Written by serenity | March 16th, 2012

Filem Bunohan arahan Dain Said mendapat liputan luas di media konvesional dan sosial kerana memenangi beberapa anugerah di festival filem antarabangsa, termasuk Anugerah NETPAC di Festival Filem Taiwan November tahun lepas. Tetapi setakat 13 Mac, kutipan filem ini baru mencecah RM 330,000.

Sumber

Bagi kami, filem ini amat baik dari segi sinematografi, sudut kamera yang kreatif, latar belakang yang menarik dan mood filem yang ‘gelap’. Tetapi menurut ahli-ahli akedemik dari Universiti Malaya, filem ini agak keliru dengan apa yang ingin disampaikannya.

Mengikut laporan Mstar, Pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Ana Balqis berkata, Dain Said selaku pengarah filem itu terlepas pandang beberapa elemen penting termasuk bahasa dan plot filem yang bercelaru:-

 Saya akui Bunohan sebuah filem yang baik, memberikan cerminan baru pada industri filem kita kerana ia dihasilkan dengan syot dan sinematografi yang berbeza daripada lambakan filem Melayu yang sedia ada.

Dalam filem ini, kita tidak disogokkan dengan syot-syot membazir yang ribuan kali kita tonton dalam filem-filem Melayu sebelum ini seperti syot di meja makan, babak solat, berselisih bahu di pintu dan sebagainya.

Sayangnya, jika cerita dan pengisian filem ini digarap dengan menekankan dan penelitian pada aspek sosiobudaya, antropologi dan bahasa, pasti ia jadi lebih baik.

Saya melihat jika dia (Dain) sudah memilih bumi Kelantan sebagai latar belakang filem ini, maka dia harus memaparkan segala aspek berkaitan Kelantan termasuk linguistik, sosiobudaya dan agama dengan tepat dan bersesuaian.

Ciri-ciri bahasa filem yang terbahagi pada non-verbal dan verbal dilihat tidak seimbang. Aspek non-verbal atau bukan pertuturan seperti paparan awan kelabu dan alam sekitar dilihat berjaya tetapi ia gagal pada aspek pertuturan, di mana dialek yang dituturkan para pelakon adalah tidak tepat.

Jika penuturan itu tidak tepat, maka pentafsiran penonton juga akan salah tentang cerita filem ini.

Manakala Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, Bunohan adalah sebuah karya yang benar-benar berlainan, tetapi tidak menghasilkan dramaturgi yang diperlukan dalam sesebuah filem untuk memudahkan ia diterima ramai.

Di situlah ada saka, nak cerita tentang dukun, pergaduhan adik-beradik, permainan wayang kulit dan perlawanan Tomoi. Semua benda hendak disumbatkan dalam satu masa. Ia sebenarnya telah menyimpang daripada asas dramaturgi yang sebenar

Jika anda ingin membaca keseluruhan artikel di Mstar, klik di sini.

Sementara itu, kami telah meninjau rating untuk filem ini di IMDb (Internet Movie Database). Filem ini telah diberi markah oleh 36 orang, termasuk dua orang dari Amerika Syarikat. Dari Amerika Syarikat, 2 orang penonton tersebut memberikan markah purata 3.5 dari 10.

Manakala yang selebihnya bukan dari Amerika Syarikat (kami menganggap dari Malaysia) memberikan markah purata 6.9 dari 10 markah. Untuk pasaran antarabangsa, tajuk filem ini ialah ‘Return To Murder’, dan seorang pengktitik, Nicholeas Bell dari IONCINEMA.com memberikan pendapat:-

“The sophomore effort of Malaysian director Dain Said, Bunohan, plays like King Lear in a murky, jungle landscape, with the narrative focus being transposed to three very estranged brothers. Despite a narrative that seems rife with tragic and violent implications, this surprisingly tame tale has trouble setting a clear tone or managing to bring anything refreshing to the well-tread territory of the ties that bind.”

Tetapi filem ini menerima rebiu yang agak baik dari Kristin Dreyer Kramer dan Peter Martin. Anda ada pendapat? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

123 responses to Bunohan Kutip RM 330,000 sehingga 13 Mac, Terima Rating 6.3 Di IMDb, Sebuah Filem Yang Mengelirukan?

  1. amnr says:

    xleh komen lbih2 sbb xtgok lg…

    0

    0
    • Esfrenken La Jibam Jibam says:

      jgn korang berbunoh-bunohan lak lps tgk citer nih.kalo x,aku BUNOH korang semer !!!!

