Written by serenity | May 8th, 2013

Nur Fazura kini kembali aktif dalam bidang seni. Khabarnya mencanak-canak tawaran lakonan yang diterima sejak beliau aktif semula, dan ini sememangnya sesuatu yang bagus untuk perkembangan kerjaya beliau. Antara perkembangan terbaru Fazura ialah, beliau memegang watak utama di samping artis popular 2012, Shaheizy Sam untuk drama bersiri 13 episod “Kisah Cinta” yang sedang disiarkan di TV3 untuk slot Lestary, sejak semalam.

Di samping itu, Fazura juga memegang watak utama untuk filem adaptasi novel tulisan Anis Ayuni iaitu “Manisnya Cinta”, memegang watak Ifti Liyana, juga sebagai pelakon utama di samping Shaheizy Sam. Filem ini sedang dalam penggambaran, diarahkan oleh Bernard Chauly dan diterbitkan oleh Red Films.



Baru-baru ini, Fazura sebagai duta Lux telah mengadakan sesi ramah mesra bersama peminat di Subang Jaya, Selangor. Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Fanpage Lux Malaysia.


Jangan Lupa untuk datang beramai-ramai ke Bazar Seni Industri Budaya 2013 pada 11-12 Mei ini (Sabtu dan Ahad). Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua pengunjung. Mari kita berkunjung sambil bersantai seni!

 
Written by AbangNara | December 3rd, 2009

Tentu ramai yang akan jatuh tergolek-golek mendengar gosip panas nie. Fazura khabarnya telah dikantoikan keluar tengok wayang dengan seorang anak raja yang bergelar Tengku baru-baru nie.

Khabarnya lagi, filem yang ditonton bersama tue tak lain tak bukan filem lakonan Fazura sendiri, Pisau Cukur. Mungkinkah ada isi tersirat yang cuba disampaikan oleh Fazura kepada Tengku tersebut?

Tapi agak kurang romantis apabila gosip ini menyatakan yang ada bodyguard duduk sebaris dengan Fazura dan Tengku semasa menonton filem nie. Kurang romantik la gitu. Susah jugak jadi orang kenamaan nie. Bercinta pun nak kena ada orang jaga.

Apa-apapun kalau gosip ini benar, tahniah sangat-sangat kami ucapkan kepada Fazura. Fazura pun masih single dan tak salah nak bercinta. Tak kisahlah dengan kerabat diraja ke, orang biasa ke, VVIP ke. Yang pentingnya tak mengganggu rumah tangga orang lain. Tak gitu?

Sumber gosip dari Murai.

Written by AbangNara | August 13th, 2009

Kami tahu anda semua tengah kekenyangan selepas makan tengah hari tadi kan? Apa kata kita memerah otak sikit. Tak ada klu tapi gambar di atas kononnya diambil semasa pelakon tersebut tidak memakai sebarang make up. Jadi cuba-cubalah teka ye.

Sambil-sambil memerah otak tue kitorang ada bagi satu bonus gambar Fazura dan Sassy Falak yang maintain cun walaupun tak pakai make up. Kalau nak tengok sila baca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 2nd, 2009

makcik fazura

Itulah tajuk email yang kami terima daripada saudari Zarina. Kalau betullah ini adalah makcik Fazura, memang cun-cun belaka keluarga Fazura nie. Like auntie, like nephew. Hehe, terspeaking la pulak.

Pengiran Sufri nie tak pulak didedahkan sapa. Maybe orang-orang besar Brunei kot. Kalau makcik Fazura pun boleh kawin dengan orang kenamaan Brunei, inikan pulak Fazura. Setakat Dato-Dato kat Malaysia nie petik jari jer.

Lagi gambar makcik Fazura yang tak diketahui namanya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 212