Written by Bella | March 3rd, 2015

Pemuzik jalanan Caliph Buskers yang sebelum ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia selepas menampilkan persembahan hebat di Anugerah Juara Lagu Ke 29 (AJL 29) merasa kesal dihina hanya kerana meminta perhimpunan #KitaLawan dibatalkan.

Ketua kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat meluahkan rasa sedih di Facebooknya apabila sokongan yang diterima lebih daripada sebulan telah berubah menjadi penghinaan.

Assalamualaikum. Apa khabar semua sahabat Azmi Saat dan Caliph Buskers? Mudah-mudahan semuanya sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT.Terima kasih tidak terhingga kerana terus menyokong CB. Tanpa sokongan sahabat semua, CB tak akan mampu bergerak ke mana-mana.

Pasti ramai yang tahu tentang isu yang tersebar baru-baru ni. Apa dah jadi? Ke mana perginya sorakan yang diberikan waktu AJL tempoh hari? Kenapa sekarang berubah daripada sorakan kepada penghinaan?

Azmi berharap agar masyarakat tidak lagi menghina mereka dan memberi ruang untuk Caliph Buskers berkarya.

Memang sedih bila CB dihina. Tapi lebih sedih lagi bila nama CB dikaitkan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. CB bermuzik bukan untuk berpolitik dan dipolitikkan malah CB mahu muzik CB dapat memberikan ketenangan kepada semua orang.

Kami merayu, hentikan lah isu tersebut. Janganlah kaitkan CB dalam hal-hal yang luar daripada bidang CB. Izinkanlah CB berkarya dengan tenang supaya CB dapat memberikan yang terbaik.

Memang kami tak boleh memaksa semua orang meminati muzik CB, tapi kami merayu, berhentilah dari menghina antara satu sama lain. Percayalah, Tidak pernah sama sekali CB memberi arahan apa lagi amaran kepada mana-mana pihak. Siapalah CB untuk berbuat sebegitu? Fikirlah sebaik mungkin sebelum terus menyalahkan CB.

Sebelum ini, Caliph Buskers dilaporkan meminta agar pihak penganjur himpunan #KitaLawan di pusat beli belah Sogo membatalkan niat mereka kerana telah mengganggu periuk nasi pemuzik jalanan yang mencari makan di kawasan berkenaan.

Sejujurnya, kami rasa ada banyak lagi tempat lain yang boleh dijadikan sebagai tempat perhimpunan. Jika anda merasa anda mempunyai masalah dan melakukan perhimpunan untuk mendapat sokongan ramai, jangan lah sampai buta hati untuk menutup periuk nasi orang lain.

Sumber Berita: Sinar Harian

17 responses to Caliph Buskers Dihina Kerana Minta Batalkan Perhimpunan #KitaLawan

  1. RAJA BAGINDA AYAHANDA CAWANGAN USA says:

    EHHHH BOLEH X AKU TANYA SIAAPEEEE LAGI YG NAK MAMPOS CARI HAL CARI ISU DAN BUAT MCM2 LAGI KAT CP NI. ADEE JE NAK MENJATUHKAN KEJAP2 ADEE LG DAH TU SEMUA BODOH2 PUNYA HAL. MEH JOM BAGI BUTA PULAK MATA2 DORANG NI!

    0

    0
    • Anonymous says:

      tu lah, dengan OKU pun nak cari pasal..
      ntah pape, diorang just suarakan apa yang diorang rasa, cakap pun elok2.
      kenapa nak hina?
      memang mest majoriti yang hina tu mesti melayu..
      bukan pasal politik je, pasal bola pun nak maki sana sini.
      dah macam takde agama..

      0

      0
  2. ayahanda panglima harimau berantai says:

    Raja Baginda.. CB la! bukan CP! bangang gak ko nie.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Typing error. Tu pun nak kata bangang. Byk lg perkara besar yg ko boleh komen.

      0

      0
      • Roar says:

        Gerenti dia terasa tu,maybe dia antara org yg dimaksudkan.
        Kesilapan yg terlalu biasa,perkara kecik gile org lain pun malas nak peduli. Semua org tau sapa dimaksudkan,ni lagi nak betulkan kah kah nampak tak disitu iq nya level rendah. Better komen tentang caliph buskers daripada komen tentang huruf tu kah kah kah kah.

        0

        0
  3. malaysiaku says:

    rasanya kalu berniaga mmg brganda untung wktu2 bgini.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    sudah sudah lahhh… susah nak ckp la kan lagi-lagi dgn MELAYU

    0

    0
  5. minah jambu sayang nenek says:

    mlayu jatoh kan mlayu ha cantek kan ??? dengan OKU pon dorang nk hina2 marah2 hanye pasal suroh batalkn perhimpunan ituuuuuuuuuuu saje ponnnnnnnnnnn dorang nk buat kecohhhh ! tolongggggggg la jangan hina CB ni lagiiiii dorang hanye nk cari makan di tempat biasa tolong jangan buat kacau kt tempat diaorang ok PLEASEEE..PEACE YOOOOOOO ..!

    0

    0
  6. pooorahh says:

    Yg terlolong guling baring atas jln melayu.. Anak bangsa lain tak lari fokus belajar atau tumpu prniagaan.
    Mak bapak melayu bangga bawak anak buat ‘pagar’ baris rempuh polis.. Mak bapak bangsa lain larang anak ikut..
    Aku bukan prkauman, ini realiti.. Jgn tipu buta mata hati kita mengaku..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    x sangka. nara ni buta hati gak.

    0

    0
  8. melayupengecut says:

    kau ni layak campak negara org belajar mazhab lain. so kau akan tahu hargai cara org. mak bapak duduk malaysia je bising konon tak reti ajar anak. tu cara diorg lahirkan tak puas hati. igt pak menteri nak dgr? korg pon sama

    0

    0
  9. Anonymous says:

    mcm mana nak setanding negara maju konon nya maju, bahahahha

    0

    0
  10. Anonymous says:

    abg nara tak pk dosa ke bang oii

    0

    0
  11. aku says:

    Mmg bodoh bangang sapa kutuk cb nie..n negara aman pun tak reti nk bersyukur.otak letak kt lutut..

    0

    0
  12. Kak Kiah says:

    Haihhhh orang macam ni pun kau nak dengki kenapa

    0

    0
  13. eika says:

    Wt kt sogo sbb ramai org g shopping..org dok tgk2 pe jd kt ctu pastu ckpla org ramai kumpul p perhimpunan..padahal org nk g shopping..wt sesak n jem je..

    0

    0
  14. cinta says:

    Melayu on Melayu…. Tahniah…. so lusa Melayu dah layu, korang pandang cermin kat rumah, kenapa kita jadi gini….

    bangsa lain pun ada pelbagai suku, ader tak dorang pecah belah? hakikatnya rumpun tetap sama kan, cuma loghat dan budaya etnik beza skit…. kita Melayu, yang dah ditunjukkan ‘jalan’ yang jelas pun masih ‘teraba-raba’….

    0

    0