Written by AbangNara | April 24th, 2009

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terus menyokong kami di BeautifulNara. Sesungguhnya apa yang kami tulis di sini kadang kala ada tokok tambahnya yang tersendiri untuk menyedapkan lagi cerita. Jadi harap anda mampu buat pertimbangan yang sebaiknya untuk menentukan kesahihan cerita-cerita kami.

Untuk pengetahuan anda, buat masa ini blog ini menerima minimum 10 ribu pelawat setiap hari. Sangat kami terharu dengan sambutan daripada anda semua. Harap-harap kalau rajin bawaklah kawan-kawan anda bergosip secara berhemah di sini.

Untuk memantapkan lagi blog ini, kami telah pun menukarkan layout BeautifulNara. Jadi kami mahu tanya pendapat anda sama ada layout baru ini ok ataupun tidak. Sila undi di bawah ini jika sudi. Terima kasih.

[poll id='17']

P.S: Kepada Ain, sila email kami butiran anda untuk menerima hadiah. Jangan risau kami takkan maklumkan kepada sesiapa identiti sebenar anda.

Written by AbangNara | April 23rd, 2009

Inilah video pembantu rumah yang paling celaka abad ini. Sungguh bangsat apabila dengan tak ada hati perutnya pembantu rumah ini telah memijak dan berdiri atas anak tuannya. Dah la kecik lagi budak tue.

Cuba bayangkan 2 orang lagi anak yang kat tepi tue. Mesti tengah ketakutan. Sumpah jahat orang macam nie. Aksi kejam pembantu rumah ini rasanya telah dirakamkan oleh cctv milik tuan punya rumah nie.

Pengajarannya ialah, kalau nak carik bibik ataupun pembantu rumah, carilah yang tua-tua. Selalunya yang muda-muda nie kasar, ganas dan tak pandai buat kerja sangat. Kalau nak lagi bagus, tak payah carik bibik. Suruh bini anda ajer jaga anak kat rumah.

Written by AbangNara | April 20th, 2009

keputusan

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Di sini kami ingin mengumumkan pemenang bagi pertandingan pengkomen terbanyak di BeautifulNara. Sebelum itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sudi turut serta dalam pertandingan ini.

Senarai pemenangnya ialah:-

  1. Flower – 2682 komen
  2. Ain – 2024 komen
  3. Hanz – 899 komen

Kepada mereka-mereka yang di atas, sila hantarkan butiran bank Maybank anda kepada kami di borakartis @ gmail.com untuk tujuan pemberian hadiah. Sila gunakan email semasa anda membuat komen ketika menghantar email kepada kami untuk tujuan pengesahan.

Kepada budakgenius, Neokunam, fiza224, ni dan mereka-mereka yang turut aktif memberi komen, terima kasih kami ucapkan. Mungkin lain kali pertandingan yang lebih kurang serupa akan terus kami anjurkan untuk anda semua.

Teruskan menyokong kami di BeautifulNara untuk menjadi blog hiburan Malaysia yang tersempoi. Teruskan bergosip secara berhemah di BeautifulNara.com.

Written by AbangNara | April 17th, 2009

anak samy vellu

Tak dapat kami nak sahkan kebenaran email gambar anak Samy Vellu dan rakan-rakannya di USA. Bukan apa, kami pun tak pernah ternampak gambar anak Samy Vellu di suratkhabar atau majalah-majalah.

Kalau betul ini adalah gambar-gambar anak Samy Vellu, boleh tahan jugaklah ke’hot’an anaknya. Lagi gambar-gambar seperti di atas dengan membaca artikel ini sepenuhnya.