Written by serenity | March 30th, 2012

Diam tak diam, sudah hampir dua bulan juga personaliti TV3, Ally Iskandar mendirikan rumahtangga dengan pelajar kejuruteraan warga Malaysia di Korea Selatan yang juga seorang penulis blog, Farah Lee. Farah telah menulis tentang kehidupannya bersama Ally selepas berkahwin dalam entri terbarunya.

sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan ‘sudah dua bulan’ atau ‘baru dua bulan’ kadang datang silih berganti. ‘sudah dua bulan’ tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ?.?). ‘baru dua bulan’ tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.

Farah telah meletakkan gambar terbaru mereka ini di blognya.

Dari apa yang ditulis oleh Farah, dapatlah disimpulkan yang kehidupannya bahagia sekali. Semoga pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan ke anak cucu.

Written by serenity | January 20th, 2012

Personaliti TV3, Ally Iskandar akan melangsungkan pernikahannya dengan penulis blog, Farah Lee sebentar lagi di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, Terengganu. Ini ialah gambar Farah sebentar tadi di Masjid Kristal. Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Close-up gambar Farah. Kredit gambar Twitter @milimilo
Kemaskini 9.33 AM – Suasana dalam Masjid Kristal menjelang pernikahan. Kredit gambar: Twitter @ellarif

Kemaskini 10.00 AM – Ally Iskandar selamat bergelar suami pada Farah Lee dengan 2 kali lafaz.

Sila baca entri ini sepenuhnya untuk melihat beberapa keping gambar lagi sekitar majlis pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee.

 
Written by serenity | January 19th, 2012

Kami dikhabarkan yang Farah Lee, bakal isteri Ally Iskandar dan keluarganya sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung esok, 20 Januari. Farah yang berusia 23 tahun telah bercerita pada Harian Metro tentang penerimaannya pada Ally yang tua 13 tahun daripadanya:-

Saya terima abang (Ally Iskandar) sebab dia dapat terima dan hormat keluarga saya seperti keluarganya sendiri, malah keluarga saya juga dapat menerimanya dengan hati terbuka.

Saya sudah lama kenal kewujudan abang sebagai pengacara TV3, tetapi ketika itu saya tidak endah sangat sehingga adiknya mengajak saya bertemu abang dan dari situ bermula cinta pandang pertama.

Dan pertemuan itu berlaku pada 20 Ramadhan tahun lepas. Menurut Farah, Ally ialah seorang lelaki yang matang dan mampu membimbingnya:-

Walaupun umur kami berbeza 13 tahun, tetapi saya tidak kisah sebaliknya beruntung kerana dia lelaki matang dan lebih penting dapat membimbing saya yang baru berhijrah memakai tudung selepas menunaikan umrah tahun lalu.

Beg goodies tetamu khabarnya memaparkan rekaan logo yang direka sendiri oleh Farah:-

Sangat comel,kan? Kami doakan majlis esok hari berjalan lancar dan diberkati-Nya. Amin. Kredit gambar Fanpage Blog Farah Lee.

Written by AbangNara | May 26th, 2009

ally iskandar

[note]Ini adalah luahan peribadi dari kami tentang Ally Iskandar. Jadi diharap anda tidak terpengaruh ataupun sekiranya anda ialah peminat Ally Iskandar, janganlah kutuk kami habis-habisan sebab kami tak suka si Ally nie.[/note]

Kami mula tak suka dengan Ally sejak gosip dia bercinta dengan Elyana. Bukannya kami tak suka dia dengan Elyana. Kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Cuma cara gosip ini dibina di dalam live TV show menampakkan betapa gediknya Ally nak cuba mendapatkan populariti.

Selepas tue, kami sangat-sangat pelik dengan TV3. Semua benda nak Ally jadi pengacara. Temuramah PM baru pun dia, Mentor pun dia. Pendek kata semua benda Ally lah. Dah tak ada orang lain lagi ke yang boleh mengacara kat TV3 tue?

Yang lagi kami tak sukanya, cara Ally Iskandar menghost rancangan-rancangan nie sama jer. Tak ada variasi. Kalau temuramah PM macam A, hostkan Mentor pun macam A jugak. Sepatutnya kalau dia memang betul pengacara berwibawa, kena la pandai sesuaikan dengan tema dan suasana program tue.

Buat Ally Iskandar, belajarlah menjadi pengacara yang serba boleh. Bukan dengan hanya satu cara sahaja. Lama-lama nanti orang boring jugak. Buat TV3, dah-dahlah tue amik Ally jadi pengacara tetap korang. Latihlah orang lain sebelum kami ramai-ramai tengok RTM. Hehehe.