Written by serenity | January 13th, 2015

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Datin Noor Hasliah Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Alyah telah memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita bersama kapsyen yang menimbulkan seribu persoalan.

Ramai beranggapan yang Alyah sedang berdepan dengan masalah rumahtangga, malah Alyah memberitahu wanita dalam gambar tersebut yang bernama Siti Hafilah Che Kar telah mengganggu hubungan Alyah dengan suaminya sejak sebelum berkahwin lagi.

 

Bagaimanapun, ramai peminat Alyah beranggapan penyanyi itu tidak sepatutnya mengongsikan masalah beliau di laman sosial. Rata-rata komen yang diberikan kepadanya meminta Alyah agar menyelesaikan masalah peribadi secara tertutup dengan bersemuka dan berkomunikasi dengan suaminya.


 photo Untitled.png
Buat Alyah, nasihat dari peminat anda itu ada betulnya. Mengongsikan masalah peribadi di media sosial biasanya hanya mengeruhkan lagi keadaan. Ramai memahami anda sedang berduka dan kecewa, tetapi anda perlu yakin bahawa tiada yang sebaik pelindung dan penolong melainkan Allah SWT.

Di harap Alyah dapat memberi sepenuh fokus kepada pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu yang bakal berlangsung hujung minggu ini dengan lagu Sesal Separuh Nyawa. Semoga anda terus sukses dan akan menemui kebahagian yang anda cari. Amin.

Written by AbangNara | January 31st, 2010

Aiman Alyah tak kesah……

[note] “Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’. Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.” [/note]

Oh…kalau berbikini barulah Alyah rasa dia keterlaluan. Ya ya, mungkin kalau pakai bikini atas pentas memanglah melampau kan. Tak pernah dibuat orang lagi.

[note] Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu. [/note]

Yaa, memang sekarang kami semua dah kenal Alya, tapi kalau tak pakai leggings hijau tu, lagi cepat Alya  popular.

Eh tapi kan, macam pernah ku tengok gaya Alyah ni…tapi di mana ya??

Tekan untuk tengok gaya sebijik macam gambar Alya kat atas tu…

 
Written by AbangNara | May 14th, 2009

alyah tak mungkin kerana sayang

Betapa ramainya dapat menjawap soalan kuiz kami yang bertanyakan identiti sebenar penyanyi wanita di dalam gambar di atas. Jawapannya memang tak lain tak bukan ialah Alyah, penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang.

Mudah sangat rupanya soalan kami. Takpe lepas nie kami akan buat yang lagi susah sampai anda terpaksa memerah kepala seolah-olah sedang bermain sudoku.

Alyah memang kurang femes tapi suara dia memang unik. Lagu pun sedap dilayan. Tapi yang sedihnya dengar-dengar cerita si Alyah nie bila nak start femes je mesti jatuh sakit. Khabarnya ada manusia yang dengki dan buat macam-macam bila dia popular.

Apa kata korang layan lagi gambar Alyah untuk mengenali lebih dalam lagi penyanyi Tak Mungkin Kerana sayang nie. Sila baca artikel sepenuhnya.