Malay | BeautifulNara - Part 20
Written by serenity | October 5th, 2017

Video muzik single Datuk Seri Vida (DSV) yang berjudul I Am Me kini sudah dimuat naik ke YouTube. Dalam video itu, Vida dihiasi dengan kilauan emas permata dan wang ringgit dan bagi usahawan popular ini, dia bukan mahu riak tetapi inilah yang diinginkannya dalam video muziknya.
vlcsnap-2017-10-05-14h43m05s859

Video itu dimuat naik ke rangkaian YouTube DSV semalam dan setakat ini sudah ditonton lebih 30,000 kali dan mendapat lebih dua ribu likes.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 5th, 2017

Penahanan Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman oleh pasukan polis kerana kes penipuan banglo kini dilanjutkan. Dari dua hari reman, penahanan Boy Iman dilanjutkan kepada dua hari lagi iaitu sehingga 6 Oktober.

Utusan Online melaporkan, Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties, ditahan semula semalam direman lagi selama dua hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap beliau sehingga 6 Oktober itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar, Nor’iza Mohamed.

Boy Iman direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dengan menipu dalam projek pembinaan rumah.

Terdahulu, suspek dibawa oleh anggota polis ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian lokap berwarna jingga.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 5th, 2017

Sekiranya anda mengikuti akaun sosial isteri Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin, pastinya anda mengetahui bahawa mereka sekeluarga kini berada di kota London. Namun Shaheizy tidak turut serta. Ketidakpemergian Shaheizy Sam menemani isteri dan anaknya telah menyebabkan netizen menyangka bahawa status muflis pelakon itu menyebabkan dia tidak boleh terbang ke luar negara. Untuk makluman, LHDN telah mengeluarkan notis muflis kepada Shaheizy Sam kerana tidak membayar cukai pendapatan.

shaheizy sam

Enggan membiarkan netizen berteka-teki, Shaheizy Sam telah tampil memaklumkan sebab sebenar dia tidak terbang ke London. Kata Shaheizy Sam:-

Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem ‘Polis Evo 2’ tidak lama lagi. Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini. Jadi saya harus mempersiapkan diri.

shaheizy sam

Semoga dengan penjelasan ini, para netizen tidak membuat tanggapan salah kepada Shaheizy Sam. Untuk makluman, Shaheizy Sam mempunyai masa sehingga 15 Februari 2018 untuk menyelesaikan cukai tertunggak sebanyak RM300,000. Semoga berjaya.

Written by AbangNara | October 5th, 2017

Telah pun bercerai pada bulan Januari 2016, perkahwinan Jejai dan Fasha Sandha dimeriahkan dengan kehadiran 2 orang cahaya mata. Kedua-dua anak hasil perkongsian hidup ini masih kecil dan memerlukan kasih sayang ibu bapa sepenuhnya. Sudah tentu penceraian ini sedikit sebanyak memberi impak kepada anak-anak tercinta.

fasha jejai

Namun hari ini menerusi akaun Instagramnya, Jejai telah memuatnaik satu gambar yang membuatkan para netizen berteka-teki. Adakah Jejai dan Fasha akan rujuk kembali? Adakah mereka akan berkongsi hak penjagaan? Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda. Hanya Jejai dan Fasha yang tahu kebenaran di sebalik gambar di bawah:-

fasha jejai

Alhamdulillah, Tuhan telah memberikan petunjukserta hidayahNya kepada saya dan Fasha, jalan-jalan kebaikan diantara kami, dengan kami dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak dan saya sangat bersyukur dengan anugerah ini

jejai fasha

Apa pun berita ini adalah sangat baik untuk anak-anak tercinta walaupun kita tidak tahu apakah perancangan Jejai dan Fasha. Semoga jalan penyelesaian yang dipilih akan menggembirakan hati semua pihak, terutamanya anak-anak tercinta. Sama-sama kita doakan.

Page 20 of 3,340« First...10...1819202122...304050...Last »