Written by AbangNara | July 31st, 2009

kes amelina

Sesungguhnya kami cukup kagum dengan Amelina. Rasanya semua orang tahu kes Amelina tak bayar sewa rumah. Tapi mungkin ramai tak tahu yang masa Amelina sign kontrak sewa rumah tue, dia guna identiti yang palsu. Alasannya boleh baca di bawah:-

[note]Saya tidak pernah menipu, saya hanya ingin mengelirukan beberapa pihak dan mengelakkan sebarang publisiti dibuat tentang saya dan keluarga. Kerana itulah saya menggunakan nama Datin Norazlina binti Tan Sri Hj Amir Sharipuddin untuk mengelak orang tahu tentang saya. Saya dah lali dengan hidup sebagai selebriti selama ni. Kini saya mahukan privasi dan tidak mahu orang jaja-jaja nama saya lagi.[/note]

Pergh. Kagum. Sesungguhnya bukan senang nak cari selebriti dan artis yang lali dan bosan dengan kehidupan yang femes. Artis-artis Malaysia makin hari makin gile glemer ada la. Tak ada citer wat citer. Tak ada kontroversi pergi wat kontroversi. Semata-mata nak pastikan kefemesan tak jatuh.

Sepatutnya mana-mana artis-artis yang dah tua jangok tue tirulah Amelina nie. Insap sikit. Ini tak, makin tua makin kecoh. Fitnah orang tak bayar hutang la apa la. Tangkap gambar seksi la. Ish-ish.

Apa-apa pun Amelina kami doakan kes nie setel secepat mungkin supaya privasi anda kembali semua. All the best.

Written by AbangNara | June 29th, 2009

amelina

Ish ish ish dan ish lagi. Kesian kami dengar cerita yang tentang Amelina nie. Ceritanya minggu lepas dah terjadi tapi baru nak sempat tulis minggu nie. Bukan apa, Amelina dan suaminya dah diarahkan oleh mahkamah untuk keluar dari rumah sewaan diorang.

Rumah Amelina di Kota Kemuning Shah Alam nie setiap bulan sewanya RM2700. Memang mahal gile tapi sesuailah dengan jenis rumah banglo berkembar lengkap dengan perabot.. Namun sepatutnya suami si Amelina mampu nak bayar. Sebab dengar katanya status suami Amelina nie adalah seorang Dato’. Jadi tak ada masalah lah setakat RM2700 tue.

Makin panas bila bil air dan bil elektrik yang tak dibayar dah mencecah lebih RM2000. Bila orang TNB datang nak potong, si suami nie mengamuk dan mengancam nak tembak orang. Malah si suami pernah bagi cek tapi cek tue rupanya cek tendang.

Kesian kami dengar cerita Amelina nie. Mungkin ini semua dugaan hidup untuk dia. Dari apa yang kami baca, Amelina tengah mengandung anak ke 7 dia sekarang. Harap tabah dan jagalah kandungan tue elok-elok ye.

Kami di BeautifulNara sentiasa doakan yang terbaik buat Amelina. Chaiyok chaiyok fighting!!!