Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Anugerah Pasangan Paling Bahagia 2009

Wednesday, December 23rd, 2009

Siapa gamaknya yg layak mendapat anugerah ini? jeng jeng jeng…..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


(more…)

Memey Tidur Mati, Mungkin Penat Bekerja Sepanjang Hari?

Sunday, November 8th, 2009

memey suhaiza

Kesian kami kat Memey Suhaiza. Mungkin banyak sangat kerja yang diberi oleh Abang Norman dia sampai tertidur mati dan tak sedar ada orang ketuk pintu pejabat. Abang Norman nie pun janganlah dera sangat budak-budak macam Memey nie. Mentang-mentang dah berpengalaman lama dalam bidang seni. Kami tahu banyak benda baru yang perlu diajar, tapi take one at a time. Jangan nak curahkan semuanya di suatu malam.

Eh lupa plak nak bagitau yang kes khalwat Memey Suhaiza dan Norman Hakim nie sekarang tengah diperdengarkan kat mahkamah. Itu yang terkeluar cerita pasal Memey tidur mati nie. Mungkin kepenatan seharian bekerja kot. Almaklumlah, artis baru nak naik. Mesti terkejar ke hulu hilir nak buat promosi. Tue yang bila sampai opis Abang Norman terus terjelopok tidur. Kepenatan la tue.

Buat anda yang berminat nak baca sesi soal jawap penuh dalam mahkamah, sila baca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Memey Tolong Jaga Anak Je!

Wednesday, September 9th, 2009

Memey kata dia tolong jaga anak Norman Hakim aja, sebab Norman Hakim kena drive…mana boleh drive sambil pegang anak, betul gak tu. Kang kalau brek mengejut jatuh pulak baby..bahaya tu.

“Kebetulan, waktu itu Norman membawa tiga orang anaknya termasuk ‘baby’ (Danisha) jadi agak sukar untuk dia memandu.

“Jadi, saya tolong jaga ‘baby’ itu untuk dia dan ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan anak-anak dia,” jelas Memey yang enggan bercerita lebih kerana bimbang sekiranya kenyataannya nanti menimbulkan isu lain pula.

Kebetulan je tau korang, bukan plan pon! Jangan buat isu pulak OK.

Menyentuh tentang desas-desus mengatakan Memey memanggil Norman ‘sayang’ pula, gadis berusia 21 tahun ini hanya tersenyum sipu tanpa mengiyakan atau menafikannya.

Orang dulu-dulu kata, Malu tandanya setuju…

Seperti biasa apabila diduga dengan soalan bila mereka akan berkahwin, Memey menjawab dia tidak menolak jodoh dengan Norman tetapi mereka tidak mungkin akan bersatu dalam masa terdekat ini.

Hmmm….

(TERBARU)Memey Kini Pengurus Norman

Tuesday, July 28th, 2009

memey suhaiza

Ada seorang artis nie. Muda lagi. Dulu dia tak femes. Tapi sekarang nie nama dia menjulang naik. Macam menjulangnya api kena bakar. Semuanya bermula dengan kisah tangkap basah dia bersama seorang artis lelaki bernama Norman.

Pas kena tangkap berdua-duaan artis ini cakap diorang kawan je. Tak ada perasaan cinta. Pastue dalam sebulan dua tiba-tiba cakap tengah kenal hati budi. Masih tak mengaku bercinta mengaku bercinta lagi. Tup-tup sebulan pastue mengaku Norman adalah lelaki paling penting dalam hidup dia. Tiba-tiba yang terbaru dah jadi pengurus Norman.

Bukan patutnya Norman selaku artis lama yang harus jadi pengurus artis baru ini? Pandai sangat ke artis baru nie nak mengurus artis veteran kelapa tua cam Norman nie? Atau sengaja nak amik kesempatan meluangkan semua masanya bersama Norman?

Siapakah artis wanita ini? Anda tahu? Kalau tau bagitau lah kami. Walaupun kami dah tau, tapi kami tak mampu nak sebut nama dia. Sebabnya kami adalah blog yang anti ngan artis pompuan nie.

Untuk lebih klu dan lihat gambar artis ini, sila baca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Surat Kepada Memey Suhaiza Dari Seorang Peminat

Monday, July 13th, 2009

memey suhaiza

Ke hadapan Memey Suhaiza,

Pagi Ahad adalah hari berehat saya. Saya memang suka beli sampai 2 3 suratkhabar hari Ahad sebab nak baca info-info tentang dunia hiburan. Selalunya hari Ahad mood saya memang baik. Maklumlah hari rehat. Otak pun tenang tak fikir pasal kerja semua.

Tapi sayangnya Ahad semalam otak saya jadi kacau dan serabut. Panas hati saya tengok gambar Memey jadi cover Pancaindera. Tersenyum manja, berbaju pink, dan berposing ngada-ngada. Menyampah sungguh saya melihatnya.

Oh ya lupa nak bagitau yang saya sememangnya anti dengan awak. Maklumla, saya pun dulu ada kisah luka dengan suami saya. Perempuan macam awakla yang menyebabkan saya sekarang memegang status J. Kalau boleh saya nak siat-siat pompuan macam awak bila kisah cerai Norman dan Abby bercerai keluar kat suratkhabar.

Saya kuatkan ati untuk membaca cerita pasal awak. Manala tau awak dah insaf. Tapi macam yang saya agak. Awak dah tak segan silu nak mengaku si Norman tue kekasih awak. Siap awak cakap awak lebih selesa keluar dengan si jantan tue sebab dia bukan suami orang lagi sekarang. Sesungguhnya kalau awak ada depan mata saya, akan saya lempang-lempang pipi awak sampai bengkak.

Oh ya dan satu lagi benda saya bengang. Awak cakap awak makin dapat banyak tawaran berlakon sebab bakat lakonan awak? Awak jangan nak wat lawak. Geli ketiak saya dengar. Awak tue pemes sebab awak perampas laki orang. Kalau tak sampai sekarang nie la awak jadi pembantu tambahan jer.

Kadang-kadang saya terpikir. Awak nie sengaja ke jadi orang ke 3 dalam cerita Norman dan Abby? Maklumla nak cari jalan singkat popular cepat. Kalau nak ikutkan bakat, sampai mati pun awak takkan popular kot.

Itu ajerla luahan hati ini. Cukupla sikit-sikit. Kang tertekan plak awak kalau kutuk lebih-lebih. Kata-kata terakhir dari saya ialah, nanti populariti dah jatuh jangan wat skandal ngan laki lain plak.