Written by AbangNara | June 25th, 2013

Baru-baru ini, Abang Nara sekeluarga telah pergi ke Taman Dagang, Ampang untuk mencuba burger yang menjadi bualan ramai iaitu Burger Bakar Abang Burn.

burger bakar abang burn

Apa yang menariknya mengenai Burger Bakar Abang Burn ini ialah layanan yang sangat pantas. Tak perlu beratur panjang-panjang sampai 2,3 jam. Tak sampai 10 minit Insya Allah akan sampai turn anda. Mungkin kerana pekerjanya yang ramai dan cekap.

burger bakar abang burn

Sampai-sampai, Abang Nara terus order Meatball Abang Burn. Nampak menyelerakan walaupun hanya tengok di menu. Harga pun boleh tahan. Hanya RM9.90 je.

burger bakar abang burn

Wife Abang Nara pulak order burger tower kawin (gabungan ayam, lembu dan kambing) dan burger kambing bakar. Ingatkan boleh la habiskan semua sebab memang tengah lapar gila. Sekali bila order sampai, terkejut beruk Abang Nara dibuatnya.

burger bakar abang burn

Besar gila kot burger Abang Burn nie. Meatballnya pun banyak kuantiti. Tak ciput macam sesetengah kedai lain. Abang Nara dan wife dah tersenyum kambing. Confirm kena tapau sebab tak habis makan nie.
burger bakar abang burn

Nah gambar close up untuk korang. Tengok sos yang meleleh tue pasti air liur korang terkeluar kan? Hehehe. Cuba tengok gambar close up meatball pulak.

burger bakar abang burn

Burger Bakar Abang Burn kini sudah ada 17 cawangan di seluruh Malaysia. Itu semua dalam tempoh masa 1 tahun sahaja penubuhannya. Mantap kan? Yang lagi mantap ialah rasa, layanan dan cara persediaan di kesemua 17 cawangan ini adalah sama. Memang terbaik!!!

burger bakar abang burn

Keenakan Burger Bakar Abang Burn memang tak boleh dinafikan lagi. Wife Abang Nara punyalah bz makan sampai nak ambil gambar pun kena snap macam tue je. Terutama meatball yang kenyal dan penuh rasa daging. Memang sedap kata wife Abang Nara.
burger bakar abang burnTerima kasih Abang Burn atas burger bakar anda yang sedap. Lain hari, pasti kami akan datang lagi. Jangan lupa untuk LIKE Facebook Burger Bakar Abang Burn untuk mengetahui informasi dan promosi terkini daripada mereka.

65 responses to Burger Bakar Abang Burn Memang Terbaik!!!

  1. cleopatra says:

    macam sedap jer….area KL kat mana abg nara?

    0

    0
    • Anonymous says:

      nara, aku nak komen sket, suruh si burn ni jaga sket kedai dia kat kota damansara, lipas beranak pinak siap lalu kat kaunter time aku nak beli…ggrrr.. pastu patties dia a bit liat, xtau la kenapa liat dan keras time aku beli, maybe overcooked ke ape… diorg punya meatball sedap tp sauce bleh improve lagi..

      0

      0
      • bubblepop says:

        btol tu..dkt kota damansara org xde la crowded mane..tp aku tggu dkt sejam bru smpai burger aku..baik aku pg makan man burger kukus bakar..

        0

        0
      • minah jambu tukar kaler merah biru says:

        lipas !!!!!!!! eeeeeeeeeee yg kau cakap kn ni lipas betol ke kipas lipas ?kau jangan main2 nanti pelangan boikot kedai beger dia kesian kan !! lipas tu kotor tau tak !!!! pasal lipas ni dia main2 kt tong sampah !! kaki tngan lipas penoh ngan lekit lekit tong sampah tu !! helo abang burn hati2 ye ngan lipas jangan sampai dia hinggap kt beger yg abang jual tu ok ….tempat mesti nk kena berseh….beger sedap best tapi tempat nk kena tip top berseh ok ! lov u bang burnnnnnnnnnn…

        0

        0
      • qaqa says:

        hmm aku kecewa dgn meatball..ingt lg smpai tringin giler mkn skali pegi kat le lac sec 13..mak oii meatball keras,wedges dlm gmbar bukan main byk n besar!!skali realiti kecik n sikit dlm 3-4 cmtu je..klau boleh tlg lah improve lg..

        sos cheezy tu sedap tp nye..aku suka..n aku suka burger ayam dia..

        p/s: xsuka mkn kat le lac..cekik darah klau makanan berlauk dia..ada ke nasi penuh (agk byk)+ayam seketul lauk lemak rebung RM9???

