Written by serenity | September 13th, 2017

Belum sampai setahun usia perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah, pelakon itu menerima kecaman hebat kerana ditangkap isteri sendiri pergi berkaraoke dengan pelakon baru, Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke di Cheras baru-baru ini. Susulan kejadian itu, Bella yang tercedera dengan tidak disengajakan dalam kejadian itu telah membuat laporan polis menyebabkan Aliff ditahan seama dua hari dalam lokap.

Bella kemudiannya menarik balik laporan polis setelah Aliff meminta maaf dan memberi pelakon itu peluang kedua demi menyelamatkan rumahtangga mereka.

 
Written by serenity | September 11th, 2017

Setelah dilanda kontroversi, Bella Astillah telah memaafkan dan memberi peluang kepada Aliff Aziz untuk menyelamatkan rumahtangga mereka. Dan pada 9 September lepas, mereka telah mengadakan satu majlis Aqiqah anak mereka Ayden Adrean di sebuah hotel di Shah Alam.

Ayden atau nama sebenarnya, Mohamad Ayden Adrean Mohamad Aliff dilahirkan pada 8 Julai, pada pukul 3.46 petang dengan berat 2.96kg.

Aliff bernikah dengan Bella pada 9 September 2016 di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.