Written by serenity | May 6th, 2013

Satu lagi filem yang diadaptasi dari novel cinta popular ialah Pilot Cafe. Novel asal ditulis oleh Ahadiat Akashah dan pelakon-pelakon utama filem ini ialah pelakon kacak Fahrin Ahmad serta heroin popular Izara Aishah dan Neelofa.




Buat masa ini filem ini sedang dalam proses penggambaran. Diarahkan oleh pengarah Osman Ali, mampukah filem ini untuk mencatat kutipan memberangsangkan seperti filem adaptasi novel yang juga diarahkan oleh Osman Ali iaitu Ombak Rindu?

Trivia filem ini, watak utama yang dipegang oleh Fahrin Ahmad pada asalnya dikatakan akan dibawakan oleh aktor kacak Aaron Aziz. Namun mungkin masih belum ada rezeki untuk menyaksikan gandingan Aaron dan Izara Aishah. Kalau dua pelakon ini bergandingan pasti meletup. Fahrin Ahmad memegang watak lelaki utama bernama Kapten Ameer Reza, Izara memegang watak Maya manakala Neelofa memegang watak Sharmila.

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Datuk Eizlan Yusuf, Keith Foo, Azad Jazmin dan ramai lagi. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang percintaan yang berputik di sebuah kafe.

Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Pilot Cafe.


Jangan lupa ke Karnival Seni Kreatif Kita pada 11 dan 12 Mei ini di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor. Karnival dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Bermacam-macam aktiviti menarik antaranya pameran, demonstrasi seni pertahanan diri Capoeira, persembahan kebudayaan, persembahan komedi “Lawak Ke Der” dan bermacam-macam lagi. Boleh bawa tikar dan makanan sambil berpiknik kita bersantai seni. Jom ramai-ramai!

 
Written by serenity | April 17th, 2013

Hans Isaac dan Neelofa kelihatan mesra sekali semasa sidang media filem Lemak Kampung Santan beberapa hari lepas, namun, Hans menyatakan yang dia tidak mahu gosip cintanya diberi tumpuan. Menurutnya, gosip cinta dengan Neelofa tidak akan membantu menarik perhatian penonton ke pawagam untuk menonton filem itu.

Malah, Hans mengakui jalan cerita filem itu klise, iaitu mengenai seorang arkitek yang datang ke sebuah kampung untuk bekerja, lalu jatuh cinta dengan perempuan kampung yang pandai memasak nasi lemak. Tetapi dia ada sebab tersendiri menampilkan jalan cerita seumpama itu. Katanya ia mudah diterima oleh masyarakat penonton filem di Malaysia.


Menurut Hans lagi dia tidak mahu kehidupan peribadinya diberi fokus berlebihan, sebaliknya dia hanya mahu dikenali kerana filem-filem yang dihasilkannya setelah bersara nanti. Info asal Red Carpet. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar We Love Neelofa.

***

Serlahkanlah bakat anda dengan menyertai Ujibakat ‘Jom Menari‘ sempena Festival Tari Malaysia 2013. Kategori terbuka kepada Kategori Tarian Tradisional dan Kategori Tarian Moden. Penyertaan hendaklah peserta yang berumur 18 tahun ke atas.

Kepada individu dan kumpulan yang berbakat dan berminat hubungi urusetia uji bakat di talian 03 – 2614 8206 atau hubungi pejabat JKKN di negeri masing-masing. Apa tunggu lagi buktikanlah dan serlahkanlah bakat anda hingga ke peringkat kebangsaan.

 
Written by serenity | April 12th, 2013

Neelofa dan fesyen rekaan Syaiful Baharim sememangnya serasi, bagai melengkapi. Diketahui juga Syaiful telah beberapa kali menggayakan Neelofa untuk beberapa majlis besar, yang terbaru Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 di mana juara Dewi Remaja 2010 itu tampil dengan gaun rona keemasan untuk tema ledakan geometri yang…meledak.



Mungkin nanti ada yang komen kami biased pada orang Kelantan kerana menampilkan Neelofa di sini untuk ke sekian kali (sedangkan kebenarannya kami berasal dari negeri Perak), atau kami ada skandal dengan Neelofa (itu lagi dangkal, kerana kami seorang perempuan). Kamu boleh kata apa saja, kebenarannya hanya kami yang tahu. Neelofa ditampilkan kerana dia cantik, popular dan mampu menarik minat pembaca ke BeautifulNara.

Dan selagi dia popular dan relevan maka dia akan terus ditampilkan di blog ini. Eat your hearts out.

Sekiranya anda berminat dengan rekaan Syaiful yang ringkas tetapi polos dan elegan ini, sila ke www.syaifulbaharim.com untuk maklumat lanjut bagi cara membeli pakaian rekaan beliau.

Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar We Love Neelofa.

***

 
Written by serenity | March 21st, 2013

Bukan ramai individu yang menceburi dunia hiburan Malaysia mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang. Salah seorang dari golongan yang sedikit ini ialah Noor Neelofa Mohd Nor yang bersekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi. Beberapa hari lepas Neelofa telah bercuti ke Langkawi dan kesempatan ini diambil oleh beliau untuk melawat bekas sekolahnya itu.


Neelofa merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolahnya, berada di kelas terbaik dan telah mendapat keputusan 10A untuk pepeiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kesempatan untuk kembali ke MRSM Langkawi telah digunakan oleh Neelofa dengan sebaiknya untuk berjumpa staf-staf dan pelajar-pelajar sekolahnya.

Neelofa dikhabarkan oleh rakan-rakan dan staf sekolah MRSM Langkawi sebagai seorang yang disenangi guru dan rakan sekolahnya kerana sikapnya yang berbudi bahasa dan menghormati orang lain.

Bagaimana dengan mereka yang mendapat keputusan SPM semalam? Kami yakin ramai juga yang mendapat keputusan sebaik Neelofa. Semestinya keputusan yang cemerlang akan dapat mencorakkan masa depan individu dan membuka lebih banyak peluang untuk memilih jalan kejayaan yang diredhai-Nya.

Kalau ada pembaca BN yang mendapat keputusan SPM semalam dan hari ini, boleh juga kalau ingin berkongsi kejayaan anda dengan kami di ruangan komen. Kredit gambar Instagram Noor Neelofa.

 

***

Teater Bangsawan “Raja Bersiong” pada 22, 23 dan 24 Mac 2013 (Jumaat, Sabtu dan Ahad), 8.30 malam. Masuk percuma pada 23 Mac bersempena pelancaran Siri Semarak Bangsawan 2013 manakala tiket biasa berharga RM 5 pada 22 dan 24 Mac.

Tiket PREMIER boleh didapati dengan harga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad + makan malam). Berminat? Hubungi 03-2614 8262 untuk tempahan tiket!

 
Page 1 of 612345...Last »