Written by serenity | May 13th, 2013

Pada Sabtu lepas, pelakon Norish Karman telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 39 di sebuah majlis di Plaza Damas, Sri Hartamas. Majlis ini dikatakan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat saja.



Turut ada di majlis tersebut ialah si kecil Muhammad Haq Lutfie Alexander yang semakin besar dan comel. Lagi 35 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar REDPhotography.

 
Written by serenity | November 26th, 2012

Walaupun isu status anak bongsu Norish Karman sudah reda, nampaknya minggu ini isu itu hangat kembali apabila Norish membuat kenyataan terbaru tentangnya seperti yang disiarkan melalui portal GUA.

Menurut Norish bapa anak lelakinya itu yang diberi nama Haq Lutfie Alexander telah memilih untuk tidak bersama Haq dan ibunya.

Saya bukan Maryam dan anak saya mempunyai bapa. Cuma bapanya memilih untuk tidak bersama kami lagi. Ini adalah hal peribadi keluarga dan jika nak cakap pasal anak saya, saya boleh bercakap tapi kalau ia menyentuh mengenai perkara lepas saya enggan memberi sebarang komen.

Saya tak takut orang bercakap buruk mengenai saya kerana keburukan itu datang daripada saya dan keindahan itu hanya dari Allah. Mereka di luar sana tak perlu mempertikaikan apa-apa pun mengenai status anak saya kerana Tuhan bagi dugaan pada saya dan saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Menurut Norish lagi, zuriat ialah pemberian Allah jadi dia tidak malu malah berbangga dengan kehadiran Haq.

Saya juga tidak tertekan dengan kontroversi lepas malah bangga dengan kelahiran anak saya. Lagipun buat apa saya nak malu kerana bagi saya zuriat Allah yang bagi, jadi kita kena bangga dengan pemberian-Nya. Alhamdulillah, anak-anak saya sangat ‘fantastic’. Saya tidak akan menyembunyi apa-apa kontroversi dan akan berkongsi mengenai apa saja perkara dengan anak-anak.

Malah sebelum orang luar bercakap pada mereka, saya akan terlebih dahulu berlaku jujur kepada mereka dengan berbincang serta menjelaskan perkara yang sebenar. Jika anak saya bertanya mengenai perkara ini kelak, saya akan menjelaskan yang bapa dia membuat pilihan untuk meninggalkan kami.

Masa mengandung, bapa Haq ada datang berjumpa dengan kami dan memberitahu tidak akan berbincang lagi tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, selepas perbincangan yang dibuat dia tidak lagi dibenarkan berjumpa dengan Haq selepas Haq berusia tiga bulan.

Begitulah cerita Norish mengenai anak lelakinya itu yang baru lahir tahun lepas. Walaupun identiti bapa Haq masih misteri, nak speku lebih-lebih nanti salah pula. Jadi doakan saja Haq yang comel akan membesar menjadi individu yang berbakti pada agama dan negara suatu hari nanti. In Shaa Allah.

Written by AbangNara | May 5th, 2009

norish karman

Kalau dulu kami ada menyatakan kekeliruan tentang siapa yang bersalah dalam kes penceraian Norish Karman hari ini akhirnya suami Norish Karman, Dato’ Hashimuddin Abdul Kadir telah pun bersuara menjelaskan segalanya.

Jika anda baca dan percaya apa yang dikatakan oleh Dato’ Hashimuddin, maka sudah tentulah Norish Karman merupakan wanita yang jahat dalam kes ini. Habis terbongkar semua rahsia percintaan Norish Karman dan abang Farahdhiya.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca apa yang dikatakan oleh suami Norish Karman.

 
Written by AbangNara | April 29th, 2009

norish karman

Kami pening. Tak faham dengan isu perceraian Norish Karman dan suaminya. Tak tahu siapa yang bersalah. Ada yang kata Norish Karman pasang laki lain. Ada yang kata suaminya main kayu tiga.

Pening kepala dibuatnya. Kalau nak bercerai, bercerailah elok-elok. Pikirkan anak-anak. Bukannya libatkan suami dan isteri ajer. Nanti lama-lama anak-anak yang sengsara.

Kalau ada pembaca yang mengetahu cerita sebenar tentang perceraian Norish Karman nie, mehla kongsi-kongsi. Lagi gambar Norish Karman bersama anaknya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 212