Written by serenity | June 14th, 2013

Carmen Soo ialah antara aktres tempatan yang berjaya mencipta nama di luar negara, atau secara spesifik, di Filipina. Sehingga kini, nama Carmen sering disebut di sana.

Carmen juga mempunyai kelab peminat Filipina yang menamakan diri mereka The Soopers. Mereka sentiasa mencari maklumat terbaru tentang Carmen, dari gambar-gambar Carmen sehingga kecil sehinggalah projek-projek terbaru yang melibatkan dirinya dan menyebarkan maklumat tersebut di pelbagai platform media sosial.

Begitulah impak Carmen di Filipina, dan gadis ini juga terus sukses dengan membintangi pelbagai filem seperti Dead Mine dan The Hunter. Kehidupan peribadi Carmen telah menjadi bualan umum. Pernah suatu masa, Carmen menjalin hubungan dengan seorang pengarah bernama Lino Cayetano di sana. Tidak lama selepas itu, mula tersebar cerita tentang hubungan mereka.

Semasa di sana, cerita saya keluar dengan pengarah itu masuk dalam berita, sedangkan dia bukan pelakon!

Dia dijemput ke rancangan bual bicara yang disiarkan di televisyen untuk membincangkan tentang percintaannya dan pihak media juga meminta pengesahan darinya, tetapi Carmen berkata dia tidak memberikan kerjasama:-

Ada tahap minat yang baik untuk industri, tetapi ia boleh buat anda jadi gila. Sesetengah orang hanya menggunakan semua itu untuk menarik perhatian kerana ada peluang untuk muncul di televisyen, kerana ia menjadi bahan berita. Saya pilih untuk tidak buat begitu.

Peminat-peminat, mereka menonton rancangan drama, sukakan drama itu, dan mereka benar-benar ingin percaya yang pelakon-pelakon utamanya memang ada hubungan istimewa dalam kehidupan sebenar. Dalam fikiran mereka, mereka suka untuk mempercayainya…dan ia menjadikan drama tersebut berjaya.

Di Filipina, industri hiburan mendapat minat dan perhatian yang tinggi dari rakyatnya, yang dilihat memuja selebriti dan pelakon pada tahap dewa-dewi.

Lima tahun lepas, Carmen telah membintangi drama Kahit Isang Saglit bersama hero pujaan di Filipina, Jericho Rosales. Sewaktu membintangi drama itu, Jericho telah putus cinta dengan kekasihnya, Heart Evangelista yang sudah bercinta dengannya selama tiga tahun.

Sudah tentu Carmen dikaitkan dengan peristiwa tersebut. Pada masa itu, tersebar di Filipina yang Carmen ialah punca kepada putusnya hubungan tersebut, dan khabarnya Heart juga mempercayai khabar angin itu.

Berkenaan hubungan dengan Jericho, baru-baru ini, Heart Evangelista telah mengakui yang Carmen sebenarnya langsung tidak kena mengena dengan keretakan hubungannya dengan Jericho.

Dia muncul dan mengakui saya tidak pernah buat apa-apa seperti itu, lima tahun kemudian. Pada masa itu pun saya sudah kata, saya tidak terlibat.

Begitulah ceritanya dari Carmen yang masih popular di Filipina dan sering dijemput ke majlis-majlis hiburan di sana. Kredit gambar dan info, Esquire Malaysia.

22 responses to Carmen Soo Nafi Pernah Ada Hubungan Istimewa Dengan Jericho Rosales

  1. abg engineer yg sbnr says:

    jericho rosales blh tahan jgk, lg2 dlm cte Pengako Sayo..mantop!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Sanay walang nang wakas lagi best ok

      0

      0
      • Kristina Hermusah says:

        Dlu Media kt PH slalu perburukkan Carmen sbgai perampas Jericho dari pd sorang actress PH , ntah siapa pompuan pilipin tu .

        0

        0
  2. loli says:

    bkn dah lame ke cite ni nara??? tym aku g filifin org sbuk dok tny aku knal carmen ni ke tak.dr reception hotel hg sdara mara laki aku.tym carmen tgh femes ritu.

