Written by AbangNara | February 19th, 2010

Kami ambil gambar2 ini dari RedMummy, memang gambar2 yg takde kat suratkhabar ni…

Dalam Utusan pon ada komen pasal Faizal Tahir yg sibuk nak bersembang masa konsert Satu Suara ni. RedMummy pon komen benda yg sama. Lagi satu, Faizal Tahir bersembang dalam bahasa omputih. Hm, kami pon rasa cam kelakar, you know speaking London, and then he sings Malay song. You know, a bit funny-funny there…..

Lihat lagi gambar Siti, Aizat & Faizal Tahir di Konsert Satu Suara…

 
Written by AbangNara | December 10th, 2009

ingat tak mengenai berita yg dulu kami siarkan tentang Faizal Tahir, sebelum dia tak dapat nyanyi utk AJL. dari setakat makan pil tahan sakit, rupanya skang ni Faizal Tahir kena tahan ward, sebab terdapat darah beku dalam saluran darahnya Deep Vein Thrombosis. kami dengar berita ini dalam Radio HotFM malam tadi..

Serius jugak tau kalau ada darah beku dalam saluran darah tau…kami doakan agar Faizal Tahir cepat sembuh! Perkara sebegini boleh berlaku kepada semua orang, marilah kita menjaga kesihatan kita ya! Kalau rasa takde semangat nak bersenam, cuma tengok The Biggest Loser Asia kat Astro, mungkin boleh dapat semangat~~

Written by AbangNara | November 18th, 2009

faizal tahir

Faizal Tahir nie suka sungguh buat peminat-peminat dia terharu. Ini baru betul sayangkan peminat. Sanggup menahan kesakitan, derita dan luka di tubuh badan demi mahu menghiburkan hati-hati peminat dia. Memang kami respek lu la bro. Bukan senang nak cari artis macam nie. Selalu artis lain wat derk jer kat fan dia. Siap kengkadang dah janji nak wat show pastue tak datang plak. Artis-artis lain sila jadikan Faizal Tahir sebagai contoh seorang artis popular yang tak lupakan diri.

Kalau korang nak baca cerita penuh dia, sila baca artikel ini sepenuhnya. Sumber dari Mstar.

P.S: Seronoknya tengok RedMummy dapat sponsor buat template baru dia. Cantik dan kemas gitu. Kalaulah kami pandai dah lama kami cantikkan lagi BeautifulNara nie. Sayangnya kami nie tak la sepandai mana. Tak ada ke insan yang berhati mulia nak sponsor template BeautifulNara?

 
Written by AbangNara | July 17th, 2009

faizal tahir

Nak ketawa pon ada, nak kesian pun ada jugak baca kisah Faizal Tahir yang terbaru ni.   Faizal Tahir patutnya semalam naik flight pegi Jakarta sempena Anugerah Planet Muzik 2009 (APM),   tapi kena tahan kat imigresen sebab nama dia blacklisted.  Rupanya dia tak bayar hutang PTPTN .

Berapa ribu tu tak dapat la pulak kami pastikan, yang kompem memang dia terkandas lah sorang-sorang kat LCCT. orang lain yang patut pergi macam Ayu, Aizat dan Dafi semuanya selamat  sampai ke Jakarta udah dong.

Adoilah, kalau bayar skit2 kan boleh langsai . Sonang aja bang Faizal oi….duit dari  show tu bayarlah 10% ke PTPTN, tah tah 2 kali show dah boleh abis terus.

Haaa…. sekarang siapa yang malu?

Page 1 of 212