      0

      0
    • Dr. Fazeley says:

      senang je… rkyt msia msh prefer tgk citer2 cinta/seram/komedi/gangster/rempit/bohsia daripada citer2 cm bunohan ni…

      0

      0
      • Spider says:

        Rakyat malaysia ni ramai rempit ngan bohsia. Diorang xleh digest cite-cite cam bunohan ni. Cerite komedi bangang seram misteri suke la diorang. Yang duk sapot cite sampai jadi box office ni mat2 rempit ngan bohsia tu la. Diorang ramai. Otak kecik.

        0

        0
    • erin says:

      Orang melayu ni suka tengok movie yg ringan2 je….sarat sgt kot cerita tue….

      0

      0
    • Kipas Susah Mati Neelofa says:

      Filem ni bagus…. tapi kesian tak laku… Hantu Botol Kicap pulak yg laku…

      0

      0
    • fiq says:

      baru tgk smlm, aku tengok pun sebab ade orang cakap citer ni best, menang award sumer..tapi aku rase pade akulah menyesal aku beli tiket citer tu.baik aku tgk citer lain.byk sgt benda yg aku tak faham.ending pun tergantung. kenape budak kecik tu last2 suare die jadi besar, boleh tlg explain tak sape yg dh tengok. tapi tak dinafikan dari segi shot die sume cantik la, gelap ala2 harry potter cuma dari segi cerita kureng r

      0

      0
      • Kipas Susah Mati Neelofa says:

        Budak tu sebenarnya macam mahkluk halus… dia jadi perantara orang tua tu ( Wan Hanafi Su ) dengan arwah isterinya ( buaya jadian ) tu..
        Takder sapa explain pada saya, tapi saya boleh faham…
        Lihat dengan mata hati, bukan dgn mata tempurung..

        0

        0
      • anna says:

        ha budak tu macam ade saka ayah diorg (wan hanafi su). movie ni serius lain dr yg lain. rasanya mek yah (tengku azura) dia bukan bercinta dengan ayah adil tapi dengan semangat tu yg dah masuk dalam budak tu. cerita berat…biasa la cerita berat semua memang selalu menang award….pelakon pun kena amek yg hebat2….mcm cerita black swan, king speech…berat n confusing jugak kadang2 boring tapi orang luar diorg appreciate benda2 mcm ni…org malaysia suka tengok cter ringan2 yg x payah fikir langsung….

        0

        0
      • fiq says:

        kipas susah mati, aku tak tau pulak yang tempurung ade mate, dari gaya comment kau aku tau u hv low iq..sume org ko nk condemn kan

        0

        0
      • anne says:

        aku pun tengok sebab orang lain recommend, pastu apesal cerita ni habis macam tu je? macam tak lengkap. aku nk tgk this means war sebenarnye tapi dah sold out..terpaksa la tengok citer ni..melayang duit aku sia2 je huhuhu

        0

        0
      • atilea says:

        kiaps susah mati neelofa, mcm la ko tu suci sgt, tengok dari mata hati konon puiiiiii~~~~aku rase mesti kau ni orang yang ade kene mengena ngn bunohan tu kan, kalau tidak takkan lah kau marah sangat kat sape2 yang kutuk muvi ni……tukar name la wei…..kipas susah mati bunohan ok?

        0

        0
      • fidodido says:

        alaa. bukan semua orang nak tengok cite nak pikir-pikir. orang pegi wayang nak release kepala yang memang dah berat. so, mungkin ada orang tak prefer cite yang macam ni. ada orang minat cite twilight, ada yang kata cite tu ‘lame’.. so, ni bukan soal tengok ikot mata hati ke mata tempurung ke. ni soal selera. orang kite dah biase dengan filem-filem ringan. suruh la mat saleh tengok filem adnan sempit. dorang pun naik tak paham sebab tak familiar dengan cite gitu. so, bukan salah orang kite tak boleh terima cite yang begini. sekian. =)

        0

        0
      • dhia says:

        bagus lah kau komen sini fiq. boleh nampak bukti kau ni antara salah seorang rakyat malaysia yang nak tengok naskah mudah je. cerita penuh mesej tersirat macam ni memang berat untuk orang macam kau.

