Written by AbangNara | May 21st, 2013

Berita baik buat wanita-wanita di luar sana yang meminati Fizo Omar. Tuan punya badan telah mengesahkan bahawa hubungan percintaannya dengan Asmidar Jaafar telah berakhir. Kini Fizo Omar kembali single and available.

fizo omar

Fizo Omar dan Asmidar hanya sempat bercinta selama 2 bulan. Kata Fizo Omar kepada portal GUA:-

Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas dan hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja. Apa yang boleh saya katakan, mungkin tidak ada keserasian antara kami atau mungkin masing-masing susah nak beri komitmen dengan perhubungan ini. Pendek cerita, memang tak ada jodoh antara kami dan mungkin dia layak dengan seorang yang lebih baik. Perkara ini tidak ada kaitan dengan pihak ketiga. Kami berpisah dengan cara elok. Ada juga mengaitkan bekas kekasih saya sebelum ini sebagai punca. Saya minta agar jangan kaitkan doktor itu dalam kes ini sebab dia tak ada kena-mengena.

fizo omarAbang Nara tengok mereka berdua memang sesuai sangat. Memang sama cantik sama padan. Namun sayangnya tiada jodoh. Yang pasti, ramai lagi gadis-gadis di luar sana yang sudi menjadi kekasih Fizo Omar. Pasti suatu hari nanti akan bertemu jua.

P.S: Spyshot Proton Preve Hatchback

Written by AbangNara | May 21st, 2013

Tekad sungguh nampaknya si Eina Azman ini. Yakin berada di pihak yang benar, Eina akan meneruskan hasratnya untuk menyaman ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohammad. Untuk makluman, sebelum ini Eina memberikan tempoh masa 7 hari kepada Hasliza untuk memohon maaf kepadanya.
eina azmanKata Eina Azman kepada Berita Harian:-

Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Mereka akan uruskan, tunggu apa saja yang akan berlaku seterusnya. Sampai sekarang ibu Afiq tidak meminta maaf. Malah keluarga ibunya juga menyerang saya di laman Twitter.

Saya tidak akan meminta maaf dan tiada sebab untuk saya meminta maaf. Ibu Afiq yang memburukkan dan mengaibkan saya, bukannya saya. Saya berani cakap begini sebab saya ada bukti di atas segala percakapan saya.

eina azman

Nampaknya masalah ini tidak akan dapat diselesaikan secara mudah. Kalau benar kes ini ke mahkamah, teringin juga ingin melihat bukti yang dimaksudkan oleh Eina Azman. Tambah Eina lagi-

Apa yang ibu Afiq beritahu dalam program hiburan Melodi kelmarin semuanya bercanggah. Biarlah nanti ibu saudara Afiq, Norlela yang tampil memberi penjelasan. Ibu saudaranya itu cukup mengenali Afiq dan dia menjaga Afiq ketika kecil.

Secara jujur, Abang Nara tak nampak kenapa Eina Azman perlu sampai tahap saman menyaman. Pasti ramai yang tidak menyokong tindakan Eina ini. Sepatutnya Eina bersikap lebih terbuka dan memaafkan ibu Afiq walaupun memang ibu Afiq yang bersalah. Senang sikit nak diterima jadi menantu suatu hari nanti. Tak gitu?

P.S: Kalau Fer White untuk kecantikan orang dewasa, Fer Kids dirumus khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Sangat bagus untuk kecerdasan minda dan memberi tenaga. Untuk tempahan dan persoalan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke lorongsetia8@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.

Written by AbangNara | May 20th, 2013

Pasti ada yang gembira dan ada yang sedih dengan berita ini. Rancangan realiti TV popular, Akademi Fantasia kini kembali semula. Sebelum ini, rancangan yang lebih dikenali dengan singkatan AF ini telah pun ditamatkan selepas 9 musim. Juara terakhir AF ialah Hazama.
af
Majlis pelancaran dan sidang media Akademi Fantasia 2013 akan diadakan pada 23 Mei ini. Dikatakan bahawa AF akan kembali dengan pengisian serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Sama-samalah kita nantikan perincian mengenai program AF pada sidang media kelak.
akademi fantasia 2013
Apa pendapat anda mengenai kemunculan semula Akademi Fantasia?

P.S: Ada Cara Berhenti Merokok Paling Mudah?? KLIK GAMBAR INI

Written by AbangNara | May 20th, 2013

Menarik juga sekiranya Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah bercinta sesama sendiri. Dua-dua masih single. Dua-dua masih mencari. Dua-dua suara sedap. Dan paling penting, dua-dua sama cantik dan sama padan. Tak gitu?

anuar zain

Semoga satu hari nanti, pintu hati mereka akan terbuka dan mana tahu memang ada jodoh di antara mereka. Buat masa ini, kita boleh mendengar gabungan suara mantap mereka di dalam album rakaman persembahan Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas yang telah berlangsung tahun lepas.

anuar zain

Pasti album yang terhasil tinggi kualitinya. Kehebatan kedua-dua penyanyi ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Jadi jangan lupa dapatkan album ini di kedai muzik berhampiran anda. 11 lagi gambar Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

 
Page 2 of 1,25212345...Last »