Written by Bella | April 27th, 2016

Bermula sebagai pemuzik jalanan, kumpulan Caliph Busker yang terdiri daripada mereka yang cacat penglihatan kini sudah mendapat tempat di bidang nyanyian tempatan hasil usahasama bersama KRU Music.

Namun, baru-baru ini timbul dakwaan yang mengatakan KRU hanya mengambil kesempatan terhadap mereka dan memberi bayaran yang agak sikit kepada Caliph Buskers dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati kumpulan berkenaan.

Walaubagaimanapun, vokalis Caliph Buskers iaitu Azmi menafikan perkara berkenaan dan memberitahu bayaran RM800 yang diberikan oleh KRU kepada mereka dalam setiap persembahan adalah tidak benar.

Saya terkejut juga diberitahu tentang gosip kami terima bayaran sedikit iaitu RM800 sahaja seorang, sebenarnya Caliph Buskers bergerak sendiri dan bukan di bawah pengurusan KRU Music.

Namun jika tawaran persembahan datang daripada syarikat terbabit selalunya mereka akan bertanya kepada kami dahulu harga yang ditawarkan dan sebarang harga yang mereka bayar kepada kami adalah atas persetujuan kami bersama.

Caliph Buskers turut dianggotai oleh Fendy Alun, Mohd. Zaki Ismail,  Nirwan Zainal Abidin,  Nor Nadira Rubiana,  dan Syahzmeen Abdul Rahman.

Mustahil juga untuk syarikat gergasi seperti KRU hanya memberikan bayaran yang agak ciput kepada kumpulan Caliph Buskers. Iyalah, tidak adil untuk mempergunakan bakat mereka dan mengaut keuntungan besar.

Sumber Berita : mStar Online

4 responses to Caliph Buskers Nafi Tidak Berpuas Hati Terima Bayaran Sedikit Daripada KRU

  1. PUTIH says:

    KRU POYO!!!!!

    0

    0
  2. melati says:

    ok lew tak payah nk tunggu Bayaran.!!!..tapi saya kesian kt Uqasha Senrose tunggu bakal Tunang yg tk sampai2 dr obersi…bulan lepas ckp baju untuk Tunang kat Obersi dh tempah…siannnn Uqasha Senrose…….!! Uqasha kalau awak terbaca lew , awak nk tk no Talipon Mat Jenin…….hahahahahahhahaaaaa..mereng Uqasha ni..!!!

    0

    0
  3. chua zee ling says:

    Gergasi ke

    0

    0
  4. MIZZHUDA says:

    tapi yang aku tau KRU ni memang kedekut..penah masuk paper ttg kes diorang ni

    wallahuaalam

    0

    0