Written by serenity | May 7th, 2012

Malam tadi juga telah berlangsung Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Dengan pakaian kombinasi putih dan emas, Scha kelihatan anggun manakala Awal kelihatan segak, lengkap bertanjak.

Photobucket

Bazar Seni Industri Budaya akan diadakan untuk kali ketiga pada 12 dan 13 Mei 2012 (Sabtu dan Ahad) ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Kami menantikan individu-individu yang berbakat dalam apa jua bidang seni untuk hadir ke segmen pencungkilan bakat kami pada hari Ahad, 13 Mei 2012 pukul 2.30 petang. Like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya untuk keterangan lanjut. “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”

Photobucket

Lagi 22 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Ryaniez Moments Photography.

 
Written by AbangNara | May 18th, 2009

filem syurga cinta

Berdesing sekejap telinga kami bila terbaca kenyataan Awal Ashaari, pelakon utama filem Syurga Cinta tentang wanita bertudung. Ada ke patut si Awal nie cakap macam nie:-

Dulu saya pelik juga mengapa ada wanita yang muda-muda lagi sudah mahu memakai tudung. Kini saya sudah tahu sebabnya dan saya lebih menghormati mereka

Pesanan buat artis-artis semua, kalau rasa ilmu agama tak cukup di dada sila jangan keluarkan kenyataan-kenyataan bodoh seperti di atas.

Memang dah jadi kewajiban untuk wanita Islam pakai tudung, kenapa nak hairan pulak? Janganlah kerana nak promosikan filem Syurga Cinta anda sanggup nak buat kenyataan bodoh macam nie. Nampak macam orang tak belajar agama je.

Apa pun trailer filem Syurga Cinta nampak macam menarik. Tunggu nanti kami akan pergi tengok 21 hb nie dan buat ulasan tentangnya di blog ini.

Written by AbangNara | May 8th, 2009

cristine reyes

Inilah gambar awek yang sedang didukung oleh Awal dalam entri kami sebelum ini. Ada tekaan beberepa pembaca tepat sekali. Nama awek di dalam gambar ini ialah Cristine Reyes.

Memang high taste sungguh awek idaman Awal. Tak pandang gadis Melayu dah. Awek Philipina jugak yang menjadi idaman. Katanya Awal sekarang dalam proses tengah cucuk line dengan awek nie. Selalu berbalas-balas SMS sesama mereka.

Buat Awal, pandai ye anda memilih awek yang hot macam nie. Tak sangka tajam betul pandangan Awal sampai dapat ushar awek macam nie ada kat Philipina.

Written by AbangNara | May 7th, 2009

Cuba teka awek seksi mana yang didukung oleh Awal. Sampai ternganga-ngan mulut Awal. Mungkinkah dah tak sabar nak sampai ke destinasi seterusnya?

Jawapannya tunggu esok ye. Bakal kami pastikan lelaki-lelaki yang melayari blog ini terkeluar darah dari hidung dengan gambar awek yang didukung oleh Awal.

Page 2 of 212