Written by serenity | October 16th, 2017

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), menegur Hafiz Hamidun dan isterinya, pengusaha kosmetik Siti Arifah Amin atau Joy Revfa agar berhenti daripada mendedahkan aib satu sama lain disebabkan kemelut yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

Utusan Online melaporkan, Musa Awang berkata, tindakan membesar-besarkan isu pergolakan rumah tangga dan mendedahkan ke­lemahan pasangan kepada umum adalah sesuatu yang tidak si­hat dan bertenta­ngan dengan tuntutan agama Islam.

Mereka tidak se­pa­tutnya berkongsi rahsia rumah tangga dan perkara-perkara penting lain kepada umum se­telah membawa kes ke mah­kamah kerana keadaan itu bo­leh menyebabkan prejudis dan menimbulkan fitnah terhadap pihak yang satu lagi.

Ia bukan sahaja memberi ke­san buruk kepada mereka, malah turut menimbulkan perspektif negatif orang ramai terhadap institusi mahkamah syariah itu sendiri.

Musa menambah, apabila segala butiran penting yang sepatutnya di­bincangkan secara tertutup di mahkamah dibawa keluar dan ‘dihidangkan’ kepada umum, ada­lah sesuatu tindakan yang tidak kena pada tem­patnya.

Kesemua hal berbangkit seperti isu naf­kah dan se­bagai­nya perlulah dibin­cangkan dalam mah­kamah secara adil dan pihak tertuduh bo­leh menjawab segala tu­duhan tersebut de­ngan jelas, bukannya­ dibuka kepada u­mum.

Terdahulu, pasangan itu menjadi bualan hangat Netizen setelah kedua-dua pihak menghadakan sidang media mengenai masalah rumahtangga mereka yang dikatakan bermula setelah Joy Revfa gagal menyerahkan surat cerai yang dijanjikannya sebelum bernikah dengan Hafiz, menyebabkan penyanyi itu ragu-ragu mengenai status sebenar perkahwinan mereka. – via Utusan Online

Written by serenity | October 12th, 2017

Satu sidang media telah diadakan oleh Joy Revfa berkenaan kenyataan yang dibuat kelmarin mengenai perceraian dengan suami pertama yang disahkan oleh Mahkamah dua hari lalu. Dalam sidang media itu dia memberitahu bahawa pengesahan pernikahan yang berlangsung pada Januari 2013 dan perceraiannya yang berlaku Januari 2015 telah disahkan Mahkamah Syariah Shah Alam.

Peguam yang mewakili Joy bagaimanapun dilihat mencelah apabila Joy menjawab beberapa pertanyaan media, memberitahu Joy masih berstatus isteri Hafiz, dan sebagai isteri dia tidak sepatutnya menjawab pertanyaan yang mengaibkan Hafiz.

Joy berkata Hafiz tidak menepati citarasanya tetapi dia menerima lamaran Hafiz kerana desakan ibunya.

Di hujung sidang media bagaimanapun, ketika ditanya oleh pemberita sama ada dia bersetuju jika Hafiz memfailkan perceraian, wanita itu memberitahu:

Jika dia mahu perceraian saya sangat-sangat bersetuju kerana dia tidak mampu memberi dari segi batin.

Ditanya mengapa dia mengatakan Hafiz tergesa-gesa mahu berkahwin, Joy memberitahu:

Kerana dia kata mahu bawa saya ke Makkah, mahu cepat dapat anak, semua yang indah-indah.

Sidang media itu diberhentikan setelah peguam Joy menerima dan meneliti satu dokumen yang didakwa datang dari pihak Hafiz Hamidun.

Sidang media itu disiarkan secara langsung di Facebook Harian Metro sebentar tadi.


Joy juga mendakwa sekiranya orang lain berada di tempatnya, tidak mungkin orang itu menghadapi semuanya sekuat dirinya. Dia mendakwa sebagai wanita di luar sana mestilah meletakkan tahap di tempat tertinggi kerana wanita ialah kesayangan Allah dan Rasul. – beautifulnara.com

Written by serenity | October 12th, 2017

Penyanyi Hafiz Hamidun, 33, yang sebelum ini berkahwin dengan sorang usahawan kosmetik bernama Siti Arifah Amin, 30, atau lebh dikenali di media sosial sebagai Joy Reva, telah memfailkan permohonan cerai terhadap wanita itu hari ini.

Ia difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, hari ini. mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu perceraian secara baik hadir bersama peguam syarie Azmi Mohd Rais kira-kira jam 1 tengah hari.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 11th, 2017

Ya, ramai menyatakan mereka sudah muak dengan berita mengenai kes pembubaran nikah penyanyi dan personaliti media sosial, bagaimanapun seperti yang anda tahu, Siti Arifah Amin atau Joy Revfa semalam telah menulis karangan panjang di Facebook bahawa semalam mahkamah telah mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami dan mendakwa Hafiz meninggalkannya setelah mereka berdua telah ‘bersama’. Malah, Joy bersumpah mereka telah melakukannya.

Hafiz bagaimanapun menafikan mereka pernah ‘bersama’.

Perkembangan terbaru, kepada Suria.fm, dia menyifatkan kata-kata Joy adalah fitnah. Dia juga telah mendapatkan khidmat peguam berkenaan dakwaan ini.

Dia bakal dilanda masalah yang besar. Kata-katanya adalah fitnah.

Saya tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut kerana saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk menangani kes ini.

Saya pernah memberi amaran kepada Joy supaya tidak bermain dengan fakta. Saya ada kesemua bukti dan sekali lagi Joy bakal dilanda masalah.

Hafiz juga meminta orang ramai menghentikan spekulasi mengenai kes itu kerana kes pembubaran nikah yang difailkan Joy sebelum ini masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Tak silap penulis, mahkamah hanya akan memutuskan sama ada sah atau tidak pernikahan Hafiz dan Joy 1 Mei lepas pada November ini. Mungkin Joy juga sudah lupa kata-kata peguam syarie yang mewakilinya bahawa “hanya Hakim Syarie berhak menentukan secara muktamad sah atau tidak sebuah pernikahan.”

Untuk makluman, Hafiz dan Joy bernikah pada 1 Mei lepas dan perkahwinan mereka diluluskan untuk dilaksanakan oleh JAIS setelah Joy menegaskan akan menyerahkan surat cerai perkahwinan terdahulu selepas pernikahan.

Bagaimanapun, Hafiz kemudiannya tinggal berasingan dengan Joy setelah duduk sebumbung enam hari kerana meragui status sah pernikahan mereka disebabkan Joy gagal menyerahkan surat cerai yang dijanjikan. – beautifulnara.com

Page 1 of 212