        0

        0
    • Ade otak gune la... says:

      Dalam filem ini, kita tidak disogokkan dengan syot-syot membazir yang ribuan kali kita tonton dalam filem-filem Melayu sebelum ini seperti syot di meja makan, babak solat, berselisih bahu di pintu dan sebagainya.

      xphm.. babak solat kire syot membazir ke?

      0

      0
      • sitikus says:

        Babak solat memang membazir. Korang tak rasa dorang hipokrit ke bila melakonkan babak solat sampai menangis air mata darah dengan mekap terot-terot macam tu (logik ke solat pakai mekap) tapi dekat luar lokasi penggambaran, ada dorang rasa insaf melakonkan watak itu? Kepoyoan habis la retis2 Mesia ni. Puihhhh.

        0

        0
      • Kipas Susah Mati Neelofa says:

        kepada: Ade otak gune la…

        seorang penulis skrip yg dah otai, pernah bagitau saya, scene solat dalam drama & filem haram dibuat. Dia pernah rujuk alim ulama, ulama cakap solat tu kena betul2, tak buleh berlakon, tak buleh berpura-pura..

        Kepada yang tuduh saya ni ada kena-mengena dengan filem Bunohan, tuduhan anda tak berasas sama sekali. Saya cuma pernah menonton ajer filem tu. Tapi saya mengaku saya memang bekerja sebagai tenaga produksi belakang tabir drama-drama & filem-filem tempatan tapi bukan Bunohan.

        0

        0
    • Aku tengok gak cite ni..pada aku cite ni cam banyak mesej tersirat..tak macam filem2 MIG yang tak best tu..

      tp pada aku, kalau kita diberi anugerah/petunjuk untuk memahami filem ni, janganlah ko nak kutuk2 orang yang tak dapat paham ke tahap bodoh la, otak tempurung la bagai…..

      Apepun, filem ni adalah that kind of category cam King Speech, Black Swan semua tu…jangan marah orang yang tak paham, tak semestinya filem berfikir super filem yang bagus…cam Harry Potter, Lord of the Ring pun filem bagus tapi mudah difahami…so be cool ok….. opinion masing2…

      0

      0
  2. lily putih says:

    da tgk…tp agk xpham jalan cerita..walaubagaimana pn bunohan berbeza dgn filem2 melayu sekrg…

    0

    0
    • Kipas Susah Mati Neelofa says:

      Takper, dah faham sangat dah..Ko hanya layan citer arahan Prof Razak dan filem2 terbitan MIG ajer.. Hantu Botol Kicap, Adnan Sempit 2, Kembar Siang, Senario Asam Garam tu antara contoh filem2 yg sesuai dgn tahap pemikiran ko..

      0

      0
      • gerry says:

        be kind, dear.

        wpun dia tak puji, tapi at least dia dah cuba untuk tengok dan faham.

        0

        0
      • tu lah. bukan dia kata filem ni tak bagus, cuma kurang difahami sebab penceritaannya tak jelas sangat. sedangkan orang Indonesia sendiri akui yang filem ini agak ‘art house’ banding dengan filem dari tempat diorang yang commercially received. pada saya, tak semua boleh menerima filem sebegini tapi bukan nak kata orang malaysia ni tak pandai menilai. pada saya filem ini ok, cuma saya tak rasa ia boleh diterima oleh semua. kadangkala di US sendiri anda lihat filem yang bagus juga bukanlah sukses dari segi komersil dan diterima penonton di sana. itu kat US tu, kalau kat sini, harus kosong panggung.

        0

        0
      • elok kau yang mati, bukan kipas says:

        orang malaysia malas fikir la, suka tengok komedi ringan la, itu la, ini la, buto la korang ni, cerita p ramlee korang boleh je tengok, tak ada pulak komplen, dasar lalang la korang ni

        0

        0
    • Kipas Susah Mati Neelofa says:

      Maaf kalau terkasar bahasa, saya mengaku saya salah… Betul cakap saudara..

      0

      0
    • tatiana says:

      bunohan rminds me alot of pasir berbisik, filem indonesia, kalau tak salah tahun 2002 2003, mcm mana indonesian kata filem dia commercially rceived, all of it? its a wrong statement, try and watch pasir berbisik, 10 minit je mesti akan colapse kalau otak jenis tak mahu berfikir, anyway youtube ada, i still keep my cd, its been a long wait untuk tgk malaysia ada 1 cerita yang diolah sebegini rupa.

