Campak Telefon Bimbit Ke Wajah Isteri Hingga Cedera, Aliff Aziz Ditahan Polis

Hiburan

Campak Telefon Bimbit Ke Wajah Isteri Hingga Cedera, Aliff Aziz Ditahan Polis

Hari ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, yang telah ditahan polis kerana mencederakan isterinya, Bella Astilla, 23.

Bella yang baru melahirkan anak mereka dan sedang dalam tempoh berpantang cedera di muka dan lutut akibat dibaling telefon  oleh Aliff yang berang kerana Bella menangkapnya berduaan di sebuah bilik karaoke di Taman Shamelin, Cheras, dengan seorang gadis.


Advertisement

Menurut Utusan Online, Bella telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras  mendakwa dia telah dipukul oleh Aliff.

Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.

Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.

Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu”

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutut.

Maklumat yang penulis terima, gadis yang bersama Aliff Aziz di bilik karaoke tersebut ialah seorang pelakon baru yang merupakan adik kepada seorang pelakon wanita yang agak dikenali.

Aliff telah ditahan awal pagi ini dan dibawa ke lokap Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi.-beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...