Written by AbangNara | October 9th, 2009

maiza bukan tudung

Ingat lagi tak kami pernah citer pasal Maiza yang jadi duta untuk tudung Myza? Sekali dah kena tipu da ~~ Kesian kat Maiza. Baru nak berjinak-jinak ngan dunia perniagaaan dah kena penangan maut macam nie. Apa nak jadi dengan dunia sekarang? Nampak sangat la ada pihak-pihak tertentu cuma tau amik kesempatan je gunakan kefemesan Maiza. Bila dah dapat popularkan tudung diorang, terus lari ngan duit-duit sekali. Maiza habuk pun tarak.

Tapi memang Maizawati nie jiwa kental. Dengan selamba jer dia declare kat media yang skang nie dia ngan tudung Myza dan BondaMama dah tak ada apa-apa. Menjawap la pihak-pihak yang reti nak kaut untung tue. Cadangan kami, saman ajer diorang nie. Guna orang pandai, bayar tak reti. Orang lain pun nak hidup jugak wei ~~ Jangan la kaya sengsorang.

Buat Maiza, tabahkan jer la diri tue. Kalau taknak penat-penat carik duit berniaga, apa kata carik jer calon suami dari golongan Dato’ Dato’ nie. Mesti ramai yang minat kat Maiza. Tak dapat Dato’ K pun takper. Dato S, Dato B dan bermacam-macam Dato’ lagi masih available. Happy hunting for your husband.

Written by AbangNara | October 2nd, 2009

maizawati zainal

Kata orang-orang tua, kalau dipatuk ular maknanya ada orang nak masuk minang. Kiranya si Maizawati Zainal nie tak lama lagi ada la tue mana-mana lelaki masuk merisik. Mentang-mentang dah nak habis edah. Mimpi pun kena patuk ular jer. Mungkin tak sabar nak bersuami balik kot. Baguslah tue. Anak-anak pun masih kecik dan perlukan kasih sayang seorang ayah.

Tapi kalau mimpi kena belit ngan ular sawa macam mana pulak ye? Pernah sekali kami mimpi macam tue. Bangun-bangun jer berpeluh satu badan. Tapi tunggu punya tunggu tak ada pulak orang masuk minang. Memang kena mimpi dipatuk je kot. Kalau dibelit tak dikira la rasanya.

Sebelum terlupa kami nak ucapkan takziah kepada semua mangsa tsunami, taufan dan gempa bumi. Sampai 3 sekali bencana yang berlaku dalam minggu ini. Bumi nie dah marah sangat kot kat manusia yang hidup atas dia. Sama-sama lah kita renung-renungkan.

Written by AbangNara | August 31st, 2009

maizawati zainal

Rupa-rupanya Maizawati Zainal nie memang berbakat dalam dunia seni. Patutlah sekarang nie dia tengah terpikir nak terima ke tak tawaran menyanyi nasyid. Dulu masa muda-muda banyak jugak rupanya Maiza menang pertandingan menyanyi. Silap betul AF tak buat time sekarang. Kalau tak mesti Maiza boleh masuk. Mesti ramai yang AFUNDI Maiza nanti.

Bagi kami yang ilmu rendah nie, kami rasa Maiza patut grab ajer apa-apa peluang yang ada sekarang nie. Lagipun Maiza dah bagitau yang duit nafkah Akhil bagi untuk anak-anak dia cuma RM250 jer sebulan. Mana nak cukup tue. Lebih-lebih time nak raya nie. Baju nak beli baru, kasut nak canggih ngan macam-macam lagi lah. Sementara ada orang nak offer jadi duta ke menyanyi ke, amik jerlah selagi boleh. Yang penting duit untuk hidup dan duit untuk anak-anak cukup. Tak gitu?

Baca-baca info pasal Maiza tadi rupa-rupanya dia kawin time umur 17 tahun. Lepas SPM tue dah kawin. Memang terbaik orang kata. Cuma yang time tue bukan ngan Akhil. Nie ngan bekas suami pertama. Dapat 2 orang and lepas 3 tahun bercerai. Time tue plak Maiza berjumpa balik ngan Akhil yang dia dah kenal time sekolah lagi. Jadi diorang dua pun berkahwin la. Gitulah ceritanya.

Untuk Maizawati, life must goes on. Teruskan hidup anda. Untuk Akhil pun life must goes on with your new wife. Bahagiakanlah mereka-mereka yang sepatutnya anda bahagiakan. Semoga episod buruk dalam hidup anda berdua akan menjadi satu pengajaran yang bermakna di masa hadapan.

Written by AbangNara | August 30th, 2009

Akhil menegur dan mempersoalkan sikap bekas isterinya, Maizawati yang dianggapnya telah membuat sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dalam masa tempoh edah penceraian mereka.  Akhil dengan yakin mendakwa Maizawati sudah ada kekasih baru.

“Ana tidak kisah kalau anda semua (wartawan) hendak tulis atau tidak. Ada sumber yang cakap pada Ana yang dia (Maizawati) sedang bercinta dengan seseorang lelaki sekarang. Perempuan yang telah bercerai dengan suaminya sepatutnya perlu menjaga maruah diri sepanjang tempoh edah. Tapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya,” kata Akhil.

Page 1 of 41234