      0

      0
  3. giler wayang says:

    dah tgk da..tak pnh tgk wayang tdo aw,but this time ttdo ….btw setuju sgt ngan pndapat yg pakar tue..tue much sgt dlm citer too..ta phm jln citer….sesetengah org len pndpdtnye tapi for me i’m not really heppy with this movie…=(

    0

    0
  4. jajakiki says:

    sokonglah filem tempatan. :)

    0

    0
  5. […] Filem Bunohan arahan Dain Said mendapat liputan luas di media konvesional dan sosial kerana memenangi beberapa anugerah di festival filem antarabangsa, termasuk Anugerah NETPAC di Festival Filem Taiwan November tahun lepas. Tetapi setakat 13 Mac, kutipan filem ini baru mencecah … Continue reading → […]

    0

    0
  6. huh says:

    cite bunohan mmg bosan ! tak paham cite dia. rugi duit tiket je. baik tido drpd tgk cite tu. penat perah otak nak pk mcm mane cite dia tapi tetap jugak tak paham. bosan3 !

    0

    0
  7. bagi pendapat says:

    cita dia tak best langsung..
    susah nk paham jalan cerita..tah aper2..
    kejap masuk plot tet..kejap masuk plot bunoh..aper kes..
    sokonglah filem tempatan

    0

    0
  8. Maya Kering says:

    Senang cakap, hanya org bijak pandai ja yg paham maksud tersirat filem Bunohan ni. Yg komen tak paham tuh entahlah kategori apa. hehe

    0

    0
    • fiq says:

      maya kering, nak ckp org bijak pandai je yg fhm, aku ni study smpai master tp tak fhm pun..mungkin kitorg yg tak paham ni adalah dari kategori genius kot

      0

      0
      • r u serious! says:

        perlu ke ckp study smpai master?master dlm ape?filem ka?xpayah la fiq oi. prof razak yg ade doctorate 2 pn wat filem sampah gile…ap nk dibanggakan sgt ngn master ko 2…

        0

        0
      • zila says:

        aku sokong ko fiq, suke hati die je nak ckp org bijak pandai je yg paham. aku dah tengok dan aku tak faham.aku rase yg menyalak lebih2 ni yg belum tengok tapi dengar dari mulut org

        0

        0
      • nana says:

        r u serious! aku rase si fiq tu bukan nak membangga diri, tapi cuba ko bace ape yang mayat kering opppsss maya kering tu cakap, tak terbako ke kau rase..lagi2 kalau kau tak paham movie tu..mcm aku la heheh

        0

        0
      • liana says:

        hye fiq……..nak fon number u boleh ????? i love your syle

        0

        0
      • sarah_nina says:

        Aku setuju dengan r u serious!.. citer prof razak yg bagi aku dia seorang yg arif dalam bidang perfileman ni pun citer dia ampeh.. aku tengok pertama citer dia mistik. Dr awal sampai habis asyik jerit aje.. yg kedua aku tengok citer dia kuliah cinta.. watak student dlm citer tu bukan macam belajar kat u..perangai mcm belajar kat sekolah rendah aje. Ahaha .Lepas tu adalah 2-3 filem dia yg aku tengok.. lupa title.. sama gak.. ampeh.. lepas tu dah.. malas aku nak tengok lagi dah..

        Mungkin citer ni terlalu berat untuk difahami bagi sesetengah individu yg mungkin lebih beminat dengan ceriter yg berbentuk santai.. :)

        0

        0
      • anna says:

        aku x rasa cerita ni terlampau berat sampai org bijak je yg faham….cuma kena fikir sikit….kalau just tengok je mungkin susah sikit nak faham…mungkin watak budak tu dengan mek yah jd buaya je yg kena fahamkan…tp x susah mana pun since dia dah mention dr awal pasal saka and ending ade sebut jugak pasal semangat…so xdela susah sangat nak relate benda2 tu kan???

        0

        0
      • Kipas Susah Mati Neelofa says:

        sudah la fiq… ko tu yang bodoh, benda simple mcm Bunohan pon ko takleh nak faham, ko gi rebus jer la master ko tu then minum air nya.. tapi jangan lupa, ko embunkan dulu air rebusan master ko tu, kalau buleh takungkan dalam bekas yang diperbuat daripada tanah liat, lebih mujarab!!

