Written by Bella | March 23rd, 2017

Penyanyi Hazama dan isterinya, Genvervie Kam mengakui sedih kerana hasrat mereka untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian. Genervie harus menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

Pada mulanya, kami gembira kerana doktor memaklumkan isteri mengandung. Namun, selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ia adalah pendarahan dalaman kerana isteri mengandung di luar rahim.

Doktor juga memaklumkan isteri perlu menjalani pembedahan dengan segera. Mujur saya cepat bertindak dengan membawa Genervie ke hospital. Ini kerana jika lambat ia boleh membawa maut.

Walaubagaimanapun, mereka redha dengan ketentuan Tuhan dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

Genervie akan berehat di rumah selama dua minggu sebelum kembali bekerja. Saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.

Agaknya kerana kami sendiri belum bersedia untuk menimang anak lagi kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada rezeki kami merancang untuk mendapat anak tahun depan.

Apa yang penting, pembedahan yang dijalankan berjalan dengan lancar.  Pasangan mana yang tidak teruja untuk mendapat cahaya mata sulung mereka bukan? Tetapi bak kata pepatah kita hanya mampu merancang dan selebihnya terserah di tangan Tuhan.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | March 23rd, 2017

Semalam, pengasas kosmetik MERVE, Joy Revfa telah sah mengikat tali pertunangan dengan selebriti Hafiz Hamidun. Sebelum ini, kita hanya mendengar Hafiz sahaja yang bercerita mengenai tunangnya itu yang hanya beliau kenali selama dua bulan.

Kali ini Joy pula berkongsi apa yang beliau rasakan terhadap Hafiz. Menurut Joy, sikap penyayang Hafiz membuatkan pintu hati wanita itu terbuka sekali lagi untuk bergelar isteri selepas perkahwinan pertama beliau gagal sekitar tiga tahun lepas. Malah, Joy mempercayai Hafiz mampu untuk membimbing beliau dan anaknya ke arah yang lebih baik.

Dia seorang yang sangat tenang dan penyayang. Hafiz sangat berbeza dengan lelaki lain yang pernah saya kenali. Saya yakin dia dapat bimbing saya dan anak hingga ke syurga. Saya berdoa hubungan ini sampai ke akhir hayat kami.

Pada masa yang sama, Joy turut menafikan bahawa perkahwinan mereka adalah sebab isu kekayaan seperti yang didakwa oleh netizen.

Kalau nak dibandingkan dengan saya, dia sudah ada empayar perniagaan sendiri yang lebih besar daripada saya. Kami berdua adalah usahawan jadi tak perlu timbul kami nak kahwin sebab harta kerana dia pun ada perniagaan sendiri. Kami berdua ada aset sendiri.

Joy sebenarnya tidak kisah jika ada sesetengah pihak kembali membangkitkan kisah peribadinya pada masa lalu dan mengkritik hubungan beliau dengan Hafiz. Sebagai seorang ahli perniagaan, beliau sudah lali dengan semua itu.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Arteffects International Azie Graphy

Written by Bella | March 22nd, 2017

Siapa yang tidak kenal dengan si comel Aaisyah Dhia Rana, terbaru anak perempuan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini bakal muncul dengan program realiti beliau sendiri iaitu Little Princess Aaisyah.

Terlibat dengan pelbagai juga tawaran dalam bidang seni sebelum ini, mula ada pihak yang mendakwa Che Ta sengaja menggunakan populariti Aaisyah untuk mengaut keuntungan. Betul ke?

Mungkin sudah terbiasa dengan kritikan orang, Che Ta nampaknya tidak mudah melatah dengan dakwaan tersebut dan menjelaskan setiap pendapatan yang diterima oleh Aaisyah disimpan untuk masa depannya.

Kalau bayaran sesuatu program itu berbaloi, kenapa saya perlu tolak? Lagipun, duit itu dia (Aaisyah) yang punya. Saya tidak pernah ambil satu sen pun.

Tapi saya rasa tidak salah kalau dia buat duit sendiri sekarang. Semua demi masa depan dia sendiri. Orang hanya tahu mengutuk sahaja.

Kata orang rezeki jangan ditolak bukan? Selagi ada peluang, apa salahnya untuk Che Ta melakukan sesuatu yang dapat menjamin masa depan Aaisyah juga sebenarnya.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | March 22nd, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada selebriti, Hafiz Hamidun yang sudah bertunang dengan pengasas kosmetik, MERVE, Joy Revfa dalam satu majlis khas yang diadakan di The Venue Shah Alam pada jam 3.20 petang tadi.

Hafiz tampak segak berbaju Melayu dan Joy turut mengenakan busana sedondon berwarna “peach”. Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran kepada Joy.

Majlis pertunangan disempurnakan oleh ibu Hafiz, Laila Sarji yang menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Joy.

Ketika majlis berlangsung, Hafiz memberitahu beliau dan Joy bakal bernikah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 1 Mei depan.

Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, saya yakin Joy adalah wanita yang sesuai sebagai suri hati. Dia mempunyai aura sebagai wanita yang tabah mengharungi kehidupannya selama ini.

Joy yang sebelum ini pernah berkahwin mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Berita TV9

Page 3 of 3,0941234567...Last »