Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

(GOSIP)Konspirasi Media Jatuhkan Lisa Surihani?

Tuesday, November 3rd, 2009

lisa surihani

Kesian kami kat Lisa Surihani yang cantik, comel dan bijak pandai nie. Semenjak 2 3 minggu nie, ada je gosip-gosip murahan di suratkhabar-suratkhabar tertentu yang memburukkan dia. Seolah-olah macam ada konspirasi daripada wartawan-wartawan nie nak menjatuhkan dia. Terbaru semalam ada gosip paling bodoh pernah kami dengar. Citer Lisa Surihani tutup mata sebab flash masa bergambar pun leh dijadikan isu panas. Dah tak ada idea dah ker?

Kami memang merasakan ada wartawan-wartawan yang tak puas hati dengan Lisa Surihani nie. Mungkin ada seorang dua wartawan jantan yang perasan macho cuba mengorat dia tapi gagal. Tue yang dia ajak kawan-kawan wartawan dia yang lain boikot Lisa Surihani. Habis semua gosip-gosip murahan dikeluarkan. Ntah-ntah gosip-gosip tue pun direka.

Buat Lisa Surihani, sila jangan layan wartawan-wartawan murahan macam nie. Baik anda tumpukan perhatian pada karier anda yang tengah menaik nie. Buat derk jer ngan mereka-mereka nie. Makin dilayan makin besar kepala. Baik Lisa layan penulis-penulis blog macam kami nie. Hehehehe.

P.S: Dengar ceritanya Lisa pun suka ber”twitter” untuk mengupdatekan status diri dia tengah buat apa. Mungkinkah Lisa pun gunakan XPAX Blackberry Curve 8520? Kalau betul, memang satu pilihan yang bijak.

Tengok Muka Farid Kamil Ngan Que Haidar Mesti Teringat Filem Papadom

Friday, October 23rd, 2009

farid kamil

Akibat tergelak kuat tak hingat di dalam bilik sorang-sorang, kami telah di”sound” oleh emak kami. Terpaksalah slowkan volume ketawa sambil refresh balik babak-babak Que Haidar dan Farid Kamil dalam filem Papadom. Serius lawak gila mamat 2 orang nie, lebih-lebih Que Haidar dengan muka skema tak ingat dia. Sila pergi tengok filem Papadom yang dah kutip RM2.4 juta kalau anda tak faham apa yang kami tengah cerita nie. Kalau nak baca review filem Papadom daripada kami, sila klik sini.

Tapi gambar-gambar Farid Kamil, Que Haidar, Lisa Surihani, Siti Saida dan ramai lagi nie bukannya diambil bersempena pelancaran filem Papadom. Lisa Surihani tak berlakon pun dalam cerita Papadom. Gambar-gambar nie semuanya diambil sempena Majlis Rumah Terbuka AstroLife yang meraikan pelanggan-pelanggan Astro Mustika.

Ok dengan jujurnya kami akui kami tak langgan Astro Mustika nie. Tapi jangan terkejut plak yang dah seramai 355,000 orang yang langgan pakej Mustika nie. Macam tak percaya kan? Mungkin sebab harga dia yang murah kot. RM12.95 je sebulan lepas tue boleh dapat 3 channel. Astro CITRA (saluran 131), Astro WARNA (saluran 132) dan B4U (saluran 133).

Lagi gambar sekitar Majlis Rumah Terbuka Astrolife dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Apa khabar agaknya Linda Jasmine yang tengah sarat mengandung? Rasanya due date dia dah sampai dah kalau tak silap kami. Dah terkeluar ke anak dia ?

(more…)

Kami maafkan anda Lisa Surihani

Wednesday, October 21st, 2009

“Maaf jika saya bersalah” , tu lah yg Lisa Surihani kata kat semua orang disebabkan kes ada wartawan tu tulis Lisa Surihani ni sombong.

Lisa Surihani sendri kata dia terpinga-pinga bila baca berita tu. Mesti dia baca 2 3 kali nak pastikan yg diri sendri kena kutuk. Tu lah, takkan lah Lisa Surihani yang comel lote ni sombong, selama ni imej dia memang bersih. walaupon umur 23 tahun, ramai produser kata dia ni kerja macam pro.

“Sejujurnya, saya terkejut dan agak keliru sebenarnya bila timbul cerita seperti ini. Di dalam cerita tersebut, saya dikatakan berlagak dan seperti malas layan peminat ketika berada di satu majlis hari raya

(more…)

(UNDI)Lisa Surihani Atau Scha Al Yahya, Yang Mana Pilihan Anda?

Friday, September 25th, 2009

lisa surihani

Semalam tengah boring-boring kami tertengoklah cerita “I’m Not Single” lakonan Lisa Surihani dengan Farid Kamil. Boleh tahan jugaklah cerita dia. Jiwang 16 karat. Tapi masih tak boleh lawan tahap kejiwangan cerita Korea dan cerita Jepun.

Lepas tue teruslah kami mencarik biodata dan gambar-gambar terbaru Lisa Surihani nie. Bukan apa, cair hati ini dibuatnya melihat kesucian dan kecantikan Lisa dalam filem tue. Memang nampak murni sungguh wajah si Lisa nie. Macam baby baru lahir.

Tergugat jugak kami sekejap sebab selama nie Scha Al Yahya adalah artis wanita pujaan kami. Terus rasa nak tukar Lisa Surihani jadi artis wanita pujaan sebab bagi kami muka dia nampak lebih Melayu berbanding Scha. Lebih ayu gitu ~~~

Jadi nak tau jugak pandangan korang siapakah yang lebih cantik antara Scha dan Lisa Surihani nie. Kami tahu setiap manusia taste berbeza-beza. Tapi ramai readers BeautifulNara nie perempuan. So kami nak tau dari sudut mata pandangan hati seorang wanita siapakah yang lebih cun antara diorang berdua nie.

Vote kat bawah nie yek:-

Lagi gambar-gambar terbaru Lisa Surihani sempena Ramadan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(more…)

Esok Lisa Surihani kat Gerai JuzJumbo

Tuesday, September 8th, 2009

Kalau korang minat gila kat Lisa Surihani, boleh beli air mangga, strawberi, laici atau kiwi dari tangan Lisa Surihani sendiri. wah, kompem tak buang lah bekas air minuman tu, simpan buat kenang-kenangan. Jangan bawak  tidur sekali sudah. Sambil-sambil amik air tu, buat-buatlah terpegang tangan.

Lisa Surihani akan ada kat gerai Juz Jumbo Suria FM kat Pasar Ramadan Kg Baru esok – rabu 9hb. Harini dengarnya Diana Danielle ngan Dafi akan tolong jual air. Erra Fazira ngan  Umie Aida pulak akan pergi hari ahad ni.

Sapa-sapa yang pergi amik gambar pastu hantar email kat Kak Nara ok, boleh kita layan ramai-ramai gambar artis jual air.

Korang layan dulu gambar-gambar artis yang dah menjual….PM pon ada tau!

(more…)