Caliph Buskers Bermuzik Bukan Untuk Berpolitik & Dipolitikkan – Azmi Saat

Hiburan

Caliph Buskers Bermuzik Bukan Untuk Berpolitik & Dipolitikkan – Azmi Saat

Kepopularitian yang dikecapi memang ada baik dan buruknya. Agak sedih juga Abang Nara dengan nasib yang menimpa kumpulan Caliph Buskers. Selepas disanjung oleh jutaan rakyat Malaysia kerana persembahan yang menyentuh hati di AJL29, nama Caliph Buskers baru-baru ini tercemar kerana isu politik. Kononnya Caliph Buskers mengeluarkan amaran kepada Adam Adli agar tidak membuat perhimpunan haram di depan Sogo kerana ia mengacau periuk nasi mereka. Kerana ‘kenyataan’ tersebut, Caliph Buskers dikecam terutamanya oleh penyokong parti politik bukan kerajaan.

caliph buskers

Advertisement

Sedih dengan kritikan dan kecaman yang diterima oleh kata-kata, amaran dan arahan yang tidak pernah dikeluarkan oleh Caliph Buskers, salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Azmi Saat (vokalis) meluahkan rasa kecewa dengan apa yang terjadi. Senang cerita, kenyataan Caliph Buskers telah dimanipulasi oleh pihak media untuk menyedapkan lagi cerita. Abang Nara agak terharu membaca kata-kata Azmi Saat. Tulisnya:-

Assalamualaikum. Apa khabar semua sahabat Azmi Saat dan Caliph Buskers? Mudah-mudahan semuanya sentiasa dalam rahmat Allah SWT…

Terima kasih tidak terhingga kerana terus menyokong CB. Tanpa sokongan sahabat semua, CB tak akan mampu bergerak ke mana-mana.

Pasti ramai yang tahu tentang isu yang tersebar baru-baru ni. Apa dah jadi? Kemana perginya sorakan yang diberikan waktu AJL tempoh hari? Kenapa sekarang berubah dari sorakan kepada penghinaan? Memang sedih bila CB dihina. Tapi lebih sedih lagi bila nama CB dikaitkan untuk memecah belahkan rakyat malaysia terutamanya orang melayu.

CB bermuzik bukan untuk berpolitik dan dipolitikkan malah CB mahu muzik CB dapat memberikan ketenangan kepada semua orang. Kami merayu, hentikan lah isu tersebut. Janganlah kaitkan CB dalam hal-hal yang luar dari bidang CB. Izinkanlah CB berkarya dengan tenang supaya CB dapat memberikan yang terbaik.

Memang kami tak boleh memaksa semua orang meminati muzik CB, tapi kami merayu, berhentilah dari menghina antara satu sama lain. Percayalah, Tidak pernah sama sekali CB memberi arahan apa lagi amaran kepada mana-mana pihak. Siapalah CB untuk berbuat sebegitu? Fikirlah sebaik mungkin sebelum terus menyalahkan CB.

Jutaan maaf dari CB kepada semua pihak sekiranya apa yang berlaku datangnya dari kesilapan CB sendiri. Ini mungkin kerana ketidak biasaan kami untuk menghadapi sesuatu situasi. Berilah kami peluang untuk belajar dari kesilapan. Sekali lagi kami merayu, hentikanlah isu tersebut kerana isu-isu sebigini bukan sahaja boleh menghancurkan kerjaya CB malah mampu memecahbelahkan rakyat malaysia terutamanya kita sesama orang islam dan orang melayu. Apa gunanya kalau kehadiran CB hanya cuma memberikan keburukan?

Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak menyokong CB, biarkanlah CB bergerak tanpa sokongan anda. Janganlah hancurkan kerjaya CB hanya kerana anda tidak meminati CB. Kalaulah perjalanan CB ditakdirkan terhenti, biarlah CB berhenti sebagai penghibur yang pernah memberi ketenangan bukan penghibur yang pernah menyakiti hati orang lain.

Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada hambanya yang zalim. Amin…

Terima kasih.
Ikhlas dari Azmi Saat Caliph Buskers.

caliph buskers

Sedih kan? Tak sangka kenyataan orang OKU pun sanggup diputarbelitkan oleh sesetengah media semata-mata untuk kepentingan politik. Kesian kat Caliph Buskers yang hanya mahu bermuzik untuk menghiburkan orang dan mencari sesuap rezeki. Tak pasal-pasal terpalit dalam permainan politik. Sabarlah Caliph Buskers. Teruskan bermuzik dengan ikhlas. Pasti para peminat akan terus menghargai anda seadanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...