Written by AbangNara | September 1st, 2009

sardin mawi ekin

Tahniah buat Ekin kerana berjaya memasak sardin untuk suaminya yang tersayang, Mawi. Ini betul-betul ucapan tahniah daripada kami. Bukan nak sindir. Walaupun hanya sekadar sardin, yang penting kenikmatan dapat bersahur bersama suami dan isteri tercinta. Lauk belakang kira. Kami pun kadang-kadang sahur maggi jer waktu zaman belajar dulu.

Tambah respek sebab Mawi pun rileks jer bila Ekin sekadar masak sardin. Ini baru betul suami yang memahami. Mawi nie jenis tak cerewet la kot. Baguslah macam tue. Mawi dan Ekin dedua pun sibuk. Balik tengah malam nak berehat dan bersenam. Mana sempat nak masak sedap-sedap kan?

Yang tambah bagusnya Ekin dah berjanji nak masak sedap-sedap bila ada kesempatan masa nanti. Semangat macam nie yang kita nak. Barulah “world”. Mula-mula masak sardin sebab tak sempat, lama-lama nanti upgrade sikit jadi ayam masak merah. Mahu Mawi makan 2 3 pinggan nasik masa bersahur nanti.

Buat Mawi dan Ekin, selamat menjalani ibadah puasa dan raya pertama kali sebagai suami dan isteri. Kami doakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Semoga dimurahkan rezeki di bulan yang mulia ini.

Written by AbangNara | May 12th, 2009

adik ekin sheera

Terkejut kami apabila gosip gambar adik Ekin yang bernama Sheera mendapat sambutan hangat dan komen-komen yang bernas daripada anda semua. Kalau silap nada bacaan, boleh dibuat bergaduh.

Yang penting bagi kami ialah sikap keterbukaan semua pembaca. Kami yakin anda semua dah besar dan matang. Mampu berfikir sendiri. Ambillah yang mana yang baik dan buanglah yang mana tak elok. Jangan bergaduh. Sekadar bertukar pendapat apa salahnya.

Lagi gambar Sheera, adik Ekin interframe bersama Mawi dan Ekin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 9th, 2009

adik ekin sheera

Kalau dulu kembar Ekin yang sering menginterframe di dalam gambar-gambar Ekin, kini giliran adik Ekin yang bernama Sheera pulak mengfemeskan dirinya.

Yang bagusnya si Sheera nie memang pakai tudung dari dulu lagi. Mukanya pulak lebih berisi sikit daripada Ekin. Susah jugak nak buat perbandingan siapa yang lebih cantik dan menarik. Apa pendapat anda?

Lagi gambar adik Ekin, Sheera dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Terima kasih kepada Azfa yang telah berkongsi gambar ini dengan kami. Kata Azfa gambar ini diambil daripada Facebook.

 
Written by AbangNara | May 6th, 2009

mawi merudum

Kata orang tua-tua, kalau dah berkahwin rezeki lebih banyak masuk mencurah-mencurah. Tapi lain pulak ceritanya dengan Mawi. Kebelakangan ini nampak popularitinya semakin merudum. Jatuh mencanak-canak sejak berkahwin.

Pertamanya dah tak menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian. Lepas tue hari ini dalam BiBop Mawi kata jualan albumnya dah tak laku seperti dulu. Show pun dah tak dapat 2 3 show sehari.

Mungkinkah aura Mawi dah makin kurang sekarang? Mungkin jugak ramai yang bengang sebab dia kawin dengan Ekin. Almaklumlah, dari khabar-khabar anginnya si Ekin ini banyak kisah silamnya.

Tapi yang penting, Mawi dah pun mengaut berjuta-juta ringgit masa tengah femes dulu. At least dia dah ada simpanan untuk masa tua dia nanti.

Apa pendapat anda tentang populariti Mawi? Kalau ada teori menarik, bolehlah share dengan kami. Mana tau idea anda boleh diterima pakai oleh pembaca-baca blog ini.

Page 1 of 612345...Last »