Written by serenity | July 28th, 2015

Pada 26 Julai lepas, pelakon cantik Erra Fazira telah mengadakan satu majlis raya bersama peminatnya. Majlis itu dianjurkan oleh kelab peminat setia Erra, bertemakan ‘Raya Bersama Erra Di Desa’ dari pukul 3.00 hingga 6.00 petang di Rumah Tamu Datin Khalijah, Sentul, Kuala Lumpur. Turut hadir dalam bersama Erra dalam majlis itu ialah puteri Erra yang comel iaitu Engku Aleesya.


 photo 11797983_986531198053496_1748434945_n.jpg

Kira-kira 100 orang peminat Erra menghadiri majlis eksklusif ini dengan tema baju raya klasik. Bertuah sungguh Erra kerana mempunyai kelab peminat setia yang aktif.

Set gambar ini ialah hasil bidikan DMuslim Photostudio. Lagi 12 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

“Masked, I advance.” ― René Descartes

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 26 July 2015

 
Written by serenity | March 29th, 2015

Diam tak diam rupanya puteri kesayangan Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-6 hari ini. Dalam satu majlis bertemakan puteri Disney, kedua-dua Erra dan anak kesayangannya itu mengenakan gaun seperti Cinderella.


 photo 11055980_1376297259363746_1863261902_n.jpg
Walaupun telah berpisah, kedua Erra dan Emran tidak mempunyai masalah untuk bersama-sama menyambut hari kelahiran anak mereka itu. Pasangan anak-beranak ini kelihatan comel sekali dalam gaun Cinderella mereka.

lagi 46 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Bersama Erra.

 
Written by serenity | February 7th, 2013

Fazira Wan Chek, atau lebih dikenali di kalangan peminat seni tempatan sebagai Erra Fazira telah muncul di kulit muka hadapan majalah InTrend keluaran Februari.

Erra telah mengeluarkan komen yang dipaparkan oleh majalah tersebut, meminta orang ramai tidak bertanya tentang rumahtangganya, sebalikya meminta didoakan saja (rumahtangganya).

Sepanjang tahun lepas, kisah rumahtangga Erra agak heboh diperkatakan di media konvensional mahupun sosial, apabila timbul cakap-cakap yang suami Erra telah berkahwin lain. Ada juga sumber yang tidak dapat disahkan menyatakan pasangan ini sudah bercerai, namun menyembunyikannya.

Apa pun, betul juga kata Erra, lebih baik didoakan rumahtangganya dari terus membuat spekulasi, kan?

Dan yang nyata sekali Erra yang tampak tidak dimakan usia sememangnya gorgeous dalam gambar-gambar yang dipaparkan dalam majalan InTrend. Sekiranya anda ingin melihat gambar Erra yang lain, sila dapatkan naskhah Februari InTrend di pasaran!

***

Adakah anda seorang penggiat dalam bidang seni dan budaya di negara ini? Kami mengalu-alukan anda untuk mendaftar dengan kami.

Dari sekolah rendah hingga tiada had umur, walau apa jua bidang seni dan budaya yang anda ceburi (tarian, muzik, teater, filem, drama, permainan tradisional, muzik tradisional, nasyid, pertahanan diri dan lain-lain), kami memerlukan maklumat anda. Sila ke http://www.jkkn.gov.my/ untuk mendaftar dengan kami secara online!

Written by serenity | December 25th, 2011

Bekas isteri Yusry Abdul Halim yang kini merupakan isteri kepada Engku Emran, Erra Fazira telah mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya itu dan Lisa melalui Twitter beberapa jam lepas malah turut mendoakan pasangan ini akan mendapat anak yang comel.

Kami meramalkan perkahwinan pasangan ini yang akan berlangsung akhir Februari tahun depan akan menjadi Wedding of The Year. Bersama kita nantikan.

Page 1 of 612345...Last »