Written by AbangNara | May 29th, 2009

waheeda

Terasa macam CNN pulak bila bercerita tentang gosip Waheeda, Maiza dan Akhil Hayy nie. Sana-sini ada info dan maklumat terkini. Yang pastinya semalam kami terlepas pandang kenyataan Waheeda tentang hal ini dalam Berita Harian.

Sila baca apa yang dikatakan oleh Waheeda dengan teliti dan buatlah penilaian anda sendiri:-

[note]Biarlah dia terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu[/note]

Komen Kami: Nampak macam ada sesuatu yang tersangat penting kita tidak tahu mengenai Maiza nie. Mungkinkah ini hanya sekadar satu ugutan atau memang betul ada benda yang sangat memalukan tentang Maizawati Zainal sampai Waheeda pun tak sanggup nak dedahkan?

Bila ditanya sanggup tak bersemuka dengan Maiza, Waheeda pun jawap macam kat bawah nie:-

[note]Untuk apa? Saya rasa tak perlu kerana biarlah dia dengan dunianya. Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya. Dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?[/note]

Komen Kami: Terasa macam kat wrestling pulak. Yang wrestler utamanya(Akhil Hayy) tak kuar lawan lagi, tapi awek-awek si wrestler lelaki tengah lawan-lawan cakap sesama sendiri. Tapi ayat Waheeda nie memang sempoi. Siap tanya berani ke bersemuka tue. Memang yakin betul dia tak bersalah nie.

Written by AbangNara | May 29th, 2009

maizawati zainal

Terima kasih banyak-banyak kepada Bunga Teratai kerana telah memberikan info gambar Maizawati Zainal yang lebih jelas dan terang semasa di Wanita Hari Ini dalam ruangan komen.

Kongsi-kongsi maklumat sebeginilah yang kami mahukan daripada anda semua. Tanpa anda, siapalah kami ini. Bila tengok balik gambar isteri Akhil Hayy nie, nampak mata si Maiza nie kaler coklat. Warna asli ke pakai contact lens?

Oh ya, sebenarnya Maiza nie ada 6 orang anak. 2 orang dengan suami pertama dan 4 orang dengan Akhil Hayy. Mungkin Akhil tak puas hati kot dapat barang second hand. Sebab tue nak kat Waheeda. Fresh gitu ~~~

Untuk makluman, “Ustaz” Akhil Hayy cakap tunggu 2hb Jun nie untuk dengar penjelasan dari dia. Sama-samalah kita dengar penjelasan daripada pihak Akhil Hayy pulak.

Lagi gambar Maizawati Zainal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 27th, 2009

wawa

Sesungguhnya inilah kisah cinta 3 segi yang paling misteri pernah kami dengar. Kalah cerita drama Latin yang pelakon perempuan dia sebenarnya ada affair dengan hampir kesemua watak lelaki dalam cerita tue.

Sila tarik nafas panjang-panjang dan baca kenyataan Wawa(nama manja Waheeda) di bawah ini:

[note]Saya rasa setakat ini saya masih boleh bersabar. Ini hal mereka suami isteri, jadi selesaikanlah sendiri.[/note]
Komen Kami: Woi, woi. Bukan ke punca masalah diorang semua nie datangnya dari kau? Dah pandai masuk rumah tangga orang, pandai-pandai la tolong cari jalan keluar sama-sama. Tak gitu?
[note]Saya tak ada apa untuk cakapkan lagi. Biarlah saya terus bersabar selagi saya mampu. Apa saja tohmahan orang, saya redha saja. Malah, Akhil sendiri ada menghubungi saya ketika hal ini mula tercetus dan minta saya banyak-banyak bersabar. Dia beritahu saya ‘ini bukan urusan kamu Wawa, ini urusan aku. Biar aku yang selesaikan.[/note]
Komen Kami: Sungguh kurang ajar si Akhil Hayy nie. Bini sendiri taknak tepon. Ada ke patut tepon si Wawa tue. Patutnya bagi la semangat kat bini ko.
[note]Alhamdulillah, saya tetap kuat teruskan kehidupan seperti biasa. Keluarga dan kawan-kawan sentiasa tidak putus memberikan sokongan. Tapi seperti yang saya pernah katakan, setiap orang ada tahap kesabarannya. Jadi, biarlah dia (Maiza) nak cakap apapun sekarang ini. Cuma, saya juga ada hati dan perasaan. Jangan sampai saya terpaksa buka mulut lagi[/note]
Komen Kami:Chop!!! Bukak mulut lagi? Bila masanya pertama kali si Wawa nie bukak mulut? Takderlah pernah dengar dia cakap apa-apa. Kalau terpaksa bukak mulut pun bukaklah, nak gak dengar cerita sebenar. Sikit-sikit no komen. Menyampah gak kami mendengarnya.

Pastikan anda tak terlepas untuk mengikut kronologi episod cinta 3 segi ini dengan membaca artikel-artikel di bawah ini:-

Written by AbangNara | May 27th, 2009

gambar maizawati zainal

Cantik sungguh gambar Maizawati Zainal, isteri Akhil Hayy di Wanita Hari Ini semalam. Walaupun sudah beranak 2(kalau tak silap kami), bodynya masih maintain kurus dan muka pun boleh tahan lawa orangnya. Kata orang putih, a complete package la.

Kami dapat rasakan betapa sedihnya hidup Maizawati dan anak-anaknya apabila untuk tahun nie Akhill Hayy hanya balik ke rumah 3 kali sahaja. Kalau sekali balik duduk kat rumah seminggu bolehla kami terima tapi sayangnya balik tak sampai 5 jam pun. Kejam jugak kan?

Kalau benarlah kata Maiza yang Akhill Hayy berubah semenjak berkenalan dengan Waheeda 2 tahun yang lalu, wajarkah kita mengecop Waheeda sebagai pemusnah rumah tangga orang? Bukan nak buat tuduhan melulu, tapi dari apa yang diberitahu oleh isteri Akhill Hayy, nampak gayanya Waheeda nampaknya jadi orang ketiga dalam hal nie.

Yang peliknya, kenapa sampai sekarang Akhil Hayy tak bagi kenyataan berkenaan hal nie? Berani kerana benar Ustaz. Orang tak marah kat anda kalau anda cakap terus terang. Buatlah press conference, bagitau kat semua orang apa yang berlaku sebenarnya.

Lagi gambar Maizawati Zainal di Wanita Hari Ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 4 of 41234