Written by serenity | June 19th, 2013

Malam 15 Jun lepas telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan ekuestrian negara, Qabil Ambak Dato’Sri Mahamad Fathil dengan wanita pilihan hatinya Ayla Goh di Mandarin Oriental. Apa yang istimewa, majlis resepsi mereka ini telah diserikan dengan persembahan khas oleh diva nyanyian Indonesia Kris Dayanti.

Antara yang turut hadir ke majlis resepsi tersebut ialah Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu. Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada REDPhotography.


 
Written by serenity | January 14th, 2013

Tindakannya mengkritik drama Malaysia di Twitter miliknya sewaktu menjalani penggambaran filem tempatan sebulan lepas menimbulkan kemarahan rakyat negara ini. Susulan dari tweet tersebut, Preside Seniman, Zed Zaidi telah membuat pemeriksaan dan mendapati aktres seksi Indonesia itu bekerja di sini tanpa permit yang sah.

Dalam akhbar Harian Metro hari ini melaporkan Julia Perez telah mohon maaf dari rakyat Malaysia tentang kritikannya itu melalui surat yang dihantar kepada Zed.

Zed berkata, kini terpulang kepada rakyat Malaysia terutama orang-orang industri untuk memaafkan pelakon tersebut atau sebaliknya.

Bagi Seniman, permohonan maaf itu sudah mencukupi dan sekurang-kurangnya Julia menghormati budaya dan sensitiviti negara ni. Tambahan pula dia pekerja asing yang mahu berlakon di sini.

Minggu lalu, Julia turut memohon sebagai ahli Seniman dan kami menerimanya sebagai ahli bersekutu.

Zed turut memberi amaran keras kepada pelakon asing agar menghormati budaya dan undang-undang sedia ada.

Begitulah, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak tweet, delete pun tak guna kalau sudah di print screen. LOL.

Written by serenity | December 14th, 2012

Lupakan kisah Julia Perez yang mungkin dikenakan tindakan kerana bekerja di Malaysia tanpa permit yang sah, kerana semalam penyanyi dangdut dan juga pelakon itu telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan di Indonesia kerana didapati bersalah menyerang aktres seksi Dewi Persik.

Laman sesawang Mahkamah Agung Indonesia mengumumkan semalam perihal kes tersebut, bahawa:

Mahkamah menolak rayuan defendan, dan meluluskan rayuan pendakwa.

Kedua aktres itu yang terkenal dengan imej yang provokatif, terlibat dalam satu pergaduhan semasa menjalani penggambaran filem seram “Arwah Goyang Kerawang” pada awal tahun 2011.

Keduanya dikatakan bertampar dan bercakaran sesama sendiri sehingga terpaksa dileraikan oleh krew penggambaran.

Dewi melaporkan Julia kepada polis kerana menyerangnya, namun keduanya dibicarakan di mahkamah berhubung insiden tersebut. Dewi dijatuhkan hukuman dua bulan penjara dan empat bulan percubaan Mac lepas sebagai hasilnya.

Julia dan Dewi kemudiannya memfailkan rayuan kes tesebut ke Mahkamah Tinggi Jakarta yang mengekalkan hukuman kepada Dewi Persik.

Keduanya kemudian meneruskan pemfailan kepada Mahkamah Agung Jakarta, yang seterusnya menerima rayuan Dewi Persik dan menolak rayuan Julia Perez.

Dewi Persik enggan mengulas mengenai keputusan tersebut manakala Julia pula memohon peminat agar berdoa untuknya di Twitter.

Entri ini diolah dari artikel KOMPAS. Sekiranya anda ingin menonton, ini video pergaduhan tersebut.

Written by serenity | December 13th, 2012

Gara-gara tweet pendapatnya yang sinetron Indonesia lebih maju dari drama Malaysia, Zed Zaidi telah membuat pengumuman akan menyiasat sama ada Julia Perez memasuki Malaysia dengan permit kerja yang sah melalui Twitter yang disalinkan kepada akaun Twitter Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Ini dibalas pula dengan pernyataan dari Julia Perez yang Zed Zaidi seorang jahat kerana dakwanya artis Malaysia ramai datang ke Indonesia.

Malah Julia membuat kenyataan berunsur politik pula:-

Bagi kami ini lebih merupakan silap Julia sendiri. Mengapa membuat kesimpulan yang kesemua drama Malaysia sama tahap saja dengan satu drama yang ditontonnya? Bagaimanapun, memang Julia terkenal dengan PR stunts untuk membuat dirinya mendapat perhatian orang ramai, malah di negaranya sendiri. Dia mahu mendapat perhatian rakyat Malaysia, sekarang dia sudah mendapatnya.

Namun tiada siapa yang kata ia perhatian yang positif, bukan begitu? LOL. Maklumat ialah dari Twitter Julia Perez.

Page 1 of 1512345...Last »