Written by serenity | June 6th, 2012

Kalau sebelum ini kita sudah melihat gambar-gambar majlis persandingan Fasha Sandha bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai di Tasoh Lake Resort & Retreat, Perlis dari Fanpage We Love Fasha Sandha, apa kata kita lihat gambar-gambar hasil bidikan team Ryaniez Moments Photography pula.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPasangan ini dinikahkan di Hotel Crowne Plaza pada 27 April manakala pada 14 Mei, Fasha telah mengumumkan kehamilannya. Majlis ini meraikan keluarga saudara sebelah pihak perempuan di kampung tempat Fasha dibesarkan. Lagi 47 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 10th, 2012

Panas juga gosip yang disampaikan oleh blog Dapur Kak Jee ini. Menurut penulis itu, seorang rakannya memberitahu yang Jejai dan Fasha sudah bernikah di negara asing belah utara, tetapi terpaksa dirahsiakan dari banyak pihak atas sebab tertentu. Khabarnya juga, mereka sudah bernikah beberapa bulan lepas tetapi pemberi informasi tidak ingat secara tepat tarikhnya. Tulis Kak jee yang merupakan seorang bekas wartawan:-

Semalam, Kjee ada post entry suruh dia cepat nikah dengan kekasihnya Jejai sebab dah boring sangat asyik baca story dia dan Jejai, kejap cinta kejap putus. Pastu cinta balik. Dan tetiba ada cerita pulak nak nikah.

And then, Kjee dapatlah citer seorang rakan FB kata mereka sudan kahwin. Kahwin? Kjee garu kepala. Kahwin? Kahwin ke nikah?

Hehehe ketawa dia. Dah nikahlah Kjee, kata teman tu. Isyhhh walaupun wartawan pencen tetapi hati naluri ni masih ada perasaan ingin tahu. Kemudian Kjee dapatlah citer tetapi taklah banyak sebab fren FB tu kata nanti dia tanya lagi mereka yang lebih tahu mengenai pernikahan itu. Depa nikah dah banyak bulan tapi tak ingat tarikh, katanya.

Jeng jeng jeng dia confirm yang FASHA DAN JEJAI SUDAH NIKAH di Thailand beberapa bulan yang lalu!! Nikah senyap2 sebab ada masalah. Kjee kata masalah keluarga ker sebab setahu Kjee, ibu Jejai tak suka Fasha! Opppsss maaf lah yer.

Fren FB tu kata sikit lebih kurang macam tu lah. Kononnya pasangan pengantin baru tu sedang berusaha mencari jalan mengatasi masalah keluarga itu. Itu menyebabkan Fasha susah sangat nak buat pengumuman. Maklumlah, bab2 keluarga ni amat sensitif.

Dan yang syoknya Kjee quote and unquote apa fren tu tulis semalam kat wall FB Kjee. Jangan korang nak cari sebab Kjee dah padam atas sebab2 tertentu.

Katanya sikit lebih kurang begini: “Kalau Jejai ada kat rumah Fasha, kereta Jejai akan ditudung (dengan cover kereta kot). So kalau nak tahu Jejai ada, intai2lah kereta2 kat dalam kawasan rumah Fasha..”

Oppsss kalau dah sah nikah (walaupun di Thailand, nikah tu sah kalau ada surat nikah), kenapa sampai nak sorok2 lagi kan? Biarlah kan? Tak payah sorok2. Buatnya ada yang nampak dan report kat pencegah maksiat, kan jadi hal pulak. Tapi kalau geng pencegah maksiat datang, pasti terkejut beruk muka mereka apabila Fasha dan Jejai keluarkan surat nikah.

Kepada Fasha dan Jejai, Selamat Pengantin Baru seandainya benar berita yang Kjee terima itu. Kami semua mendoakan agar Allah swt permudahkan usaha kalian untuk menjernihkan hubungan kekeluargaan selepas sah menjadi suami isteri. Restu keluarga terutama sekali ibu terlalu penting dalam sesebuah perkahwinan.

Tak tahu sama ada berita ini betul atau tidak, kalau betul, baguslah tu dan tahniah diucapkan. Pasangan ini juga kebelakangan ini semakin kerap muncul di khalayak ramai dan kelihatan begitu mesra sekali.

Written by serenity | January 1st, 2012

Pelakon Fasha Sandha telah muncul sebagai penghias kulit muka hadapan majalah Pesona Pengantin untuk Januari 2012. Dengan gaun berwarna kuning jagung, dia tampil anggun dan antara yang dibicarakan di majalah ini ialah harapannya untuk berbahagia di penghujung cinta. Kami kira ini berkait dengan gosip sekitar akhir tahun lepas yang Fasha akan menamatkan zaman bujangnya dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram, bekas suami pelakon comel Nora Danish sekitar tahun 2012 ini:-

Menariknya, pasangan kekasih yang sebelum ini agak merahsiakan percintaan mereka dari umum seolah-olah memberitahu dunia tentang kebahagiaan mereka melalui laman sosial Twitter apabila, Jejai telah tweet kata-kata manis kepada Fasha dan dibalas pula oleh pelakon wanita itu:-

Written by serenity | November 11th, 2011

Rakan kami di RotiKaya telah menghadiri Majlis Pelancaran Majalah Lisa semalam dan mengambil gambar Fasha Sandha memakai gaun ‘bareback’ berwarna merah terang. Ianya lebih kurang sama dengan pakaian Amanda Imani sewaktu Majlis Rafflesia Norman dan Memey beberapa minggu lepas.

Pada pendapat kami Fasha perlu ke gym untuk tone-up badannya. Macam dah naik sikit badan Fasha ni, happy sangat kot. Tiga keping lagi gambar termasuk satu gambar ‘berani mati’ dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit penuh pada blog yang awesome, RotiKaya

 
Page 1 of 912345...Last »