Written by AbangNara | October 13th, 2017

Serius Abang Nara rasa terharu sangat-sangat mendengar berita kehamilan Siti Nurhaliza. Rasa nak mengalir air mata. Selepas 11 tahun menanti, akhirnya beliau dikurniakan rezeki untuk menjadi seorang ibu. Alhamdulillah. Pengumuman n secara ‘live’ ini telah dilakukan selepas majlis doa selamat dan kesyukuran di kediaman Siti Nurhaliza dan Datuk K di Bukit Antarabangsa.

siti nurhaliza mengandung

Berikut ialah petikan daripada ucapan Siti Nurhaliza tentang kehamilannya:-

Selama empat bulan menyepi banyak berita dan spekulasi yang timbul mengenai diri saya. Namun saya tetap mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tidak ada sebab lain, melainkan saya ingin menjaga kehamilan peringkat pertama.

Apabila disahkan hamil, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada kandungan. Lagi pula ini penantian saya dan suami selama 11 tahun. Jadi, saya fikir biarlah berehat daripada menyanyi dahulu. InsyaAllah selepas ini saya boleh fokus semula.

Diakui, ini percubaan saya yang ke beberapa kali. Alhamdulillah, kali ini Allah berikan saya rezeki ini. Ini cahaya mata yang saya impikan selama ini. Selama empat bulan saya berdiam diri dalam bilik.

Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan. Saya berharap penjelasan ini dapat merungkai segala persoalan. Diharap tidak ada lagi sebarang spekulasi timbul. Apa pun, doakan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar

siti nurhaliza mengandung

Tahniah sekali lagi buat Siti Nurhaliza dan Datuk K atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Tahniah!!! Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 13th, 2017

Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, Siti Nurhaliza sebentar tadi telah mengumumkan kehamilannya. Isteri kepada Datuk K dan penyanyi kesayangan ramai ini memaklumkan di dalam satu sidang media yang turut disiarkan menerusi laman sosialnya bahawa dia kini sedang mengandung 4 bulan.
siti nurhaliza hamil
Datuk Siti Nurhaliza juga memanjatkan rasa kesyukuran dan memaklumkan telah mendapat rawatan kesuburan untuk membantunya hamil. Kehamilan ini juga merupakan sebab dia berehat daripada melakukan sebarang aktiviti seni.
siti nurhaliza mengandung

Tahniah diucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K atas berita gembira ini. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Sama-sama kita doakan. Amin.

Written by serenity | October 13th, 2017

Kemelut rumahtangga yang melanda Hafiz Hamidun mendapat perhatian ramai pihak, termasuk pengacara legenda Azwan Ali.

Melalui satu status Instagram, Azwan Ali mempersoalkan tidakan Joy Revfa mengadakan sidang media tentang Hafiz Hamidun.

image

Status itu disambut oleh pengikutnya yang juga menyatakan rasa kesal mereka kerana berita mengenai sidang media itu mengganggu mereka sejak pagi semalam.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 13th, 2017

Perkara pertama yang Abang Nara terfikir apabila menyebut “nafkah batin” sudah tentu aktiviti yang hanya boleh dilakukan oleh suami isteri iaitu hubungan seks. Otak Abang Nara tak adalah bersih suci sangat. Memang kalau nafkah batin = seks. Lepas tue barulah terfikir bab-bab batin lain seperti gembirakan hati isteri, bermain dengan anak-anak, bagi didikan agama dan sebagainya. Jadi sudah tentu Abang Nara keliru apabila Joy Revfa memaklumkan yang Hafiz Hamidun tak mampu memberi nafkah batin kepadanya di sidang media semalam.

joy revfa

Joy Revfa telah pun menggunakan akaun sosialnya untuk memberi penerangan lebih lanjut tentang “nafkah batin” yang dimaksudkannya di dalam sidang media semalam. Tulis Joy:-

NAFKAH BATIN? Apa maksud sebenarnya?
.
Since ramai sgt yg kecoh ttg tentang NAFKAH BATIN.. Haa ni nak perjelaskan yg cetek sgt ilmu tu. Jangan pikir Nafkah Batin kononnya nak buat anak je. Dia gagal memberi nafkah batin yg saya maksudkan di sidang media tadi tu membawa byk maksud.. (tak perlu saya perjelaskan disini) Jangan fikir Nafkah Batin tu happy2 atas katil je..

Kalau tak tahu sgt maksud tu google atau tanya ustaz2/ustazah2 dulu apa sebenarnya Nafkah Batin yg saya maksudkan. Yg tetap menghukum saya konon membuka aib dia, silakan. Hanya yg follow kes saya dari awal saja tahu siapa yg buka aib siapa terlebih dahulu.

Tak perlu saya nk explain satu persatu, org2 bijak pandai je yg tahu berfikir & menilai siapa benar atau siapa salah. Akal pendek je salah anggap maksud sebenar Nafkah Batin tu.
.
Bila kita DIAM org duk menghina & mencaci. Bila kita BERSUARA & perjelaskan perkara sebenar org menghukum pulak. Terpulang lah. Bagi saya hanya Allah swt sebaik2 penolong & pelindung..

joy revfa

Joy Revfa turut memuatnaik gambar di bawah sebagai penjelasan “nafkah batin” yang dimaksudkannya:-

joy revfa

Hari ini Abang Nara telah belajar satu ilmu baru daripada Joy Revfa. Terima kasih Joy. Maksud “nafkah batin” ini memang meluas rupanya, bukan sekadar hubungan seksual seperti yang Abang Nara fikirkan. Semoga anda semua juga dapat belajar sesuatu yang baharu hari ini. Sumber Instagram Joy Revfa.

Page 10 of 3,340« First...89101112...203040...Last »