Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Mawi memang Otak Bisnes!

Thursday, January 7th, 2010

Geliga, memang geliga sungguh otak Mawi. Artis lain bukak kedai makan/restoren, dia bukak Medan Selera terus! tiap-tiap bulan pegik kutip sewa aja macam dalam cerita PRamlee  Madu Tiga tu.

Medan Selera Mawi ni namanya Lambai-Lambai, ada 10 gerai. kalau satu gerai sewa rm2000, haa korang kira lah yer. Hebat-hebat, memang otak bisnes.

Selain Mawi, artis-artis lain yg ada bisnes kedai makan…cekidaut~~

(more…)

(GAMBAR)Rumah Mawi Dan Ekin, RM1 Juta Tue Beb ~~

Monday, November 9th, 2009

rumah mawi

Teruja kami melihat gambar rumah Mawi ngan Ekin nie. Walaupun design rumah diorang agak nampak old school, tapi kalau kami pun ada rumah macam nie, memang puas hati. Besar tue beb. Nie kalau kumpul 10 keturunan punya adik beradik pun muat lagi nie. Mana taknya, harga rumah sahaja dah RM1 juta. Memang berbaloi-baloi.

Kami sokong dan kagum dengan Mawi. Ada duit banyak terus beli rumah. Ini yang kita nak. Biar nampak sikit ke mana perginya duit hasil titik peluh anda. Kalau orang tanya apa yang kau dapat beli ngan duit menyanyi leh terus tunjuk bungalow sebijik nie. Memang compem terdiam terus orang yang tanya tue.

Dan semestinya rumah yang besar nie tak kan lengkap kalau tak ada penyerinya (anak la apa lagi). Sebelum terlupa kami nak ucapkan takziah buat kali kedua kepada Mawi dan Ekin. Dengar ceritanya Ekin gugur untuk kali kedua. Dulu sekali dah pernah gugur, kali nie pun gugur lagi. Nampaknya masih tak ada rezeki lagi la kot.

Buat Mawi dan Ekin, tahniah kerana anda berjaya tunjukkan artis Malaysia boleh hidup senang. Satu pesanan kami, jagalah kesihatan Ekin tue. Asyik-asyik gugur jer. Tak baik untuk seorang wanita. Kalau ada tanda-tanda mengandung tue, terus jer pergi buat check-up. Jangan tunggu-tunggu lagi. Semoga selepas ini akan cepat menimang cahaya mata.

Lagi gambar rumah @ banglo Mawi dan Ekin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

(TAHNIAH)Sardin Hidangan Sahur Mawi Dan Ekin

Tuesday, September 1st, 2009

sardin mawi ekin

Tahniah buat Ekin kerana berjaya memasak sardin untuk suaminya yang tersayang, Mawi. Ini betul-betul ucapan tahniah daripada kami. Bukan nak sindir. Walaupun hanya sekadar sardin, yang penting kenikmatan dapat bersahur bersama suami dan isteri tercinta. Lauk belakang kira. Kami pun kadang-kadang sahur maggi jer waktu zaman belajar dulu.

Tambah respek sebab Mawi pun rileks jer bila Ekin sekadar masak sardin. Ini baru betul suami yang memahami. Mawi nie jenis tak cerewet la kot. Baguslah macam tue. Mawi dan Ekin dedua pun sibuk. Balik tengah malam nak berehat dan bersenam. Mana sempat nak masak sedap-sedap kan?

Yang tambah bagusnya Ekin dah berjanji nak masak sedap-sedap bila ada kesempatan masa nanti. Semangat macam nie yang kita nak. Barulah “world”. Mula-mula masak sardin sebab tak sempat, lama-lama nanti upgrade sikit jadi ayam masak merah. Mahu Mawi makan 2 3 pinggan nasik masa bersahur nanti.

Buat Mawi dan Ekin, selamat menjalani ibadah puasa dan raya pertama kali sebagai suami dan isteri. Kami doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Semoga dimurahkan rezeki di bulan yang mulia ini.

(GAMBAR)Bogel Mawi

Saturday, July 25th, 2009

gambar bogel mawi

Tergelak sakan kami sekejap bila tengok gambar bogel Mawi nie. Nampak jelas memang disuperimpose oleh mereka-mereka yang sengaja nak menjatuhkan Mawi. Tapi Mawi jugak yang untung, senang-senang dapat publisiti murahan. Mesti ramai yang google carik gambar bogel Mawi nie.

Mungkin pasnie ada orang dengki buat gambar bogel Ekin plak. Bahaya betul jadi artis kat Malaysia nie. Orang kita tak boleh nak tengok orang lain senang skit. Mula la keluar gambar lucah la, video 3gp la, sihir sana sihir sini la. Nasihat kami kalau anda nak jadi artis, fikir-fikirla benda-benda nie semua sebelum wat keputusan.

Apa pendapat anda lepas tengok gambar bogel Mawi nie? Kami memang tak percaya sebab badan Mawi nampak tough dalam gambar nie. Sebab kami rasa Mawi buncit. Takderlah ada ketul-ketul cam kat gambar atas nie. So kesimpulannya, gambar bogel Mawi nie sah tipu.

Populariti Mawi Dah Merudum Sejak Berkahwin?

Wednesday, May 6th, 2009

mawi merudum

Kata orang tua-tua, kalau dah berkahwin rezeki lebih banyak masuk mencurah-mencurah. Tapi lain pulak ceritanya dengan Mawi. Kebelakangan ini nampak popularitinya semakin merudum. Jatuh mencanak-canak sejak berkahwin.

Pertamanya dah tak menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian. Lepas tue hari ini dalam BiBop Mawi kata jualan albumnya dah tak laku seperti dulu. Show pun dah tak dapat 2 3 show sehari.

Mungkinkah aura Mawi dah makin kurang sekarang? Mungkin jugak ramai yang bengang sebab dia kawin dengan Ekin. Almaklumlah, dari khabar-khabar anginnya si Ekin ini banyak kisah silamnya.

Tapi yang penting, Mawi dah pun mengaut berjuta-juta ringgit masa tengah femes dulu. At least dia dah ada simpanan untuk masa tua dia nanti.

Apa pendapat anda tentang populariti Mawi? Kalau ada teori menarik, bolehlah share dengan kami. Mana tau idea anda boleh diterima pakai oleh pembaca-baca blog ini.