Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia

Konsert Ne-Yo Di Kuala Lumpur, Dibawakan Khas Oleh Xpax

Wednesday, December 16th, 2009

Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru. Konsert Ne-Yo di Kuala Lumpur dibawakan khas oleh Xpax. Untuk maklumat lanjut, layari laman promo konsert Ne-Yo.

ne-yo in KL

Korang kenal tak mamat yang macho semacam kat atas tue? Renungan mata dia tajam tue beb. Itulah Ne-Yo, artis berbakat dari Amerika Syarikat yang telah mencairkan jutaan hati para wanita dengan kemachoan dan bakatnya dalam nyanyian.

Susah nak percaya kan kemachoan mamat nie? Meh korang try dengan lagu feveret kami dari Ne-Yo yang bertajuk Mad. Lirik dan melodi dia memang mantap beb. Memang sangat-sangat sesuai untuk couple-couple yang selalu bergaduh tanpa sebab. Cuba korang layan sikit video dia kat bawah nie. Jangan tangkap leleh udah la.

Dah habis feel dah? Dah mula terpikat ngan Ne-Yo tak? Kalau tetiba terasa teruja nak dengan Ne-Yo secara live, inilah peluang anda. Xpax akan membawa Ne-Yo ke Kuala Lumpur untuk satu konsert yang mantap dan hebat.

  • Tarikh: 7 Januari 2010
  • Tempat: Sunway Lagoon Surf Beach

ne-yo live in KL

Untuk pengguna-pengguna Xpax, tiket yang sepatutnya berharga RM140 bakal dijual dengan harga RM90 sahaja untuk anda. Caranya mudah saje iaitu anda kena taip REGNEYO, hantar SMS ke 28881 dan topup kredit Xpax anda RM50. Berbaloi kan?

xpax neyo ticket

Untuk mereka yang gunakan pakej U.O.X./S.O.X. pulak, anda cuma perlu taip REGFREETIX dan hantar SMS ke 228881. Selepas tue reload RM30 untuk dapatkan 2 tiket dengan harga cuma RM158. Memang sangat murah dan terlampau berbaloi-baloi kan?

Semua tiket-tiket boleh diredeem kat outlet-outlet yang join. Kalau korang tak tau nak redeem tiket kat mana, boleh telefon Tiket Hotline kat 03-7725 1177 @ 03-7725 1166. Nak lagi senang pergi je terus website Tiket Hotline. Pastikan anda redeem secepat mungkin sebab tiket dijual atas konsep siapa cepat dia dapat.

ne-yo

Dan jika sememangnya anda peminat kipas susah nak mati Ne-Yo, pastikan anda sentiasa melayari laman web ChannelX sebab banyak download-download yang berkaitan dengan Ne-Yo akan diupdate kat situ. Kami rasa akan ada caller ring tone, mp3, wallpaper dan banyak lagilah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman promo Ne-Yo yang dikuasakan oleh Xpax. Ada X ada Segalanya.

Stephen Gately Boyzone Mati Semasa Bercuti

Monday, October 12th, 2009

stephen gately boyzone dies

Wah, terkejut kami tengok status Facebook seorang kawan kami. “Stephen Gately Boyzone star found dead on holiday“. Biar betik. Muda lagi mamat nie, baru 33 tahun takkan dah mati kot. Terus kami mencari kebenaran cerita nie dan akhirnya memang confirm Stephen Gately dah meninggal dunia. Setakat ini punca kematian masih tak diketahui tapi khabarnya Stephen Gately mati time dia tengah syok tidur.

Dulu mamat Stephen Gately nie memang femes dengan kumpulan Boyzone. Kami berani kerat jari kalau ada yang cakap tak kenal dengan kumpulan Boyzone nie. Ala, yang femes dengan lagu “Everyday I Love You”, “Words”, “Baby Can I Hold You Tonight”. Lagu diorang memang tangkap jiwang karat punya. Memang leleh punya. Stephen Gately nie adalah seorang vokalis utama dia selain daripada Ronan Keating.

Dan buat anda yang tak tahu, Stephen Gately nie adalah seorang homoseksual. Dia nie gay la kiranya. Ish-ish. Punyalah hensem tapi suka kat laki. Memang ramai awek-awek yang remuk berkecai hati diorang bila Stephen Gately nie buat pengakuan yang dia gay. Time dia mati nie pun time dia tengah pergi bercuti-cuti bersama partner gay dia, Andrew Cowles. Diorang dah kawin tau.

Kita ketepikan cerita gay dia tue buat seketika. Lantak dialah nak gay ke apa sebab dia bukannya orang Islam. Sekalung takziah buat keluarga beliau dan jugak kesemua peminat dia. Buat mereka-mereka yang nak layan feeling, meh layan lagu kegemaran kitorang semasa Stephen Gately dalam Boyzone kat bawah nie. Tajuk lagu nie “Everyday I Love You”.

Bang Nara Nak Masuk Raja Lawak!

Thursday, October 8th, 2009

Saper tak tau Rowan Atkinson @ lebih dikenali sebagai Mr. Bean? Dari kami kecik sampailah besar dah beribu kali tengok siri Mr. Bean masih tak kering gusi, gelak guling-guling. Jgn main2 dengan buat muka kelakar dan menggayakan aksi-aksi yang sengal, tak payah nak hafal skrip panjang-panjang, boleh kumpul harta banyak giler.

Kami pernah dengar dulu yang Mr. Bean nih bawak keter Mclaren F1. Tak main lah bawak Mini kuning jer ke hulu ke hilir. Kalu betullah punyer kaya pakcik nih, kami pon nak jadi pelawak lah. Saper sokong Bang Nara audition Raja Lawak musim ke-4?

Nak tengok lagi kekayaan dia nih? Korang tengok jelah rumah dia macam maner rupa.
(more…)

Lagu Give Thanks To ALLAH , Michael Jackson yang nyanyi ke?

Tuesday, July 28th, 2009

.

Sekarang ni dok tersebar kat internet ngan facebook kata lagu ni dinyanyikan oleh MJ. kalau dengar suara memang sebijik suara Micheal Jackson. serak-serak basah dia tu memang sama lah!  Tipah Nara pon tertipu jugak ingatkan MJ nyanyi.

Tapi lepas menyiasat secara mendalam ala-ala Conan, kami dapat tahu sebenarnya lagu ni dinyanyikan oleh Zain Bhikha, seorang penyanyi Nasyid dari South Afrika. Lagu-lagu nasyid dia memang sedap, suaranya lunak merdu macam MJ memang boleh melembutkan hati lagi-lagi lagu dia tentang islam. Korang boleh cek pasal nasyid dia kat sini

Sebabkan banyak spekulasi pasal lagu ni, Zain Bhikha siap tulis dalam blog kata lagu ni memang dia yang nyanyi.

(more…)

(PANAS)Konspirasi Tentang Kematian Michael Jackson

Wednesday, July 22nd, 2009

konspirasi kematian michael jackson

Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

(more…)