Written by serenity | January 14th, 2013

Maya Karin sememangnya sinonim dengan filem-filem yang diarahkan oleh Osman Ali. Khabarnya Maya turut memegang watak utama dalam filem terbaru arahan pengarah itu yang diberi judul Sejoli.

Apa yang menarik, terdapat babak dalam filem tersebut yang memerlukan Maya bermisai, dan nampaknya Maya kelihatan kacak dengan misai seperti yang boleh anda lihat dalam gambar di bawah.

Khabarnya ia mengisahkan tentang bekas-bekas kekasih pasangan Remy Ishak dan Izara Aishah iaitu Maya dan Bront yang cuba mensabotaj perkahwinan Remy dan Izara. Filem ini dikatakan bergenre komedi romantis.

Boleh kami katakan ia mengingatkan kami serba sedikit dengan filem My Best Friend’s Wedding di mana watak yang dilakonkan oleh Julia Roberts cuba mensabotaj perkahwinan bekas teman lelakinya, watak yang dilakonkan oleh Dylan McDermott dan bakal isterinya yang dilakonkan oleh Cameron Diaz.

Osman berjaya dengan filem komedi romantiknya sebelum ini iaitu Cun!, mungkinkah Sejoli akan mencatatkan kejayaan yang lebih lagi? Nantikan kemunculannya!

Written by serenity | December 13th, 2012

Kebelakangan ini kami perhatikan Maya Karin banyak membabitkan diri dalam kerja kebajikan. Kalau sebelum ini Maya Karin terbabit dalam kempen kesedaran mengenai pembuangan sampah, 8 Disember lepas Maya telah terlibat dalam acara YOKUK Supercar Charity Challenge. Supercar Charity Challenge (SCC) dan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), organisasi yang membantu golongan kelainan upaya, telah bergabung menganjurkan YOKUK Supercar Charity Challenge di mana orang ramai berpeluang untuk bergambar dengan kereta-kereta mewah, memandu kereta mewah dan sudah tentu, bergambar dengan Maya Karin sambil menderma.

SCC ialah inisiatif lima tahun yang menggabungkan lima pengeluar supercar: Lamborghini, Ferrari, Porsche, Aston Martin dan Maserati. Di samping bermatlamat mengumpul derma ia juga bermatlamat menginspirasikan kerja keras dan cita-cita, ia juga berperanan menambah baik kehidupan belia dan dan memperbaiki tahap pendidikan praktikal di Malaysia. lagi dua gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar REDPhotography.

 
Written by serenity | August 6th, 2012

Kalau sebelum ini kita sudah melihat klip video ‘The Making Of Sinar Ini’ yang didendangkan oleh Yasin Sulaiman secara berduet dengan Maya Karin, versi penuh lagu ini sudahpun dimuat naik ke YouTube oleh Pretty Peektures selaku pembikin klip video.

Pada pendapat kami lagu ini mendamaikan dan gandingan ini memang bertepatan sekali untuk lagu yang disusun oleh diterbitkan oleh Yasin ini. Khabarnya Maya turut membantu menerbitkan ‘Sinar Ini’.

Kepada yang berminat, ada satu lagi klip video versi fanmade yang memaparkan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan dilengkapi dengan lirik Sinar Ini. Enjoy!

Written by serenity | November 19th, 2011

Apabila Maya Karin sudah hendak melupakan tentang lelaki, beberapa orang lelaki Perancis telah mencuba nasib untuk memikatnya. DailyChilli melaporkan, aktres Malaysia yang menawan itu baru saja mengembara ke Paris untuk rakaman episod perdana Travelog AirAsia, satu projek kerjasama antara Air Asia dan TV3, telah mendapat lebih dari apa yang dijangka olehnya sewaktu berada di kota romantis itu.

Maya sewaktu mengembara ke Jepun Mac lepas

Ya, ada lelaki-lelaki yang cuba untuk mengajaknya berbual. Katanya sambil ketawa:-

Saya telah bertemu lelaki-lelaki Perancis yang tampan, tetapi percintaan perlu menunggu (sedikit masa lagi).

Bintang filem Cun! Itu telah menghabiskan tahun 2011 dengan mengembara, termasuk ke Amerika Selatan, Eropah dan Australia. Tambahnya ceria:-

Saya sedang dalam tahun mengembara tersendiri.

Travelog AirAsia akan bersiaran di TV3 pada 20 November, 7.30PM. Kredit gambar The Official Maya Karin Page.

 

Page 1 of 3123