        0

        0
      • Ko Kesah says:

        comel anak dia..ala2 remy ishak pn ada geram nk cium haha

        0

        0
      • saya rasa sementara jerebu ni bisnes burger bakar boleh hold dulu lah sampai keadaan pulih seperti sedia kala. kalau geram sangat nak makan burger, buat burger rebus.

        0

        0
      • BukanKementerianKesihatan says:

        Wahai rakyat Malaysia….masyarakat dunia sibuk menangani permasalahan akibat memakan makanan segera seperti burger dan sebagainya. Tapi Masyarakat kita sibuk mengagungkan memakan burger yang bertingkat bersama sos sos yang sangat tinggi kolestrol dan lemak. Sungguh tidak baik untuk kesihatan rakyat Malaysia. Tak cukup dengan McDonald kita plak tmbah dengan burger bakar dsb.

        0

        0
        • burger McD memang la sebab dia goreng pakai banyak minyak. mana nak sihat. ni bakar lain derrr. memang patut la ko bukan kementerian kesihatan. kalau tak orang bantai gelak jewww

          0

          0
        • Adik McD says:

          Neelofa Nak Kereta Yang… ha ha nampak kejahilan anda di situ. Mana ada burger goreng. Masak atas griddle lah….he he sengal. Yang goreng tu ialah ayam goreng LOL. Problem dgn burger ialah daging yang digunakan tinggi kandungan lemak lah…bukan guna daging lean. Pi google LOL he he

          0

          0
        • lavinda says:

          LoL ..si ” neelofa nak kereta yang ” bajet pandai tapi nampak bodoh jugak.burger MCD goreng pakai byk minyak ekk? bukan digrill ke? LOLOLOLOL HAHAHA!!

          0

          0
        • akubencimanusiaphd says:

          Ada je sikap xpuas hati dengan kejayaan orang. McD KFC boleh terima, orang melayu baru naik dah nak kondem. Tolong lah support bangsa sendiri..yang herannya bangsa sendiri gak yang tkg kondem tu

          p/s: hari hari ke org mkn burger???

          0

          0
    • miss ynwa says:

      untuk yunk takmau crowded2 ley p kat cawangan klang…….dekat tempat kejew aku bandar botanic,klang….area jusco bukit tinggi….kedainye terselindung sikit..kauu nak makan kauu gigih carik

      0

      0
    • wAwA says:

      kat Danau Kota ada satu… baru je pegi makan dgn family kt situ dua hari lepas.

      0

      0
      • Faizal says:

        Yup! dekat Danau Kota best!

        Pekerja peramah, service cepat dan pantas.

        Tapi sayang, air kena order tempat lain….

        Tapi Burger Bakar mmg terbaekkk!

        0

        0
    • Mashi says:

      tak bape sedap pun.. biasa2 je bege dia..
      da banyak aku try bege bakar.. termasuk laa bege abang burn and bege bakar seksyen 2 wangsa maju.. tapi 1 je yang aku suka.. Not Bad lah bege bakar kat kajang.. mmg terbaik.. lagi murah dari bege bakar abg burn ni…

      0

      0
    • Mata Biru says:

      Anak abg nara comel..muka budak bijak
      Sejuk perut ibu mengandung..

      0

      0
  2. xkesah says:

    fast food is for loser

    0

    0
  3. sal?xpuas hati?? says:

    cantiknyee bini ko bang nara..

    0

    0
  4. yatie says:

    Klau Abg Nara pergi Sabtu mlm Mggu kt citu ada LIVE BAND. Mmg layan r muzik klasik n jazz..

