Written by AbangNara | August 5th, 2016

Sejak Aariz dilahirkan, sehinggalah kehadiran Arissa dan Alara, satu perkara wajib yang Abang Nara lakukan untuk mereka ialah membuka akaun SSPN-i. Buat yang tak tahu, SSPN-i ini adalah singkatan untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk persediaan bagi anak-anak kita memasuki universiti apabila mereka dewasa kelak. Tak adalah bila dah besar nanti baru nak gelabah mencari duit bila anak-anak dapat tawaran universiti. Tak ada biasiswa pun tak apa time tue.

sspn-i plus

terima kasih papa tolong tabungkan untuk kitorang – kata Arissa di dalam hati

Abang Nara menyimpan di dalam SSPN-i yang berlandaskan syariah Islam. Selain daripada mendapat dividen setiap tahun, dapat juga pelepasan taksiran cukai. Terkini ada satu lagi skim simpanan iaitu SSPN-i Plus. SSPN-i Plus lebih banyak manfaatnya dan ada Cabutan Wow! SSPN-i Plus. Kiranya macam cabutan hadiah bertuah untuk para pendeposit pemegang akaun SSPN-i Plus yang aktif. Hadiahnya memang power. Untuk tahun 2016/2017 ini, jumlah hadiah yang ditawarkan adalah RM1.5 juta. Gulp.

sspn-i plus

Bila tengok hadiah yang ditawarkan, memang teruja dibuatnya. Ada 2 cabutan akan dilakukan iaitu cabutan tahunan dan juga cabutan suku tahun (3 kali setahun). Meh kita tengok dulu hadiah untuk cabutan tahunan.
sspn-i plus

Tue dia hadiah utama adalah sebuah kereta Proton Perdana 2.4L. Nombor dua pulak dapat Toyota Vios TRD. Kaki riders pula mesti suka kalau dapat hadiah nombor tiga tue. Motosikal Kawasaki Er6-f. Fuh. Harga masing-masing ratus ribu punya. Semuanya boleh diperolehi secara PERCUMA sekiranya anda memiliki akaun SSPN-i Plus. Nak buka akaun mudah je. Boleh buka secara online https://sspniplusonline .ptptn.gov.my/sspniplusonline. Boleh juga melalui Ejen Online atau Eksekutif Pemasaran PTPTN.

Ok meh Abang Nara cerita pasal cabutan suku tahun pulak. Akan ada 3 cabutan dilakukan seperti jadual di bawah:-

sspn-i plus

Untuk hadiah cabutan suku pertama ini (Julai- September), hadiah-hadiahnya pun super duper awesome jugak. Jom kita ushar:-

sspn-i plus

Tue dia boleh menang sebuah kereta Honda Jazz 1.5L. Buat yang belum buka akaun, Abang Nara nasihatkan pergilah buka hari ini juga. Setiap RM50 layak mendapat satu cabutan tanpa mengira pakej. Tak perlu nak buat apa-apa sebab penyertaan adalah automatik. Korang cuma perlu buka akaun, depositkan duit dan berdoa solat hajat di malam hari agar dimurahkan rezeki. Kalau menang jangan lupa kongsikan hadiah tue dengan Abang Nara. Hehehe. Maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my. Selamat mencuba!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Cabutan Wow! SSPN-i Plus Kembali Lagi, 300 Hadiah Bernilai RM1.5 Juta Untuk Dimenangi

  1. Ms hmmmm says:

    Skim tabungan dah islamik..yg tak berkenan ada pulak cabutan2 bertuah ni..dh ala2 cabutan nombor ekor..camanala hukumnya tu..

    0

    0
  2. kacang says:

    muka anak Nara macam sedih je..

    0

    0
  3. Ms hmmmm says:

    Eh komen x publish plk..skim dh islamik..tp ada cabutan bertuah ala2 nombor ekor..hai byk sungguh benda campuraduk akhir zaman ni..

    0

    0
  4. kole susu says:

    Ustaz2 Cetek minda mana bukankah benda macam ni haram!!!!!menang kerana nasib..mana korang dengan komen -komen bodoh lagi tak masuk akal

    0

    0
  5. Wawa says:

    Nama anak2 abg nara kemain kelas lagi..

    0

    0
  6. ustajah says:

    hukum cabutan bertuah macam ni adalah HARAM. kalau menang makanan, makanan tu haram dimakan.

    0

    0
    • Alahai sikit2 haram says:

      Kalau berlaku penindasan, kerugian sebelah pihak baru dikira haram. Korang bukak akaun, korang simpan duit, korang rugi ke? Tertindas ke? Adoi. Tepuk dahi masing2 kang

      0

      0
  7. VOVO says:

    Laa.. takkan abg nara nak letak nama Samat dgn Bedah la pulak.. org yg buka ruang gossip2 ni kena letak nama anak kelaslah sikit

    0

    0
  8. vivi says:

    Ustajah.. kalo cabutan bettuah kat sekolah pulak camana hukumnya..

    0

    0
  9. SMN says:

    Nombor ekor tu haram sebab kita kena keluarkan duit untuk menang benda yang tidak pasti. Contohnya beli tiket nombor ekor, kalau menang dapat duit lagi banyak, kalau kalah duit beli tiket tu burn. Cabutan bertuah SSPN ni penyertaan automatik. Asalkan ada akaun, berkemungkinan boleh menang. Kalau tak menang pun duit dalam akaun sikit pun tak luak. Maksudnya duit kita simpan dalam akaun tetap ada untuk anak kita.

    0

    0
  10. charles barok martin says:

    Cobah2..$$$

    0

    0