Henley Rampas semalam, kami menggeledah Google untuk mencari lagi gambar-gambar posing awek Sabah ini.

Memang mantap-mantap semua gambar Jo Ann Henley Rampas nie. Posing dia yang sempoi memang bisa menggegarkan jantung lelaki-lelaki di luar sana.

Tapi jangan kecewa sebab desas desus kedengaran yang si Jo Ann Rampas ini adalah awek Adam Akademi Fantasia. Benar atau tidak, kita tunggu pengakuan dari Adam dan Jo Ann Sue Henley Rampas.

Sila layan lagi koleksi gambar-gambar Jo Ann Sue Henley Rampas dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 8th, 2009

gambar wan zaleha radzi

Terkejut kera sekejap kami bila tengok gambar terbaru Wan Zaleha Radzi nie. Kurus kering gila-gila punya nie. Rasanya dulu dia berisi jugak, tak tahu napa jadi macam nie sekarang. Makan hati ker?

Oh ya untuk pengetahuan anda gambar ini diambil semasa Wan Zaleha jadi model untuk pakaian kuda. Mungkin dia kurus sebab banyak guna tenaga tunggang kuda kot?

Ada satu lagi gambar jarak dekat untuk anda melihat tahap kekurusan sebenar Wan Zaleha. Baca artikel ini sepenuhnya untuk lihat gambar tersebut.

 
Written by AbangNara | April 8th, 2009

gambar terbaru memey norman hakim

.

Padan muka Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Kes khalwat dua orang gila populariti nie dah ditangguhkan sebab hakim yang bertugas diarahkan supaya tidak mendengar kes tersebut.

Kesian betul kat dua orang nie. Sampai hakim pun malas nak layan kerenah diorang. Mesti hakim-hakim syariah kat Malaysia nie dah naik nyampah kat diorang kot.

Banyak jugak dengar gosip-gosip panas pasal Norman Hakim dan Memey Suhaiza nie. Khabarnya Memey masih tinggal kat pejabat Norman la. Kononnya diorang dua dah kawin la. Macam-macam berita yang tak dapat disahihkan berkeliaran pasal diorang dua.

Kalau korang ada selera nak tengok gambar terbaru Memey Suhaiza dan Norman Hakim masa kat mahkamah semalam, baca artikel ini sepenuhnya.