    0

    0
  5. zeera says:

    memang tebaekkkk bang nara sy dh penah rasa kat apang terbaru sayer raser kat danau kota…memang sodap hinggo menjilat jari…

    0

    0
  6. lyssa says:

    sedap sangat bang nara…sayer dah raser….memang mabelessss…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    dah makan baru2 ni kat jajahan bangi, takdalah sedap sgt spt. ygn digembar gemburkan..kuciwaaaa…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Selalunya mcm tu lah. Beria-ia promosi, bagai nak rak bila pergi rasa x ada lah sedap mana pun.

      0

      0
  8. Anonymous says:

    nampak sedap, blh try nnt

    0

    0
  9. Anonymous says:

    makan dekat shah alam seksyen 7 tak dela sedap sangat pun.. maybe dekat branch yang lain kot sedap.. dah la sejuk.. apa-apa pun “man burger kukus lava” paling sedap.. dah order baru dia buat..

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku pn dah mkn yg name bege ade lava2 jgk..lava grill kot..sedappppppp….

      0

      0
    • ape2ajerla~ says:

      dkt botanic klang pun mcm tu gak anon….begenye da sejuk….sos ciput….xthu la cwgn lain…tp ms g kt botanic klang tu mmg frust gile la sbb indah kabar dr rupa….mgkn nsb x baik je ms tu kot…. ;(

      0

      0
    • mijah says:

      kat cheras perdana pun biasa2 je. sos meriah tapi rasa sos biasa je la. dia kurang 2 bahan rahsia nak buat burger sedap =P tapi beger bako yg kat kajang tu sedap. apetah nama dia. ada grill2 camtu la kalau tak salah.

      0

      0
  10. HidupUntukMakan says:

    huhuhu..kami kat penang ni gigit jari je lah kempunan nak makan kat kedai abg Burn…

    0

    0
  11. Warga Malaysia yg Prihatin says:

    Amalkan pemakanan sihat!!!!!!!!!!!!! nampak sedap di luar.. bile terjebak x kan berundur..kemudian hari penuh lomak satu badan sapa nk tolong ??????

    0

    0
  12. hafiz says:

    ehhh yerker dah ade kat danau kota???kene try ni…xble jadi abang nara dah raser sayer blom raser lagi…

    0

    0
  13. mulut puaka says:

    lagi terbaik kalo ko belanja mak nara..
    p/s : dah kenapa bini ko tu nganga mcm nenek gergasi nak telan budak??????

    0

    0
  14. BUNKFACE NO.1 says:

    aku dah lah lepas lunch…ni dah lapar balik sebab burger tu, sedapppppp nyer…balik kerja nanti nak pergi cari, perrggghhh terliur aku…sabar jelah

    0

    0
    • minah jambu tukar kaler merah biru says:

      jangan makan selalu sangattttttttttttttt nanti darah tinggi pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!

      0

      0
  15. booduck says:

    tak sedap pun………..
    memangla x lama tunggu tp sejuk.tak feel makan.memang tak pergi lagi la abg burn burger.time tue g dekat shah alam sek 7.tak taula branch lain.

    0

    0
  16. Rozana says:

    Wife Nara ex-student UiTM Shah Alam ker? Muka sebijik mcm housemate kat Jalan Bunga Kekwa Seksyen 2.

    0

    0
  17. dee are na says:

    comel muka anak abg nara….. mmg best burger abg burn…..

    0

    0
  18. Enter Your Name says:

    saya cuba sekali je burger abg burn..dalam bulan 11 tahun lepas..pergi beramai2 dan setiap org order berlainan untuk msg2 mencuba makanan berlainan..pada saya rasa biasa aje kot..saya ambil burger daging kambing..masih terasa hanyir dan bau kambing tu..service mmg cepat, no doubt..dari segi sos dan perasa mmg melimpah ruah (tapi menggemukkan..jaga2)..burger mcm ni makan sesekali je laa..selalu2 nanti rakyat Msia semua obese..payah pulak..

    0

    0
  19. siput says:

    muka anak nara sebijik gile mcm muke die

    0

    0
    • minah jambu tukar kaler merah biru says:

      tu makne Nye anak dia nk kena tindek satu telinga tau untok sarat aje tkde ape2…ni orang tua2 yg cakapppppp bukan Nye minah jambuuuuuu…minah jambu ni hanye sampaikn ajeeeeeeeeee hehe..

