Written by serenity | October 24th, 2011

Ada yang meminta kami kemas kini cerita tentang Ida Nerina dalam bahagian komen entri lepas. Jadi kami telah melakukan sedikit ‘intipan’ tentang apa yang sedang dilakukan oleh pelakon wanita yang berbakat itu.

Hasil carian kami ialah Ida Nerina sedang dalam persediaan untuk mementaskan sebuah teater berjudul What’ll Break You /Apocalips yang bakal berlangsung pada 3 hingga 13 November ini di Pentas 2, KLPac, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Bukan itu saja, Ida akan menjadi pengarah teater ini yang membariskan pelakon-pelakon seperti Zahim Albakri, Gavin Yap, Vince Chong, Stephanie Van Driesen, Tania Khan dan Ash Nair. Teater ini diterbitkan oleh Susan Lankester dan ditulis oleh Ivan Yeo.

Menerusi blog Ida Nerina, kami dapati dia adalah penulis pojok di The Star di mana dia menceritakan tentang kehidupannya. Dia baru saja mendapatkan kerusi roda baru yang dinamakannya Jessica Rabbit. Menurut Ida, kerusi rodanya super ringan, kalis bom dan berwarna merah menyala.

Ida Nerina mungkin tidak berlakon secara aktif lagi tetapi dia kini sedang mengembangkan bakatnya dalam bidang kreatif yang lain. Dia sentiasa bersyukur dengan perkara-perkara kecil dalam kehidupan yang menceriakannya. Kami juga dengar cerita dia telah hadir menonton sebuah teater di ibu kota dan kelihatan ceria beberapa hari lepas.

Korang boleh mendekati hasil kerjanya dengan hadir ke teater What’ll Break You /Apocalips. Tiket boleh dibeli di laman web KLPac dan ilassotickets. Untuk berita terkini tentang Ida, ikuti beliau di blog dan Facebook. Kredit foto www.idanerina.net.

Written by AbangNara | October 14th, 2009

kebenaran cerita ini tidak dapat dipastikan selagi takde pengakuan iklas terbuka dari empunya badan ya. tapi menurut suratkhabar yang menulisnya, Ida Nerina diceraikan dek suaminya, Shahrin Razali masa raya kedua haritu. Raya pertama bermaafan, raya kedua bye-bye.

Kalau betul lah kan, ada patut kah sang suami ni pi ceraikan bini yang dok sakit terlentang? cuba korang bentangkan hujah-hujah korang tentang hal ni. Tapi kesian Ida Nerina kan, besar betul dugaan ni. Memang sudah jatuh di timpa tangga. Skang ni Ida Nerina dirawat di PPUM,  mungkin lumpuh  sebab jatuh tu, yelah sebab kena tulang belakang kan, memang bahaya.

Sama-samalah kita nantikan pengakuan dari Ida Nerina dan suami mengenai benda nie. Harap-harap tak betullah.

Written by AbangNara | June 23rd, 2009

ida nerina

Takziah kami ucapkan kepada Ida Nerina yang sekarang berada di hospital selepas pembedahan bahagian belakang. Khabarnya semalam Ida Nerina jatuh tangga semasa on the way nak sampai ke rumah. Mungkin tak tahan nak ke bilik air, berlari-lari dan terjatuh kot.

Anyway cuma kami pelik sebab tiba-tiba keluar gosip kononnya Ida Nerina dibelasah oleh suaminya sampai terjatuh tangga. Padahal memang tak ada benda pun yang rasanya boleh dikontroversikan. Dah jatuh tangga, jatuh tangga jerlah. Takkan tue pun nak buat jadi cerita panas kot.

Kami tak mahu katakan ini satu pembalasan ke atas Ida Nerina sebab kami pun makhluk biasa jer. Tak ada kuasa nak cakap sama ada seseorang itu berdosa ke tak. Hanya Dia yang tahu.

Takziah kami ucapkan. Cepat-cepat sembuh ye Ida Nerina.

P.S: Kadang-kadang kami confuse muka Ida Nerina ngan Umie Aida. Yang belum kawinnya Umie Aida kan?