Written by serenity | March 16th, 2012

Filem Bunohan arahan Dain Said mendapat liputan luas di media konvesional dan sosial kerana memenangi beberapa anugerah di festival filem antarabangsa, termasuk Anugerah NETPAC di Festival Filem Taiwan November tahun lepas. Tetapi setakat 13 Mac, kutipan filem ini baru mencecah RM 330,000.

Sumber

Bagi kami, filem ini amat baik dari segi sinematografi, sudut kamera yang kreatif, latar belakang yang menarik dan mood filem yang ‘gelap’. Tetapi menurut ahli-ahli akedemik dari Universiti Malaya, filem ini agak keliru dengan apa yang ingin disampaikannya.

Mengikut laporan Mstar, Pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Ana Balqis berkata, Dain Said selaku pengarah filem itu terlepas pandang beberapa elemen penting termasuk bahasa dan plot filem yang bercelaru:-

 Saya akui Bunohan sebuah filem yang baik, memberikan cerminan baru pada industri filem kita kerana ia dihasilkan dengan syot dan sinematografi yang berbeza daripada lambakan filem Melayu yang sedia ada.

Dalam filem ini, kita tidak disogokkan dengan syot-syot membazir yang ribuan kali kita tonton dalam filem-filem Melayu sebelum ini seperti syot di meja makan, babak solat, berselisih bahu di pintu dan sebagainya.

Sayangnya, jika cerita dan pengisian filem ini digarap dengan menekankan dan penelitian pada aspek sosiobudaya, antropologi dan bahasa, pasti ia jadi lebih baik.

Saya melihat jika dia (Dain) sudah memilih bumi Kelantan sebagai latar belakang filem ini, maka dia harus memaparkan segala aspek berkaitan Kelantan termasuk linguistik, sosiobudaya dan agama dengan tepat dan bersesuaian.

Ciri-ciri bahasa filem yang terbahagi pada non-verbal dan verbal dilihat tidak seimbang. Aspek non-verbal atau bukan pertuturan seperti paparan awan kelabu dan alam sekitar dilihat berjaya tetapi ia gagal pada aspek pertuturan, di mana dialek yang dituturkan para pelakon adalah tidak tepat.

Jika penuturan itu tidak tepat, maka pentafsiran penonton juga akan salah tentang cerita filem ini.

Manakala Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, Bunohan adalah sebuah karya yang benar-benar berlainan, tetapi tidak menghasilkan dramaturgi yang diperlukan dalam sesebuah filem untuk memudahkan ia diterima ramai.

Di situlah ada saka, nak cerita tentang dukun, pergaduhan adik-beradik, permainan wayang kulit dan perlawanan Tomoi. Semua benda hendak disumbatkan dalam satu masa. Ia sebenarnya telah menyimpang daripada asas dramaturgi yang sebenar

Jika anda ingin membaca keseluruhan artikel di Mstar, klik di sini.

Sementara itu, kami telah meninjau rating untuk filem ini di IMDb (Internet Movie Database). Filem ini telah diberi markah oleh 36 orang, termasuk dua orang dari Amerika Syarikat. Dari Amerika Syarikat, 2 orang penonton tersebut memberikan markah purata 3.5 dari 10.

Manakala yang selebihnya bukan dari Amerika Syarikat (kami menganggap dari Malaysia) memberikan markah purata 6.9 dari 10 markah. Untuk pasaran antarabangsa, tajuk filem ini ialah ‘Return To Murder’, dan seorang pengktitik, Nicholeas Bell dari IONCINEMA.com memberikan pendapat:-

“The sophomore effort of Malaysian director Dain Said, Bunohan, plays like King Lear in a murky, jungle landscape, with the narrative focus being transposed to three very estranged brothers. Despite a narrative that seems rife with tragic and violent implications, this surprisingly tame tale has trouble setting a clear tone or managing to bring anything refreshing to the well-tread territory of the ties that bind.”

Tetapi filem ini menerima rebiu yang agak baik dari Kristin Dreyer Kramer dan Peter Martin. Anda ada pendapat? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

Written by serenity | February 14th, 2012

Ombak Rindu mendapat kutipan yang baik walaupun reaksi terhadap filem itu dari pengkritik filem bercampur-campur. Tahun ini, Osman Ali bakal muncul lagi dengan sebuah filem terbaru yang menampilkan Remy Ishak, Bront Palarae, Diana Danielle dan Fizz Fairuz iaitu Jiwa Taiko.
PhotobucketSekali tengok, filem ini seolah-olah ada persamaan dengan film KL Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof, tapi itu sekadar melihat gambar. Filem yang diterbitkan oleh Nuansa Films ini dijadualkan untuk tayangan pertegahan tahun ini, juga menampilkan banyak muka baru.