      0

      0
      • BUNKFACE NO.1 says:

        tindik telinga ?? hoi anak nara tu lelaki mcm boleh tindik telinga, kau ni suka sgt percaya amalan jahiliah nenek kau, ckp kat nenek kau lelaki tak boleh tindik telinga

        0

        0
      • Anonymous says:

        aiyo..mana punya fahaman ni minah jambu? kau ni baru keluar dari solok mana ni ah? tindik satu telinga anak sebab muka sama dengan bapak? aduhai..zaman IT ni pun ada lagi manusia mcm kau yg percaya benda2 khurafat ye?..Dalam Al Quran atau hadis takde sebut pun pasal benda2 mengarut mcm ni..tak payah nak percaya tahyul la..ni semua mcm amalan kuno yang berdasarkan kepada pemahaman org asli ni..animisme@takde agama..sila bawak2 berfikir ye berlandaskan agama..**tapi kalau kau bukan Islam, lantak kau & family kau ler nak tindik satu muka pun takde sapa kesah..tapi si Nara ni Islam..anak dia pun lelaki..even anak perempuan sekali pun kalau ditindik dengan niat mcm tu, tetap salah..

        0

        0
        • minah jambu tukar kaler says:

          tapi minah jambu tetap akan ikot petua nenek moyang dulu dulu punye…..sape yg tknk ikot tu dorang punya suka la kannnnn minah jambu ni kasitau aje …ye laaaa sape yg tk percaya tu terpulang la kan minah jambu tk paksa….tindek satu telinga dengan niat yg baik mesti boleh punye kan pasal kite tknk ape2 berlaku dlm fmili kite tk gitu? minah jambu pon bukan Nye suroh korang percaya tapi tk mustahil tol tk ustaz azharrrrrrrrrrrr UAI caaaaayang ustaz azhar muah muah muah !!

          0

          0
  20. superwoman says:

    naraaaa.. anak kau sebijik macam kau.. tp die lagi comel. kikiki

    0

    0
  21. somel says:

    Jom sterilize udara dlm kereta time2 jerebu ni

    http://lizazilda.com/biozone-car-sterilizer/

    0

    0
  22. stella says:

    d sbh teda pun . . jd sa mkn mcd jak . . lg sdp . .

    0

    0
  23. kurrr_semangat says:

    apesal ramai orang kata sedap…tapi aku makan rasa so-so je, macam rasa burger-burger gerai tepi jalan je…time masa aku pegi tu, beratur lak panjang kt danau kota tu, teruja sangat nak makan, terbayang-bayang sampai ke tahap menjilat ibu jari rasanya…tup-tup sekali rasa tak seindah yg dikabokan…pastuh dah bertingkat-tingkat gitu, jenuh aku nak menganga..last-last kena makan piece by piece..

    apa pun, itulah THE POWER OF MARKETING…terus jadi glemer…

    0

    0
    • Crew Abang Burn says:

      Aku kerja kat Danau Kota Burger Bakar Abang Burn.
      Ko cakap beratur panjang? Takde panjang pon, semua cepat je settle.
      Penipu tak ingat ko ni. Serious takde panjang.
      Kalau kat Ampang tu ye la, tapi tu pon tak lama beratur, cepat je.

      Nampak sangat ko ni sebenarnya nak dengki dengan Abang Burn.
      Ko ni kalau nak marketing burger bakar kau pon, bukan caranya dengan memburukkan bisnes orang lain. Cemana Melayu nak maju.
      Sepatutnya amik sebagai persaingan sihat. Improvekan diri sendiri…tak pon buat hal sendiri…takyah burukkan org lain.

