Written by AbangNara | July 12th, 2009

majlis tunang elyana

Akhirnya nama penuh tunang Elyana diketahui jugak pada majlis pertunangan Elyana yang telah selamat berlangsung semalam. Dikenali dengan hanya nama “K” selama ini (bukan Dato’ K ye), nama penuh jejaka bertuah ini ialah Khairul Anuar Haji Husin.

Tertarik hati kami tengok gambar majlis pertunangan Elyana nie. Simple tapi dress dia still lawa. Make up tak lebih sangat. Tapi kalau fokus betul-betul ada nampak pimple sikit kat muka Elyana. Elyana kena tukar tukang make up untuk wedding dia nanti. Tak cantik le nampak jerawat-jerawat nanti.

Lagi menarik rupa-rupanya si Khairul nie dah pernah propose Elyana 2 kali tapi dedua kali kena reject. Cian dia. Tapi yang best kali ketiga tue Elyana yang propose kat dia. Pergh, bangga tue kalau jadi Khairul. Pompuan yang propose. Memang sempoi la Elyana sesempoi lakonan dia.

Lagi gambar sekitar majlis tunang Elyana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Sampai sekarang kami kadang-kadang tak percaya Elyana ada suara yang sedap. Bukan apa, kalau tengok muka Elyana tak sangka plak dia ada suara yang agak besar.

 
Written by AbangNara | July 11th, 2009

kad tunang elyana

Kepada sesiapa yang tak ada kerja hari nie, jom kita reramai serbu majlis pertunangan Elyana kat bangsar. Tak kenal pun wat cam kenal jer. Print kad tunang Elyana nie then kita gi makan free. Jangan lupa bawak kamera, amik gambar dan nanti leh kita upload gambar majlis pertunangan Elyana kat BeautifulNara untuk tatapan bersama ramai-ramai.

Sekarang nie memang trend ek tunang pun buat kad? Minggu lepas pun dapat jemputan kad pertunangan daripada member kitorang. Terkejut jugak sebab first time dapat jemputan ke majlis bertunang. Ini boleh dijadikan satu budaya baru nie. Makin kayalah lah printing-printing company dan designer kad kahwin Malaysia.

Tahniah buat Elyana. Harap banyakkan bersabar semasa bertunang. Kata orang time nie darah manis. Compem banyak dugaan dan cabaran yang mendatang. All da best ~~

P.S: Ada terbaca ramai yang tak suka sebab Elyana bertunang muda sangat. Baru 22 tahun. Kata diorang patutnya Elyana nie fokus untuk buat populariti lagi. Bagi kami, benda baik wat apa nak tangguhkan ye tak? Anda pulak bagaimana?

Written by AbangNara | June 15th, 2009

elyana dan tunang

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal dah compem akan bertunang 11 Julai ini dengan lelaki di dalam gambar di atas. Untuk pengetahuan, Elyana berusia 22 tahun dan lelaki tue berumur 34 tahun. Amik kau beza umur 12 tahun tue.

Khabarnya bakal tunang Elyana adalah seorang pengusaha restoran sushi di Damansara. Mesti menangis besar Elly Iskandar dengar cerita nie. Dulu beria canang dia suka kat Elyana. Padan muka ko.

Tahniah buat Elyana dan bakal tunangnya. Oh ya bakal tunang Elyana hanya dikenali dengan nama K je. Nama betul tak tahu lagi. Nanti kitorang akan update dari masa ke masa.

Ada satu lagi gambar tunang Elyana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 14th, 2009

gambar adik elyana dan botol arak

Sungguh kami tidak mengerti apakah motif adik Elyana bergambar mencium botol arak Heineken. Alang-alang baik ambik gambar tengah meneguk arak terus(sila fahami ayat sindiran ini).

Kami sangat kecewa sebab Elyana selama ini mempunyai imej yang sangat baik. Susah nak tengok gambar-gambar kontroversi dan seksi dari Elyana. Cuma yang ada pun sekadar gambar yang dicuri dari Myspace Elyana.

Nampaknya adik Elyana yang belum jadi artis pun dah mampu menimbulkan kontroversi lebih panas dari akaknya. Kalau kami jadi Elyana, pasti kami akan sebat punggung adiknya dengan hanger baju. Apa pendapat anda?

Page 1 of 212