Written by serenity | November 16th, 2015

Tagline ‘Terlajak Laris’ produk DHerbs boleh diakatakan menjadi satu fenomena untuk perniagaan kosmetik di negara ini. Pengasasnya, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid telah menganjurkan majlis Malam Gala Fantasy DHerbs 2015 malam Sabtu lepas. Dengar tajuk pun sudah tentu anda boleh mengagak yang majlis ini bertemakan fantasi. Individu yang hadir pada malam ini mengenakan kostum dan solekan seperti watak-watak dalam kisah dongeng dan fantasi.
 photo 12093600_188673531471963_1697006903_n.jpg

Fasha Sandha berpakaian seperti Elsa Frozen, Zain Saidin, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Arja Lee, Rebecca Nur Al Islam, Datuk Shah Rezza, dan Ziela Jalil. Sementara itu, Ziana Zain dan Ning Baizura telah membuat persembahan.

Lagi 25 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar The Assemble dan The Malaya.

Anda peminat muzik berirama RoCk?! Bagaimanakah agaknya jika lagu-kagu berirama rock digubah dlm susunan vokal koir?…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015

 
Written by serenity | October 15th, 2015

Jurugambar terkenal, Annas Easkey telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-27 semalam. Apa yang menarik, beberapa orang selebriti popular telah hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.


 photo 12139834_407769266080216_1261523568_n.jpg

Majlis makan malam sambutan ulangtahun kelahiran tersebut diadakan secara tertutup. Antara yang hadir ialah Che Ta dan suami, Zain Saidin, pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta aktor kacak Sabhi Saddi.

Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar The Assemble.

Selamat datang Brunei, Filipina, Thailand. Nanti mereka 15 – 20.10.15 NU SENTRAL. #face_2015

Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Tuesday, 13 October 2015

 
Written by serenity | January 9th, 2015

Memang seronok bila kita melihat orang berbahagia. Pernah dilanda kontroversi beberapa tahun lepas, kini pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza tampak bahagia dan kebahagiaan mereka terserlah di akaun Instagram mereka. Semalam. 8 Januari 2014 adalah ulangtahun kelahiran Norman Hakim yang ke-39.

So sweet bila Memey dan rakan-rakan telah mengaturkan satu majlis kejutan sambutan ulangtahun Norman malam tadi.

 photo 10755875_793744017364228_1571383538_n.jpg

Ucapan Memey buat Norman:

Selamat hari lahir yg ke 39 wahai cinta hati imam,suami,sahabat,papa & segalanya2 utk ku ?? terima kasih ??Terlalu byk utk disenaraikan tapi cukuplah antara kita yg tau, syukur pd Allah utk peluang & dipanjangkan umur.. Doa sayang tak kan pernah putus utk segala yg terbaik pd love.. I love u so much..terima kasih krna mnjadi seorang yg sgt hebat n sempurna di mata sayang.. Kita ada kekurangan tp kita sentiasa memperbaiki & melengkapi .. Alhamdulillah.. Semoga Allah limpahkan rezeki,kebaikan, kesihatan ,keberkatan buat love.. Terima kasih jg utk semua yg ucap & doa utk suami sy.. Semoga Allah membalasnya.. amin..

Turut hadir di majlis itu ialah tiga orang anak Norman dari perkahwinan terdahulu iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim,10, dan Maria Danisha Hakim, 7 serta anak sulung dengan Memey iaitu Mohamed Darwisz Hakim, 3. Untuk makluman, Memey kini sedang hamil anak kedua mereka. Semoga segalanya selamat buat Memey dan semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Kredit gambar Instagram Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 18th, 2011

Baru-baru ini CAK dari Harian Metro telah mengeluarkan cerita yang kawannya telah pergi ke rumah Abby Abadi untuk mengadakan sesi fotografi. Khabarnya ada satu bungkusan yang dihantar oleh Norman Hakim yang baru-baru ini ditaja majlis resepsi perkahwinannya dengan Memey Suhaiza oleh sebuah syarikat barangan mutiara yang dikatakan bernilai RM 12 juta dan kawannya itu mendapati yang dihantar ialah pek mi segera, peluntur dan beberapa barang lain nilainya tak sampai beberapa ringgit.


Masa kami belajar dulu memang selalu makan mi segera kerana faham-faham sajalah kehidupan sebagai pelajar, malah sekarang ni pun ada juga makan mi segera sekali-sekala kerana teringin. Tetapi tidak eloklah mi segera kalau hendak diberi makan pada kanak-kanak yang hendak membesar kerana ia mempunyai kandungan karbohidrat, lemak, garam dan monosodium glutamate (perasa) yang tinggi dan rendah pula kandungan serat, vitamin dan mineralnya.

Khabarnya juga Abby mengalami masalah untuk menanggung perbelanjaan tiga orang anaknya itu kerana tawaran lakonan yang semakin berkurangan. Mungkin juga kerana itu Abby telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini kerana stres tinggi.

Pada pendapat kami, mungkin juga Abby boleh meningkatkan pendapatan dengan memulakan perniagaan secara online atau menulis skrip. Fanpage Abby sudah dinyahaktifkan, tetapi kami merasakan ianya boleh jadi satu pasaran yang berpotensi untuk mendapatkan pembeli-pembeli produk, asalkan Abby sudi. Kami berharap Abby akan berbahagia dan sukses dalam menjalani kehidupan selepas ini.

Page 1 of 41234