Written by serenity | March 27th, 2013

Jarang juga filem tempatan menampilkan aksi di ranjang. Dan biasanya aksi ranjang dalam filem pastinya disusuli kontroversi.

Ini pernah berlaku pada filem Ombak Rindu misalnya, dan filem-filem sebelumnya yang sepertinya. Kontroversi terbaru yang melibatkan aksi ranjang dalam filem ialah melalui filem Mencari Cinta . Dalam treler filem ini, jelas ditampilkan satu senario di mana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora Danish di atas ranjang dengan mesra.
Tidak pasti apa sebenarnya signifikan aksi seperti ini dalam filem Melayu. Mungkin ini satu cara menarik perhatian penonton kepada filem lantas mereka akan menontonnya? Apa pun, Rusdi Ramli awal-awal lagi menyatakan kepada Harian Metro yang dia hanya mengikut tuntutan pengarah untuk menjayakan filem tersebut.

Tidak dinafikan melalui sedikit prebiu melalui treler, lakonan Rusdi dan hot mama Nora nampak realistik, seperti suami isteri yang sebenar lagaknya. Dan memang juga tugas para pelakon untuk membawa dan menghidupkan watak mereka sebaik mungkin.

Filem Mencari Cinta diarahkan oleh Shirin Khuzaimi dan dijangka mulai ditayangkan pada 25 April ini.

Bagi yang masih belum menonton, boleh saksikan treler filem Mencari Cinta di bawah:-

***

Written by serenity | September 26th, 2012

Memang kena pula pada masanya apabila filem Aku Terima Nikahnya bakal ditayangkan tidak lama lagi dan majalah GLAM Lelaki pula menampilkan Adi untuk isu Oktober 2012. Adi kelihatan kacak menggayakan sut Prada dalam gambar yang dihasilkan oleh Chuan Looi dari Yipieyaya Studio.


Filem Aku Terima Nikahnya bakal ditayangkan mulai 11 Oktober di Malaysia dan Singapura secara serentak. Kalau anda masih ingat, gandingan utama bagi filem ini mula popular melalui drama Tentang Dhia sehinggakan ramai yang ternanti-nantikan gandingan Adi Putra dan Nora Danish dalam filem ini pula. Apa kita kita lihat gambar-gambar Adi dan Nora dari filem ini, memang nampak romantik dan serasi bagaikan gambar-gambar photoshoot pula.


Photobucket
Photobucket

Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Adi Putra.

 
Written by serenity | June 14th, 2012

Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan menjelma diikuti oleh Syawal. Pasti ramai yang sudah membuat persiapan termasuk menggantikan puasa tahun lepas. Pelakon jelita Nora Danish juga tidak ketinggalan. Beliau telah bergaya dengan baju kurung dan pelbagai busana lain untuk gambar-gambar edisi raya yang telah dimuatnaik ke laman Twitternya.

Photobucket

Model Tamu: Nora Danish (@nor4danish)
Jurufoto: Chuan Looi (yipieyaya.com)
Rambut dan Solekan: Khir Khalid
Aksesori: Ola (@OlaBV2) (Thanks Zaireen)
Kreatif: Bombshelter Studios (@dabombshelter)
Baju: Innai Red (Baju boleh dibeli di sini)

Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Nora Danish.

***

Klik banner ini untuk membeli secara online Tiket Konsert Dikir Ekstravaganza di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 8.30 malam, 1 dan 2 Julai 2012 untuk Festival Muzik KL 2012 yang menampilkan Ziana Zain, Awie, Jamal Abdillah, Noraniza Idris, Lan Typewriter dan ramai lagi. Tiket-tiket berharga RM RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 60 sahaja. Dapatkan sebelum kehabisan!

 
Written by serenity | April 30th, 2012

Nora Danish pernah menyatakan dia akan menunaikan umrah pada masa bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli dan Fasha Sandha melangsungkan pernikahan. Nora dan Adi Putra yang merupakan duta untuk Triways Travel telah melangsungkan umrah sejak 27 April lepas. Ini ialah gambar-gambar Nora dan Adi di sana.


Photobucket
PhotobucketLagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Facebook Nora Danish.

 
Page 1 of 712345...Last »