      0

      0
  24. Anonymous says:

    saya makan sekali je kat situ..boleh tahan laa..tapi nak kata sedap sgt tu tak laa..kalau ke situ lagi, insyaAllah boleh jengah lagi..tapi selalu2 sgt boleh gemuk la makan burger bakar abg burn tu, huhu

    0

    0
  25. boboi says:

    hmmm mungkin ade orang suker makan burger bakar abang burn mungkin ade yang tak suker..yerla depends pada selera memasing…tp bagi aku…burger bakar abang burn kene dengan selera aku cuma aku xpenah pegi yang kat kota damansara tu…aku pegi ampang,seksyen 7 n yg tebaru kat danau kota best jer…

    0

    0
  26. pengomen tegar says:

    for me, bbab not really my taste..daging..roti, minyak dll..no sayur at all. if ade pon , onion rings n fries..(leh la dikategorikan as sayur kan)bab meatball tu mcm xsedap je .i prefer ikea meatball.still no1 for my tummy. papepon, bbab, has to improve a lot about this.sayur plzzz..bia nampak crunchy gitteww!!!

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Badan tgh muda belia boleh laa nk mkn campur daging ayam lembu kambing bagai…

    0

    0
  28. Glock says:

    Aku dah penah try Burger Bakar Abang Burn…..indah khabar dari rupa…..walaupun servis laju tip top tapi kalau dah produk sejuk dan daging liat dan tak juicy buat apa….dah ler sos muak….yang kecewanya kat daging kering teramattttttt….nielah akibatnya bila daging dimasak awal…..kering ler jadinyer…..lepas tu gie hidang kat pelanggan…..adoiiiiii tak berbaloi dengan harga……wife aku makan ayam sekali kena masin teramat…..last2 makan tak abis…..terpaksa ler order satay willy……

    0

    0
  29. guyr says:

    Rasa dia okay la. Tapi yang paling penting harus diambil perhatian juga, keliling kedai kotor, plastik sampah sarap tak di bersihkan. Nampak sgt sebenarnya pemalas baik pekerja termasuk boss.

    0

    0
  30. pelanggan abg burn says:

    banyak komen negatif, aku gi ok jer aku rasa…tapi maybe orang lain ada pendapat lain..
    cuma aku rasa kalau komen membina tu, korang gi jer kat FB abang burn, boleh cakap direct kat dia….kalau setakat nak hentam bisnes orang, mmg best……kalau power sangat, cuba la buat sendiri bisnes tu…..hahahahha

    0

    0
  31. Man Burger Bakar Kukus Dengki says:

    Ramai gila yang comment under name Anonymous atau nama lain kutuk Abang Burn lepas tu puji Man Burger Kukus ke Burger Bakar Kukus ke apa ntah.
    Nampak sangat sebenarnya orang yg sama atau macai2 Man Burger Bakar Kukus tu…

    Kalau ye pon nak promosi burger kau, jangan la kutuk burger orang lain.

    Politik kotor ko tak suka, tapi taktik kotor camni ko suka.

    Ni lah Melayu, dengki mendengki hingga yang akhirnya Melayu yang rugi.
    Patut amik secara positif, improvekan diri supaya jadi lebih baik…persaingan sihat.

    Ni tak, tak abes2 kutuk burger orang lain, lepas tuh promote burger kukus kau.
    Pergi la kukus otak kau tu.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ehhh marah pulakk org hentam ko, yg dulu ko sailang bisnes org tu ko x fikir plak.. lol.

      improve je la business ko, biar je org ngata, jgn sibuk hal org dah…

      0

      0
  32. maria yusof says:

    aku dah tak makan semua fast food bermula November 13, 2006..alhamdulillah, sampai ke hari ni aku takde selera tgk fast food..air bergas pun aku tak jamah sejak tarikh sama..Semuanya bermula dgn satu rancangan TV yg aku tgk..masalah obesiti di UK dsan lain2 negara terutamanya Eropah menyebabkan seorang Chef terkenal di UK pergi ke kilang2 pembuatan fast food di UK sambil membawa sekali kanak2 tadika (lawatan sambil belajar)..menerusi lawatan tu, aku tersedar yang selama bertahun2 aku makan fast food yang merupakan makanan tidak sihat, boleh menggemukkan, boleh mendatangkan penyakit..dan yang paling penting adalah AKU ADA PILIHAN..kenapa mesti aku makan fast food (termasuklah burger bakar la, burger kukus la, dan segala mcm burger dlm market sekarang) sedangkan makanan2 tersebut tidak memberi manfaat pada tubuh badan aku..

    0

    0