Written by serenity | September 30th, 2015

Pelakon dan model jelita Carmen Soo telah menjalankan upacara menghidangkan teh yang menandakan perkahwinannya dengan Benson Tan beberapa hari lepas. Semalam, Carmen telah mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di tepi pantai di Bali, Indonesia.


 photo 11909433_1498328470464614_1733934285_n.jpg
Ada yang mengatakan tidak kenal Carmen dan kami tidak pasti mengapa. Bagaimanapun, untuk makluman, Carmen, 37, telah mencipta nama sebagai model dan pelakon sejak usia belasan tahun pada pertengahan 1990-an. Sekitar tahun 2008, dia telah mencipta nama di Filipina apabila berpeluang melakonkan watak utama dalam telenovela Filipina bergandingan dengan Jericho Rosales.

Majlis Carmen di Bali dihadiri oleh ahli keluarga rapat dan rakan-rakannya dan suami.

Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar abcday2015.

Panggung Seni Tradisional 2015 meneruskan langkahnya lagi, kali ini menampilkan kelainan dengan persembahan Opera Cina "…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 27 September 2015

 
Written by serenity | September 27th, 2015

Sebelum ini kami pernah membuat entri mengenai pelakon dan model Carmen Soo mendedahkan wajah kekasihnya di akaun Instagram. Hari ini pelakon itu mengesahkan dia dan kekasihnya yang bernama Benson Tan telah selamat melangsungkan perkahwinan.

Upacara menghidangkan teh kepada ibu bapa telah dijalankan oleh mereka semalam dan ia merupakan upacara paling penting dalam majlis perkahwinan masyarakat cina moden.


 photo 1389149_1476560205983754_1341691596_n.jpg
Carmen mengenakan busana tradisional warna merah yang diinspirasikan dari busana perkahwinan aktres Hong Kong, Vivian Hsu.

Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.