Mengikut sinopsis, Jiwa Taiko adalah sebuah cerita tentang anak muda, dan Osman mempersembahkan cerita ini dengan aksi silat dan stunt yang mengejutkan. Apa pun mari kita layan gambar-gambar dari filem ini, kredit gambar Facebook Jiwa Taiko Official.

***

 Love to sing? Want to meet new people? Like to travel to fun places? We are calling for participants for Choir Audition 2012 NOW. Auditions will be held on February 25-26, and March 3-4, 2012 at 23rd Floor, MAS Building, Jalan Sultan Ismail. Registration will begin on Saturday, February 25, at 9:00 a.m until 2:00 p.m. You need to sing one of any songs you like! For further information, please don’t hesitate to contact us at 03 2052 3600 / 3648 / 3702 / 3703 or visit www.jkkn.gov.my. See You There!…:)

 
Written by serenity | January 25th, 2012

Memang ramai yang suka dan ingin melihat Aaron Aziz bergandingan semula dengan heroinnya dalam drama ‘Nora Elena’ iaitu Siti Saleha. Sebelum ini Aaron pernah buat pertama kalinya telah mengarahkan drama Kekasih Awal dan Akhir yang menggandingkan semula dia dengan Siti Saleha dengan turut dibantu oleh Fouziah Gous. Namun, untuk pengetahuan anda, buat masa ini Aaron sedang sibuk dengan penggambaran yang masih menggabungkan mereka bertiga dalam filem ‘Kerat 14′.
Filem ini ialah merupakan sebuah filem psiko-thriller tentang seorang pembunuh yang mengerat mangsanya kepada 14 bahagian untuk melupuskan bukti. Filem ini khabarnya juga turut menampilkan Zamarul Hisyam dan Ali Arami. Jadi, Aaronators tak dapat menonton Aaron sebagai lelaki macho dan romantik yang membuatnya menjadi kegilaan wanita sebelum ini. Mungkin wataknya nanti penuh keji dan bermandi darah?

Nampaknya tawaran berlakon untuk Aaron tetap lebat dan ini membuktikan yang besar kemungkinan tahun ini tetap menjanjikan populariti untuk Aaron. Apa pun, sekurang-kurangnya kali ini watak Aaron tampak menarik, kami berpendapat mungkin dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-katanya bagi bersikap lebih selektif dalam pemilihan watak . Sila like Facebook Kerat 14 dan kredit gambar Twitter Aaron Aziz.

***

Pementasan Teater Bangsawan “Kemala Sakti Kesuma Ningrat” anjuran JKKN dengan Kerjasama Persatuan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) Sempena Program Semarak Bangsawan 2012 yang membuka tirai persembahan pada 27-28 Januari (Jumaat dan Sabtu) ini bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kelantan bermula jam 8.30 malam. Masuk adalah PERCUMA.

Written by serenity | December 31st, 2011

Beberapa hari lepas filem Ombak Rindu telah dimuat naik ke laman Youtube oleh pihak tertentu tanpa izin produksi Tarantella Pictures, tetapi mereka telah berjaya menutupnya sejak malam semalam.   Sinar Harian melaporkan, Penerbit Penyelarasan Tarantella Pictures, Jailani Abdul Ghani, menyerahkan kepada pihak pengurusan Astro untuk mengambil tindakan lanjut kepada pihak yang telah memuat naik filem tersebut di laman YouTube.

Buat masa ini, filem Ombak Rindu sedang ditayangkan di Astro dan terpulang pada budi bicara mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya. Selain di You Tube, pihak kami juga telah dilaporkan bahawa filem ini telah pun dijual menerusi DVD cetak rompak.

Setakat ini kami hanya menunggu keputusan daripada pihak pengurusan Astro untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Astro, walau bagaimanapun, masih belum mengumumkan sebarang tindakan lanjut tentang perkara itu.

Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali mula ditayangkan 1 Disember lalu, dan ia mendapat sambutan baik dari peminat filem tempatan, tetapi mengikut perkiraan, ia tidak berjaya mengalahkan filem KL Gangster terbitan Skop Production untuk filem yang mendapat kutipan tertinggi bagi tahun 2011.

Page 3 of 712345...Last »