Written by AbangNara | June 29th, 2009

ernie juara bintang RTM

Semalam sambil main-main dengan anak buah, sempatlah kami melayan final Bintang RTM, Malam Seribu Bintang. Secara jujurnya kami tak pernah tengok pun Bintang RTM sebelum nie. Disebabkan terasa nak tengok kecantikan Jo Anna Sue Henley Rampas secara live di kaca TV, jadi kami pun melayanlah final Bintang RTM semalam.

Persembahan finalis-finalis bintang RTM memang boleh tahan. Keputusan pun boleh dikatakan tepat. Maklumlah keputusan semua dibuat oleh juri-juri professional. Tak ada unsur-unsur SMS dalam menentukan pemenang.

Memang rezeki Ernie yang masih belajar di Tingkatan 5 untuk jadi juara malam tue. Nampaknya sibuklah Ernie tahun nie buat show. Jangan lupa ye anda tue nak amik SPM tahun nie. Menyanyi-menyanyi jugak, belajar tue jangan lupa.

Tapi Jo Anna malam tue memang menang besar. Bolot sampai 3 hadiah. Bintang Paling Popular (SMS), Persembahan Terbaik dan jugak naib juara Bintang RTM. Kalau kira-kira balik dekat RM20 ribu lebih jugak dia bawak balik malam tue.

Tak sia-sia kami promote kecantikan Jo Anna sebelum nie. Kalau anda belum pernah tengok gambar Jo Anna, kami cadangkan anda pergi baca artikel ini dan artikel ini. Sila bersiap sedia untuk cair jika anda seorang lelaki.

Tahniah buat semua pemenang. Walaupun Bintang RTM kurang promosi dan kurang kemeriahannya berbanding pertandingan-pertandingan lain, harap-harap pemenangnya berkualiti dan maju selepas ini.

Lagi gambar sekitar final Bintang RTM, Malam Seribu Bintang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 9th, 2009

anna rampas

Memang perampas hati lelaki betullah si Jo Anna Sue Henley Rampas nie. Kalau korang belum tengok gambar Jo Anna Sue Henley Rampas yang pernah kami paparkan dulu, pergile tengok dan sila jatuh hati dengan dia. Memang comel tahap Hagemaru.

Ada orang kata Anna Rampas nie awek Adam, tapi ada orang kata bukan. Tak kisahlah dia awek sapa pun, tapi yang pentingnya napa si Anna nie gi masuk Bintang RTM? Masuklah AF ke, Mentor ke, OIAM ke. Compem pemesnya.

Lagi gambar pose perampas hati dari Anna Rampas dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 9th, 2009

jo anna sue henly rampas

UPDATE: Kami ingin meminta maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut kepada tuan punya gambar Jo Ana Rampas iaitu BennyLiew.com.

Kami mengakui kesilapan kami mengambil dan mengedit gambar-gambar dari BennyLiew.com tanpa meminta kebenaran daripada pihaknya terlebih dahulu.

Segala gambar adalah hak milik BennyLiew.com dan koleksi gambar Jo Anna Sue Henly Rampas boleh dilihat dengan lebih banyak di blog BennyLiew.com

Sekali lagi maaf dipinta dari pihak kami kepada pihak BennyLiew.

Kami tahu anda tak tahu yang bintang RTM ada awek yang cun melecun macam nie. Rasanya dah tak ada orang tengok RTM dah kot. Semua pun layan Astro.

Nama awek bintang RTM di atas ialah Jo-Anna Sue Henley Rampas. Ha amik kau panjang gile nama dia. Asalnya orang Dusun, Sabah kalau tak silap. Memang cantik-cantik orang Sabah Sarawak nie.

Kepada lelaki-lelaki di luar sana, sila cairkan diri anda dengan melihat lagi gambar Jo-Anna Sue Henley Rampas dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Asyik-asyik layan AF7 ngan OIAM je, jom kita layan Bintang RTM plak.

 
Written by AbangNara | April 8th, 2009

jo anna rampas

UPDATE: Kesemua gambar ini adalah milik Rithzal. Terima kasih dan maaf dipohon kerana tak beri kredit sebelum ini.

Dengan ini kami mengisytiharkan yang Jo Ann Sue Henley Rampas kini akan menjadi model rasmi blog BeautifulNara.Com.

Mohon maaf kepada Scha Al-Yahya kerana takhta anda selaku awek paling cun di BeautifulNara telah dirampas oleh Jo Ann Rampas.

Tak puas dengan gambar Jo Ann Sue Henley Rampas semalam, kami menggeledah Google untuk mencari lagi gambar-gambar posing awek Sabah ini.

Memang mantap-mantap semua gambar Jo Ann Henley Rampas nie. Posing dia yang sempoi memang bisa menggegarkan jantung lelaki-lelaki di luar sana.

Tapi jangan kecewa sebab desas desus kedengaran yang si Jo Ann Rampas ini adalah awek Adam Akademi Fantasia. Benar atau tidak, kita tunggu pengakuan dari Adam dan Jo Ann Sue Henley Rampas.

Sila layan lagi koleksi gambar-gambar Jo Ann Sue Henley Rampas dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 11