Written by serenity | October 26th, 2013

Pukul 9.30 malam tadi, telah selamat berlangsung majlis pernikahan pelakon Diana Amir dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Hantaran yang diterima oleh Diana ialah senaskhah Al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1000.


 photo 1417784_648311745191816_1204874274_o.jpg
 photo 1403668_648321408524183_187062311_o.jpg

Majlis ini bertemakan ‘crystal garden’, mendapat tajaan pakaian pengantin dan kasut daripada Ezuwan Ismail, Saiful Sin untuk dekorasi dewan, Yakult (M) Sdn Bhd dan beberapa lagi tajaan.Keduanya masih belum menetapkan tarikh majlis resepsi, namun merancang untuk mengadakannya pada tahun ini juga, serta masih belum memilih lokasi untuk berbulan madu atas faktor kesibukan masing-masing.

Lagi 28 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi, ST Photography. Silakan ke Fanpage beliau untuk melihat sendiri pakej-pakej fotografi perkahwinan yang ditawarkan.

Mari bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.


Jom ke Bazar Industri Kreatif hari ini dan esok, dari 5.00 petang – 11.00 malam di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti seni dan budaya yang menarik untuk anda! Terdapat penyertaan gerai dengan pelbagai jualan produk seni dan budaya serta pertandingan Karaoke pada Ahad jam 4.00 petang. Jangan Lepaskan peluang mendapatkan produk-produk menarik hasil tangan usahawan tempatan!

 
Written by serenity | October 25th, 2013

Hari ini, Diana Amir dan tunangnya Muhammad Habib Bullah A. Rahman bakal melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Malam tadi pula telah berlangsung majlis khatam Al-Quran, doa selamat dan berinai mereka di bangunan pejabat Metrowealth.


 photo 1412795_647779165245074_80998677_o.jpg
 photo 1412359_647787665244224_1403338426_o.jpg

Majlis ini kelihatan ringkas tetapi elegan, kerana apa yang penting ialah keberkatan tuhan. Diana Amir mengenakan tudung dan busana rona ungu muda dan putih. Apa yang menarik, majlis khatam Al-Quran ini diterajui sendiri oleh Habib, tunang Diana, yang sebelum ini memberitahu dia yakin dengan ilmu agama yang dimiliki oleh tunangnya bagi mengemudi bahtera perkahwinan yang bakal dilayari.

Lagi 12 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi, ST Photography. Silakan ke Fanpage beliau untuk melihat sendiri pakej-pakej fotografi perkahwinan yang ditawarkan.

Marilah kita bersama-sama mendoakan pernikahan yang akan berlangsung hari ini berjalan dengan lancar.


Jom ke Bazar Industri Kreatif Sabtu dan Ahad ini, dari 5.00 petang – 11.00 malam di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti seni dan budaya yang menarik untuk anda! Terdapat penyertaan gerai dengan pelbagai jualan produk seni dan budaya serta pertandingan Karaoke pada Ahad jam 4.00 petang. Jangan Lepaskan peluang mendapatkan produk-produk menarik hasil tangan usahawan tempatan!

 
Written by serenity | October 19th, 2013

Sebelum ini, Diana Amir telah merahsiakan siapa tunangnya, namun petang semalam melalui satu sidang media, pelakon itu telah menunjukkan siapa orangnya. Nama tunang Diana Amir ialah Mohd Habib Bullah A. Rahman dan memang segak orangnya.


 photo 1410801_645042318852092_700207861_o.jpg
 photo 1243624_645050172184640_386635949_o.jpg

Pasangan ini mengumumkan akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Majlis pernikahan ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Yakult (M) Sdn Bhd dan seramai 250 orang tetamu yang terdiri dari ahli keluarga dan teman rapat bakal hadir. Turut kelihatan di sidang media ialah David Teoh yang juga majikan Diana amir.

Lagi 5 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar ST Photography. Sila ke laman web rasmi beliau untk melihat pakej-pakej fotografi perkahwinan menarik untuk hari bersejarah anda.


Mereka yang mempunyai bakat persembahan unik, kumpulan tari tradisional kanak-kanak dan pasangan joget dijemput beramai-ramai untuk ujibakat MyGempak II di Plaza Pelangi, Johor Baru, Johor untuk program Mimpi Ke Bintang, Lantai Cilik dan Planet Joget dari 17 – 21 Oktober ini. Hadiah lumayan menanti para pemenang serta peluang beraksi di rangkaian televisyen nasional. Jangan lepaskan peluang ini!

 
Written by AbangNara | August 25th, 2009

diana amir dan kekasih

Wow. Hensem gila tue. Itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut Kak Nara bila tengok gambar Diana Amir bersama kekasihnya nie. Tapi Abang Nara dengan selambanya berkata tanpa sebarang perasaan kepada Kak Nara:-

“Kalau macam nie hensem, maksudnya aku nie super duper hensem la”.

Terus Kak Nara terpaksa pergi ke tandas untuk memuntahkan dirinya. Nasib baiklah dah bukak puasa. Kalau tak free-free jer Kak Nara batal puasa. Hehehe.

Oh ye, tahniah kepada Diana Amir sebab dapat keluar BIPOP hujung minggu hari tue sebab gosip pasal gambar dia keluar. Tak sia-sia kitorang letak gambar Diana Amir ngan lelaki yang kononnya pakwe dia. Free-free jer dapat promosi daripada kami dan Berita Harian.

Buat mereka yang terlepas pandang, di bawah adalah artikel dan gambar Diana Amir bersama seorang lelaki yang kononnya bukan pakwe dia:-

  1. Gambar Diana Amir dan jejaka bermata merah menonton Manchester United
  2. Gambar Diana Amir dengan bukan lelaki di atas

Kiranya sekarang nie ada 2 lelaki dalam hidup Diana Amir. Tapi tak tahu yang mana satu pakwe sebenar dia. Tapi kalau anda jadi Diana Amir, siapakah yang anda akan pilih?

Lagi gambar Diana Amir bersama kekasih sebenarnya ? dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 212