Written by serenity | July 24th, 2012

Nazriel Irham atau Ariel merasa gembira, kerana akhirnya dia boleh menghirup udara kebebasan. Banyak perancangan yang akan dilaksanakan Ariel setelah bebas. Namun, untuk sementara waktu dia ingin menyepi dahulu. Mengapa? Ujar Ariel apabila ditemui di sebuah hotel di Bandung:-

Jangan cari saya di rumah ya, beberapa hari ini sampai minggu ketiga, saya tidak ada di rumah. Saya ingin merehatkan otak dulu.

Ariel tak bersedia memberitahu ke mana dia akan pergi setelah bebas. Bekas kekasih Luna Maya ini pun ada meminta wartawan untuk tidak datang ke rumahnya.

Kasihan orang tua saya, biar mereka tenang dulu.

Ariel mengaku ingin menyendiri untuk menenangkan fikiran. Dia juga tidak mahu menghadiri sebarang majlis keramaian untuk sementara waktu. Vokalis Peterpan ini ingin menumpukan perhatian kepada buku yang sedang ditulisnya. Lantas, bagaimana dengan tawaran show yang sudah mulai datang?

Sejumlah tawaran show, nanti boleh difikirkan lagi.

Sekadar informasi: Ariel bebas dari Rutan Kebon Waru pada Isnin, 23 Julai semalam setelah dipenjarakan kerana didapati bersalah tentang kes video lucah. Setelah bebas, Ariel bersama Peterpan mengadakan acara kesyukuran dengan berbuka puasa bersama peminat Peterpan. – VIVANews

Written by serenity | June 6th, 2012

Telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang arahan Michael Ang dan dilakonkan oleh pelakon sinetron hot Indonesia, Randy Pangalila dan si comel Elfira Loy mendapat sambutan hangat apabila mencapai jumlah penonton 1.1 juta ketika ditayangkan. Atas sebab itu barangkali, gandingan yang dilihat begitu serasi ini akan menemui penonton sekali lagi dengan sebuah telefilem baru, “Dalam Hati Ada Taman”.

Telefilem ini juga akan diarahkan oleh Michael Ang dan akan menampilkan pelakon-pelakon yang sama dengan pelakon telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. Kami dengar cerita telefilem ini akan ditayangkan sekitar Oktober tahun ini di saluran Astro Ria dan juga melibatkan penggambaran di Paris. Untunglah Elfira dapat berlakon dengan Randy, di Paris pula! Kredit gambar Twitter Via Pangalila dan Twitter Elfira Loy.  Ikuti klip promo Dalam Hati Ada Taman di sini:

Written by serenity | January 26th, 2012

Rasanya anda kenal dengan Manohara Odelia Pinot yang pernah dituduh ingkar/nusyuz sekitar pada tahun 2010 pada bekas suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Sejak itu Manohara membabitkan semula dirinya dalam bidang lakonan dan modelling di Indonesia. Gambar-gambar terbaru Manohara berparti telah tersebar di Internet. Dia kelihatan seperti tidak sedar apa yang dilakukannya dan gambar-gambarnya sedang diambil.


Walaupun di Indonesia,gambar-gambar tersebut tetap menimbulkan sedikit kekecohan, namun Manohara ketika ditanya oleh media Indonesia tentang itu mendakwa orang yang menyebarkannya tidak siuman dan gambar tersebut telah diedit. Biasalah, alasan standard, tapi anda sendiri boleh menilai keasliannya. Lagi 3 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | December 23rd, 2011

Kami cuba mendapatkan reaksi orang ramai mengenai telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang ditayangkan di Astro Ria, jam 9.00 malam semalam. Rata-rata hampir juga sebulat suara orang ramai memberikan reaksi yang baik untuk telefilem tersebut, sehingga ada yang menyatakan yang ia lebih baik dari filem Ombak Rindu. Bagi kami telefilem ini memang memaparkan kisah cinta remaja, tapi ia diolah dengan begitu baik dengan penceritaan ‘ikhlas’ yang diselitkan unsur jenaka. Ia tidak cuba menjadi lebih dari sekadar itu, hanya untuk menghibur dan barangkali ada mesej mudah yang hendak disampaikan, tambahan pula lakonan Randy yang sememangnya sudah ngetop di Indonesia memang baik, begitu juga Elfira dan tidak lupa, lakonan berkesan Sharifah Sakinah, Didie Alias dan personal favourite kami, Mohd Ezzrin Loy sebagai adik Elfira.  Apa reaksi Randy Pangalila kepada sambutan baik terhadap telefilem lakonannya ini?
Eh eh, Astro Ria, boleh buat siaran ulangan enggak? Apa pun, nikmati MTV Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang menampilkan lagu dari Seventeen, Untuk Mencintaimu ini.

Page 2 of 1512345...Last »