Written by serenity | November 14th, 2012

Walaupun menerima kritikan dan tidak kurang juga bidasan dari segenap lapisan masyarakat Internet, Anugerah Skrin (ASK) 2012 yang berlangsung 9 November lepas telah mencatatkan jumlah penonton seramai empat juta orang, mengikut kajian yang dibuat oleh Nielsen Media Research.
Menerusi satu kenyataan media melalui mStar Online hari ini, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata, rating yang dicapai membuktikan kejayaan tenaga kerja produksi anugerah itu dalam merealisasikan konsep dunia fantasi untuk penonton TV3.

ASK 2012 bukan hanya meraikan para penggiat dan karyawan seni tanah air malah ia juga sebagai batu loncatan bagi mereka yang memenangi anugerah tersebut untuk terus maju ke hadapan.

Selain itu, maklum balas yang diterima daripada para penonton bakal menyuntik semangat kepada kami untuk terus berusaha lebih gigih dalam menerbitkan produk yang lebih bermutu pada masa akan datang.

Sejak sekian lama di mana-mana negara, kejayaan sebuah program televisyen diukur berdasarkan jumlah penonton atau rating yang berjaya dicapai. Walaupun ada pihak yang menyalahkan individu tertentu kerana program ASK 2012 yang dianggap hambar, ia adalah penganjuran ASK 2012 yang mendapat rating tinggi dan ini mungkin menunjukkan yang kehadiran individu tertentu sebenarnya berjaya menarik minat orang ramai untuk menonton walaupun terdapat beberapa orang yang vokal dengan pendapat negatif berkenaan individu dan program terbabit semasa pengacaranya diumumkan sebelum itu.

Pendapat-pendapat yang membina pastinya diambil kira oleh pihak penganjur untuk memperbaiki penganjuran acara pada masa hadapan.

ASK 2012 diterajui oleh Awal Ashaari sebagai pengacara bergandingan dengan pelakon wanita popular, Neelofa bersama Datuk Rahim Razali, Datin Umie Aida, Harun Salim Bachik dan Abon.

Manakala acara karpet merah dikendalikan oleh Dynas dan Karl Shafek bersama Juara Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Kedua, Muhammad Fadzil Ahmad Shukor.

Melalui kenyataan itu juga, dikhabarkan TV3 bukan sahaja merangkul kadar tontonan tertinggi di televisyen malah ASK 2012 yang turut disiarkan menerusi laman web www.tv3.com.my/ask2012 turut mendapat kunjungan sebanyak 200,000 pelawat sepanjang anugerah itu berlangsung.

 

Written by serenity | November 8th, 2012

Nampaknya Anugerah Skrin 2012 menjanjikan kelainan tahun ini dengan tema fantasinya. Dan debarannya kian terasa kerana akan berlangsung esok. Anugerah Skrin 2012 telah mengangkat ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale) sebagai konsep, akan berlangsung pada 9 November 2012 (Jumaat) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.

Apa yang menarik, promo untuk Anugerah ini diadakan secara video bersiri, dan menampilkan si jelita Neelofa yang kelihatan seperti seorang puteri, pelakon kacak yang sedang hangat di pasaran iaitu Aiman Ridza sebagai jejaka idaman, dan pengacara yang tidak asing lagi iaitu Awal Ashaari.

Pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk menyaksikan sendiri magika fantasi Anugerah Skrin 2012 yang turut akan disiarkan secara langsung di TV3. Secuit mungkin dari magika itu boleh anda saksikan di promo ini. Kredit gambar We Love Neelofa.

 

Written by serenity | August 5th, 2012

Beberapa hari lepas, pasangan Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari, juga merupakan Rakan Selebriti Watsons telah melawat Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah di Klang, Selangor. Ianya juga ialah pelancaran kempen promosi untuk 50 orang pelanggan Watsons yang memiliki kad VIP dan berbelanja lebih dari RM 50 untuk satu resit di Watsons bagi dipilih bagi menghadiri majlis Selebriti Aidilfitri Watsons. Majlis itu dijangka diadakan di Holiday Villa, Subang pada 8 September ini.
PhotobucketPhotobucket

PhotobucketDifahamkan yang di samping Scha dan Awal, anak-anak yatim Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Rumah Keluarga Kami di Kajang dan Promise Home in Kota Kemuning, Shah Alam juga akan menghadiri majlis itu nanti bersama pelanggan-pelanggan terpilih. Jadi mereka yang ingin menyambut Aidilfitri bersama anak-anak yatim, berbelanjalah di Watsons melebihi RM 50 untuk merebut peluang ini. Lagi 21 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Fanpage Watsons Malaysia.

 
Written by serenity | July 30th, 2012

Pasangan ini sememangnya serasi dan mempunyai kumpulan peminat sendiri. Mungkin sebab itu juga kedua-duanya telah terpilih untuk menjadi Rakan Selebriti bagi gedung beli-belah barangan peribadi Watsons. Pasangan ini sudah menjadi rakan selebriti Watsons sejak beberapa minggu lepas. Ini pula gambar-gambar belakang tabir Scha dan Awal untuk penggambaran iklan / katalog Watsons.


Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

PhotobucketTerserlah kemesraan antara mereka berdua dan memang bijak keputusan Watsons mengambil pasangan serasi ini yang baru melangsungkan perkahwinan sekitar awal Mei tahun ini sebagai rakan selebriti. Kredit gambar Facebook Watsons Malaysia.

Page 1 of 212