Written by serenity | April 14th, 2016

Tahun lepas pelakon, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad telah menunaikan ibadah haji. Sehubungan itu, dia kini mengamalkan prinsip tidak mahu berpegangan tangan dengan bukan mahram dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama sejak itu.

Katanya kepada mStar Online, ia satu cabaran yang perlu dilalui setelah menunaikan haji:

Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.

Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan.

Mungkin ada yang menganggap Nabil berlagak alim, tetapi Nabil berkata dia tidak berniat begitu, sebaliknya dia cuma mahu memperbaiki dirinya untuk menjadi insan lebih baik.

Saya tidaklah berubah secara drastik, saya lebih suka orang selesa dengan saya dengan cara begini seperti Nabil yang dulu.

Biarlah orang tidak nampak perubahan saya.

 photo 3-Nabil-Ahmad-Terkejut-Dapat-Tempat-Tunaikan-Haji-ROTIKAYA.jpg
Nabil kini juga sedang belajar mengaji Quran secara persendirian dengan seorang ustaz yang datang ke rumahnya:

Sekarang saya sedang belajar mengaji, ada seorang ustaz yang akan datang ke rumah ajar kami sekeluarga. Isteri saya tidak ada masalah kerana dia pandai mengaji cuma tidak boleh mengajar saya.

Kalau dia yang ajar asyik ketawa sahajalah kami, jadi terpaksa panggil orang luar.

Perubahan yang cuba dilakukan oleh Nabil ini ialah sesuatu yang baik. Walaupun perubahan itu mungkin orang tidak nampak tetapi yang penting niat itu ada. Semoga Nabil akan terus istiqamah dengan perubahan yang ingin dilakukannya.

Written by serenity | June 25th, 2015

Sejak kebelakangan ini semakin ramai selebriti Malaysia menjadi celik tentang kesihatan dan ramai yang berusaha untuk bersenam bagi mengekalkan kesihatan dan menjaga penampilan diri. Badan sado sememangnya mendapat perhatian ramai, sebagai contoh, abam sado yang sekadar menjual tauhu tetapi menjadi viral di Taiwan kerana badannya yang sasa itu.

Baru-baru ini pelakon, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad juga tampil dengan imej sado dan khabarnya membelanjakan RM 22,000 untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu dalam masa dua bulan. Dan melalui Malaysian Digest, dia memberitahu untuk mengekalkannya pula, dia berbelanja sebanyak RM 10,000 setahun.

Sebenarnya, perbelanjaan sebanyak RM10,000 itu adalah kos untuk setahun untuk mengekalkan bentuk badan saya.

Saya memang mengambil makanan diet yang sebetulnya dan tahu saja makanan diet ini bukan murah.

Selain itu saya gunakan khidmat jurulatih peribadi dan dia hanya menjaga saya saja sebab saya mahu dia yang ikut jadual saya

Untuk sepanjang bulan puasa ini, selepas kerja atau solat Terawih, saya memang berada di gym sehingga lewat malam.

Dia kini yang digelar ‘pelawak sado’ pada mulanya mula mengangkat berat kerana tawaran untuk muncul dalam iklan produk kesihatan yang bakal dilancarkan. Perubahan itu menjadi bualan ramai pihak walaupun masih ada selebriti lelaki lain yang tampil dengan imej sado.

Tambahnya, pada awalnya dia membuat keputusan berkenaan selepas mendapat tawaran untuk muncul dalam sebuah iklan satu produk kesihatan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Saya buat badan bukan sebab nak dapat watak hero. Saya ada ‘deadline’ sebab sebenarnya saya buat badan ini kerana satu tawaran iklan produk yang menuntut saya untuk tampak sasa.

Jadi, sebagai meyakinkan pengguna akan keberkesanan produk itu, saya kena buktikan dulu untuk orang nampak perubahan itu. Produk itu adalah satu produk yang membantu mereka yang mahu sihat dan kekal berbadan sasa

Alhamdulillah, rezeki saya pun semakin bertambah. Tak sangka, saya menerima tawaran tidak putus-putus.

Nabil juga memberitahu yang dia merasakan sesetengah pujian yang diberikan kepadanya berhubung badan sado itu berunsur sindiran, tetapi dia berfikiran positif:

Artis lain pun ada berbadan sado tapi tidaklah terlalu diperkatakan sangat. Apabila ramai orang tahu saya buat badan, ia jadi kecoh pula.

Sekarang ini apabila saya keluar, ramai panggil saya abang sado. Walaupun ramai memuji tapi saya sedar, ada yang seolah menyindir tetapi saya tetap anggap itu sebagai satu pujian.

Apabila mereka panggil saya dengan gelaran itu, saya rasa kelakar dan saya rasa usaha gigih saya berhasil.

Dulu saya kurus kering sehinggakan ada yang kata saya ambil dadah. Padahal, saya ni hisap rokok pun tidak, shisha pun tak pernah apatah lagi yang benda lain.

Kalau saya hisap gerenti muntah, saya dah cuba banyak kali kononnya nak hisap rokok sebab nak nampak ‘cool’, tapi tidak boleh sehingga muntah.

Kalau bau asap rokok pun saya rasa nak muntah.

Memang hebat sekali Nabil berjaya mendapatkan bentuk tubuh sebegitu hanya dalam masa beberapa bulan hasil kegigihan dan panduan jurulatihnya. Namun mungkin Nabil perlu menerima beberapa komen orang lain yang juga membina badan di gimnasium, iaitu ‘jangan skip leg day bro’. Semoga sukses buat Nabil.

Man is least himself when he talks in his own person. Give him a mask, and he will tell you the truth – Oscar Wilde

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 22 June 2015

Written by AbangNara | April 20th, 2009

irma hasmie

Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara

Dah makin poyo dah Nabil nie. Ada ke patut buat kenyataan bodoh macam kat atas tue. Janganlah nak buat lawak je sepanjang masa, time serius kenalah serius jugak.

Memanglah tak menjejaskan ekonomi negara tapi kalau dengan kenyataan bodoh macam ini, maybe ekonomi Nabil yang akan terjejas lepas ini. Baru menang Anugerah Bintang Paling Popular dah mula naik lemak Nabil nie.

Anda ada nak komen apa-apa tentang kenyataan Nabil Raja Lawak mengenai kontroversi memeluk Irma Hasmie? Jom bincang dan bergosip secara berhemah pasal benda nie.

Written by AbangNara | April 16th, 2009

nabil eksiden

Baru sahaja bergelar Bintang Paling Popular Berita Harian 2008, Nabil Raja Lawak terlibat pulak dengan satu kemalangan di Bukit Jelutong. Khabarnya teruk jugak kenderaan yang dipandu, tapi bersyukur Nabil tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Berita selanjutnya akan diberitahu kelak. Harap Nabil tabah menghadapi dugaan daripadaNya. Mungkin itu satu petanda suruh Nabil berehat sekejap. Terlalu banyak bekerja sampai kepenatan kot.

Page 1 of 212