Buy 1 Free 1, Biar Betik Promosi Watsons Nie!!!

Hiburan

Buy 1 Free 1, Biar Betik Promosi Watsons Nie!!!

Hari ini seperti biasa selepas menghantar anak-anak ke sekolah, Abang Nara telah lepak di Teh Tarik Place The Curve. Sambil-sambil menghirup udara pagi, sambil pekena roti canai. Memang feeling.
image

Tengah syok-syok memotong roti canai menggunakan pisau dan garfu, Abang Nara terbau sesuatu yang kurang enak daripada celah ketiak.

Advertisement

image

Adui, bau tengik!!! Baru Abang Nara teringat yang sebelum keluar rumah tadi tak sapu deodorant sebab deodorant dah habis. Nasib baiklah dekat The Curve nie ada Watsons. Terus Abang Nara bergegas untuk membeli deodorant di sana.

image

Masuk-masuk je Watsons, tup-tup ternampak promosi Buy 1 Free 1. Umang aih. Biar betik. Best sangat promosi nie.

image

Niat di hati nak beli deodorant je pada mulanya, tapi lepas nampak promosi Buy 1 Free 1 Watsons ini, terus nafsu membeli membuak-buak. Bukan selalu promosi macam nie ada. Terus Abang Nara menjelejah satu Watsons untuk ushar produk yang termasuk di dalam promosi Buy 1 Free 1 ini.

image

image

yeahhh!!! Pisau cukur Gillete pun termasuk dalam promosi ini. Sesuai sangat la tue sebab misai dan janggut Abang Nara pun dah makin lebat

Alang-alang Watsons tengah buat promosi Buy 1 Free 1 ini, Abang Nara terus call wife tercinta. Kot-kot dia ada nak pesan beli apa-apa ke. Terus dia kata “you cuba ushar barang-barang makeup kat Watsons tue. Ada yang best you beli je”. Maka sebagai seorang suami mithali, Abang Nara pun teruslah menunaikan hasrat isteri tersayang.

image

Maskara Maybelline ini pun termasuk dalam promosi Buy1 Free 1 Watsons

image

korang yang nak “glow”kan kulit muka tue, inilah peluang untuk anda beli produk ini

Hampir setengah jam jugaklah Abang Nara pusing Watsons The Curve ini sebab banyak sangat produk yang termasuk di dalam promosi Buy 1 Free 1 ini. Menurut apa yang diberitahu oleh awek salesgirl Watsons kepada Abang Nara, promosi ini dijalankan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Promosi ini berlangsung untuk tempoh terhad, jadi janganlah lepaskan peluang keemasan ini. Buy 1 Free 1 wei!!! Takkan tak nak kot.

image

1242

Nasihat Abang Nara, silalah bersegera ke Watsons berdekatan anda sebab memang ramai manusia yang berpusu-pusu membeli-belah bersempena promosi ini. Tadi kat Watsons The Curve pun masing-masing bawak bakul penuh beratur kat kaunter. Shopping sakan!!!

Last but not least, jangan lupa gunakan kad Watsons untuk lebih penjimatan dan kumpul mata ganjaran.

image

Maklumat lanjut dan untuk melihat senarai penuh produk yang termasuk daalam promosi Buy 1 Free 1 ini silalah ke www.watsons.com.my. Promosi ini sah sehingga 4hb September. Selamat membeli-belah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...