Written by serenity | April 13th, 2013

Pukul 1.36 petang semalam,  anak lelaki Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo iaitu Kingston telah dilahirkan secara caesarian di Hospital Gleneagles Jalan Ampang dengan selamat.


Berat Kingston ialah 3.4 kg. Chong Wei berharap Kingston akan membawa tuah kepadanya dalam mengejar gelaran di kejohanan badminton dunia. Dia yang teruja dengan kelahiran bayinya berkata akan menjaga Kingston, walaupun di waktu malam. Sumber berita asal The Star.

***

Marilah berkunjung ke Bazar Seni Industri Budaya Kebangsaan pada 13 dan 14 April 2013 (Sabtu dan Ahad). Pelbagai pertandingan seperti Dam Aji Gergasi, Catur Gergasi, Kompang Berformasi, pertandingan breakdance, dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak bakal dilaksanakan. Hadiah menarik menanti anda. Sambil berkunjung anda juga boleh bersantai seni.

Borang penyertaan secara percuma boleh didapati di khemah urus setia mulai jam 2.00 petang di perkarangan Panggung Bandar raya, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Mari kita ke sana! Dibawakan khas untuk anda oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)!

Written by serenity | April 12th, 2013

Nampaknya hari ini akan menjadi hari bersejarah untuk pasangan pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan isterinya Datin Wong Mew Choo kerana bayi pertama mereka akan lahir.

Mew Choo dijadualkan untuk melahirkan anak lelaki secara pembedahan hari ini, dan bayi pertama mereka itu bakal diberi nama Kingston.

Perkahwinan pasangan popular ini telah diraikan dalam majlis gilang-gemilang November tahun lepas. Chong Wei dilaporkan sebagai berkata yang dia berharap kelahiran bayinya akan memberi semangat baru dalam mengejar kejuaraan dunia, terutamanya selepas kekalahan beliau di Kejuaraan Terbuka Australia baru-baru ini.

Sukar untuk saya tinggalkan Mew Choo sendirian, terutamanya pada tahap kandungannya sekarang. Dia sangat memahami dan meminta saya fokus kepada pertandingan, tapi saya asyik fikirkan dia dan anak kami.

Ramai fikir saya tidak sepetutnya bertanding untuk Kejuaraan Terbuka Australia.

Sebagai seorang pemain, saya dah merancang banyak perkara untuk setahun. Saya buat keputusan untuk sertai Terbuka Australia, jadi saya perlu menerima kekalahan. Tapi jangan risau, saya dah buat keputusan untuk fokus pada satu misi saja, iaitu menjuarai Kejohanan Dunia di Guangzhou (pada bulan Ogos).

Bukan mudah untuk mengekalkan status saya sebagai pemain badminton nombor satu dunia sepanjang empat tahun lepas. Saya terpaksa berhadapan dengan semua jenis pemain – tua atau muda – yang semuanya nekad untuk mengalahkan saya.

Ia sukar dan mencabar. Saya perlu terus berlatih dengan keras untuk mengekalkan stamina dan terus memotivasikan diri. Ini ialah kerjaya saya dan saya gembira kerana Mew Choo memahaminya.

Apa pun kita doakan bayi Chong Wei dan Mew Choo akan dilahirkan dengan selamat. Sumber berita asal The Star.

Written by serenity | February 12th, 2013

Bebarapa hari lepas portal BuahMulut.com telah mengeluarkan sebuah video yang menampilkan aksi mesra antara pemain bola yang baru pulang ke Malaysia selepas meninggalkan kelab S.C Beira Mar di Portugal dengan seorang gadis di sebuah restoran.

Untuk makluman anda, video tersebut bukanlah video lama. ia dikatakan diambil sekitar jam 1.00 petang, Sabtu lalu, tarikh 9 Februari.

Namun apa yang pasti pakaian yang dipakai oleh si gadis kelihatan sama dengan pakaian yang dipakai oleh ‘bekas kekasih’ Nazmi Faiz, iaitu Tengku Fiella.


Photobucket
Kalau ditengok gaya rambut, hidung dan bibir juga seperti Tengku Fiella. Atau mungkin ini juga kes, looks like me, dresses like me, but it’s not me? Hanya mereka yang berkenaan dan Allah SWT saja yang tahu. LOL.

Majulah sukan untuk negara!

Written by serenity | February 2nd, 2013

Minggu ini nama Nazmi Faiz memang menjadi sebutan. Isnin lepas Nazmi telah mencipta kejutan apabila tweet tentang bekas temani wanitanya, Tengku Norshufilla atau lebih dikenali dengan nama Tengku Fiella, mendakwa wanita itu ada hubungan dengan Aidil Zafuan. Nazmi telah memadam tweets tersebut dan meminta maaf dari Aidil Zafuan yang menafikan dakwaan tersebut.

Semalam Nazmi telah pulang ke Malaysia, bagaimana pun,kepulangannya tidak diketahui oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dia dikatakan akan bermain untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan menandatangani kontrak dengan mereka hari ini dan bukan lagi dengan pasukan Portugal, S.C. Beira Mar.

Kosmo! hari ini melaporkan yang bapa Nazmi, Mansor Mustapha menafikan kepulangan Nazmi ialah kerana masalah peribadinya, oleh itu, ia tidak kena mengena dengan Tengku Fiella.

Buat masa ini saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku kerana perlu merujuk kepada ejen Nazmi (Marco Guimaraes) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terlebih dulu.

Ketika ini, emosi Nazmi berada dalam keadaan stabil dan telah berada di Malaysia bersama keluarga.

Insya-Allah, satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat seawal-awalnya Isnin ini.

Sebelum ini,Tengku Fiella juga menafikan dakwaan Nazmi, dan mendakwa tidak kenal Aidil Zafuan. Dia turut menambah Nazmi tweet begitu kerana sikapnya yang kuat cemburu dan Fiella tidak melayan panggilan-panggilan yang dibuatnya.

Fiella turut mendakwa, ia juga boleh jadi kerana Nazmi mempunyai masalah kerana tertekan dengan tanggungjawabnya di Portugal.

Lokasi sebenar Nazmi Faiz ketika ini juga dirahsiakan oleh keluarganya, yang mendakwa semuanya akan diperjelaskan dalam sidang akhbar yang telah dirancang.

Page 1 of 5612345...Last »