    0

    0
    • BUNKFACE NO.1 says:

      famous sgt ke minah ni kat PH ? aku yg duk Malaysia ni pun xberapa kenal Carmen Soo, kenal nama jelah

      0

      0
      • Anonymous says:

        Femes kot dia ngan pinoy2 sana full pakej lg siap menari menyanyi dia lg kt sana kt msia dia blakon nk modelling jek sampai sana habis kena wat mcm2 nk kasi popular..bila blik msia nampak gak laa muke cina dia tp bila kt sana dh mcm awek pinoy lak…

        0

        0
    • mango says:

      sama.. masa aku gisana masing tanya2.. kat sini tak ade sape pun tanya..
      tapi dulu aku ada tengok kat youtube citer kahit isang saglit tu.. best jugak.. tapi hujung2 nya banyak potong lah.. astro sila lah tayang citer pun best ler

      0

      0
    • luvsushi says:

      Hehehe…ha’ah. I went to the Philippines masa Carmen tgh hot kat sana. Kecoh diorang dok tanya – “Do u know Carmen Soo?” Hehe…I loike! Sama macam I yg tergedik2 bila Echo datang Malaysia :)

      0

      0
  3. Anonymous says:

    sape punya artikel ni? tak paham lgsung point artikel ni, merapu2

    0

    0
  4. key Pop says:

    alahailah.. c jerico ni skrg kn dgn kimjones…ini citer tahun berapakah?

    0

    0
  5. mulut puaka says:

    jericho tu bekas mak hoke!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Dia berlakon kat sana pakai bahasa apa.. english ke filiphine

    0

    0
  7. echotin says:

    carmen soo apa pulak. echo dah ade jones la.. hewhew

    0

    0
  8. Chen says:

    Carmen Soo,I love her! She is amazing model turned actress! Well respected and a great inspiration.She is most loved and adored by Filipino around the world. The one and only famous Malaysian who appeared in Filipino TV and made it big in the Philippines. Thanks to Carmen , Jericho made his showbiz comeback in Kahit Isang Saglit, the teleserye hit.

    0

    0
  9. Pmerry says:

    Untuk pengetahuan korang yang tak tahu, mmg carmen sangat popular di Filipina ok…kat malaysia mmg tak sgt terkenal, yg penting carmen soo berjaya di negara org sekaligus membawa nama Malaysia. Ada faham…

    0

    0
  10. luvsushi says:

    Ni saje je nak cerita…. Teringat masa zaman tergila-gilakan Echo dan Carmen dulu. We had and still have our own circle of Malaysian and Pinoy fans called KISsers. Sampai sekarang kami masih berkawan gara2 EchoMen (yup, that’s Echo and Carmen) explosion. I managed to catch Kahit Isang Saglit (KIS) final episode kat Manila. Memang enjoy dgn bebudak Pinoy time tu. Pinoys are passionate fans. Kalo diorang minat, memang takleh tahan2 lagi. Carmen did very well and she was lucky to receive all the loves from her Pinoy fans all over the globe. KISsers kat US siap buat event meet and greet utk Carmen when she was there a few years ago untuk hadiri one of the prestigious award ceremony kat sana. I had a blast memories during the 2008-2010 era with my fellow Pinoy KISsers. hehe…siap gi stalk umah Carmen kot :) We went to all the places appeared in KIS in KL and Manila. Memang syok ^_^

    According to my insiders fellow Pinoy KISsers, Echo memang jatuh hati betul kat Carmen masa tu (mind u, that is after his break-up ngan Heart Evangelista). Cerita ni tak ramai yang tahu – Echo even confessed to some of his closest collegues. Even driver Echo pun tau kot :) Tapi since Carmen ni kurang percayakan cinta jarak jauh, she turned him down (u can watch the interview on youtube – mmg byk talk shows yang jemput diorang masa tu) Echo was frustrated but they remains good friends sampai sekarang. Echo pun dah ada Kim Jones.

    Not a happy ending for KISsers, but takpelah. This is reality. Just embraced it and be happy ^_^ KISsers eternity (our tagline dedolu…hehehe).

    0

    0