Written by serenity | December 8th, 2011

Pada 20 November lepas, telah berlangsung majlis pernikahan Dalili Michelle Abdullah, wartawan program Melodi TV3 dengan Tengku Naharuddin atau Deqwan di Duchess Place, Kuala Lumpur. Juruvideo rasmi mereka, CST Production telah mengeluarkan video detik pernikahan mereka beberapa jam lepas. Macam biasa, video CST: phenomenal. Kalau ada masih ingat, CST telah mengeluarkan satu video pra-pernikahan yang comel tentang percintaan pasangan ini yang berjudul Nasi Goreng Cina. Setakat ini video tersebut sudah dilihat melebihi 100,000 kali di YouTube.

Dengan gerak kamera, penataan cahaya dan pembetulan warna yang baik, kami tertanya-tanya juga hasilnya kalau CST dapat melakukan sinematografi untuk filem. Saksikan video pernikahan Michelle dan Deqwan dari CSTProduction.

***

Pesta Joget 1Malaysia akan diadakan di Dataran Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka pada 16 Disember 2011 (Jumaat), 8.30 malam. Hadir beramai-ramai!

Written by serenity | November 20th, 2011

Michelle Wee, atau nama Islamnya, Dalili Michelle Abdullah Wee telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Tengku Naharuddin yang mesra dengan panggilan Deqwan dalam majlis pernikahan yang disiarkan secara langsung oleh rancangan Melodi di TV3 sebentar tadi. Michelle yang telah memeluk Islam 27 Julai lepas, menerima hantaran berjumlah RM 8,888.00 dan mas kahwin RM 300. Tahniah diucapkan.

Ikuti video yang berjudul Nasi Goreng Cina ini. Video dan gambar, kredit pada CST Production.

Written by serenity | November 11th, 2011

Wartawan Melodi yang dikenali ramai, Michelle Wee akan berkahwin pada 20 November ini seperti yang diberitahu oleh Zuan Azmi, juga wartawan Melodi melalui Twitternya. Michelle dikatakan akan berkahwin dengan teman lelakinya, Tengku Naharuddin Izwan Tengku Nasaruddin. Ini gambar kad kahwin mereka:

Kepada Michelle Wee, tahniah diucapkan dan selamat menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah. Kredit gambar Twitter Zuan Azmi.

Written by AbangNara | September 10th, 2009

#Sila baca artikel ini seolah-olah anda sedang melihat episod terjah Melodi

michlee dengan kekasih

Kembali kita di dalam Melodi, rancangan hiburan paling sensasi dan paling suka menerjah orang sesuka hati. Kami memang tak ada belas kasihan bab kantoi mengkantoikan orang nie. Buktinya kali ini kami akan menerjah dan mengkantoikan sendiri gambar wartawan kami, Michelle dengan pakwenya. Kami memang tiada kompromi, gosip tetap gosip. Tak kiralah anda wartawan kami ke, artis suam-suam kuku ke, bini Dato’ ke. Semua kami zassssss ~~~

Sedikit info tentang gambar Michelle Melodi dengan kekasih hatinya ini, daripada sumber yang kami dapat menyatakan lelaki ini adalah pengacara rancangan Remaja TV3. Kami ternyata kagum dengan Michelle dan pakwenya kerana mengamalkan ciri-ciri 1Malaysia. Buat yang tak tahu, Michelle berbangsa Cina sementara pakwenya adalah seorang Melayu. Disitu kita dapat lihat betapa konsep 1Malaysia sudah berjaya diaplikasi oleh mereka berdua. Tahniah!!!

Disebabkan baki masa rancangan Melodi ini hanya tinggal beberapa minit saja lagi, footage kami sedang menerjah Michelle untuk mendapatkan pengakuan dia tentang gambar ini tak dapat disiarkan. Tapi tak apa. Kita layan dulu koleksi gambar Michelle TV3 dengan boyfriendnya selepas iklan daripada penaja ini.

Lagi 16 keping gambar Michelle beraksi manja dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 212