        Master konon… ntah betul ntah tidak.. ko takyah la nak reka watak zila, nana & liana tu untuk back up statement ko.. aku tahu ketiga-tiga watak tu rekaan ko sebenarnya. Tengok jarak masa pun tahu, zila komen pada jam 5.54pm, nana komen pada jam 6.01pm & liana pulak komen pada jam 6.03pm. Yang si liana tu pulak nak mintak number phone ko kononnya “love ur style”… kepala bapak kau la gimam..!!
        Orang yang ada MASTER buat keje gila ni? Orang gila jer yg percaya kat ko..

        Kalau kau takleh faham Bunohan, ko takyah nak ajak orang2 lain turut sama jadi bengap macam kau… duduk la bawah tempurung sampai ko mamposs…

        0

        0
      • azza says:

        setuju!!

        0

        0
      • bkn die hard fan neelopa says:

        master ape ko amik?xsemestinya ade background education elok, ko xphm kira ko genius. ni yg bijak pndai sbenar okay..master ko pg msuk dlm longkang.nuff said

        0

        0
      • bkn die hard fan neelopa says:

        zila: u are master of menyalak2…wolf3

        kipas susah mati bla3 : aku pun setuju ng ko…mmg die org yg same…pirahhh master ngek ko…

        0

        0
      • sape sape la says:

        tak perlulah guna ayat berkasar, memaki…masing masing berhak beri pendapat….sorry to say ade yang over acting…..tiket masing masing bayar….kalau orang tu tak faham adakah maksud dia bodoh sebab kalau kita tengok cara penerimaan maklumat adah berbeza bagi setiap individu….jadi tak payah lah beria sangat nak berkeras ini bukan soal aqidah atau maruah….belajarlah berlapang dada

        0

        0
    • jamal ibrahim says:

      saya kelulisan sampai spm je.. tpi bleh fham je..
      bukan level pelajaran y membezakan..
      tpi minat masing2.. masing2 punyai minat berbeza2..
      so.. hargailah minat orang lain ye cik maya..

      0

      0
    • fauzi says:

      ko macam faham plak cerita dia.. hehe

      0

      0
    • kwn2 sebenarnya pengkritik seperti mereka ini lah yang MEMBUNOH INDUSTRI PERFILEMAN TANAHAIR.orang luar mengangkat BUNOHAN ke seantero dunia sampai ke festival antarabangsa.minda penonton kita masih lesu dan beku dgn filem2 botol kicap,sempit semput dan seangkatan dgnya(korang semua tahu filem2 yang aku maksudkan:).sepatutnya filem spt ini wajib di tonton oleh bukan sekadar hiburan kosong2,malah mengajak penonton utk membaca intipati di dlm BUNOHAN,byk reverse psykology dgn plot2/sinematografi yg pada saya hebat untuk dekad ini..membunuh semua filem2 yang sediada sedekad ini,di tambah dgn watak2 antagonis spt bakar dan watak2 yang lain,kerana wang kawan sanggup belot,sanggup membunuh,anak sanggup membunuh ayah,banyak pengajaran dan iktibar utk di perhalusi.renung2kan lah.

      0

      0
  9. ed says:

    filem saja je nak gegar otak bekarat, otak yang biasanya hanya bleh masuk lagu najwa latep.
    ia tak ajak hibur2lalai2… padan muka penontoM malaysia. banyakkan membaca, berfikir, dari melawakkkkk je… ketawa banyak sangat pasti lupa kubur.

    0

    0
  10. linda says:

    aku nak tgk ar bunohan sebab tgk trailer ala² citer ong bak

    0

    0
  11. sarah_nina says:

    ceriter ni best.. berbeza dr ceriter yg ada kat malaysia ni.. cuma yalah masyarakat kita sekarang banyak disogokkan dengan citer2 yg ringan, citer komedi yang senang di fahami. kalau yg berat2 macam ni susah nak diterima kot.. pendek kata.. tepuk dada tanya selera..harap2 penerbit kat malaysia ni jangan berputus asa mengeluarkan filem2 yg bermutu bukan yg setakat nak untung aje..hmmm..

    0

    0
  12. frachaotic says:

    sy dh tonton cter bunohan. mungkin pd awal tnggpn sy cter ni byk bunoh2. rupanya mild sj. wbgaimanapun, hasil tontonan sy, latar cter ni sgt sesuai dgn tema. cara penceritaan yg kemas wpun mempunyai plot yg kompleks.sy xrasa cter ni tlalu padat krn cara pengarah bermain dgn scene sndri sgt kreatif sehingga smua point penting terserlah dan akhirnya dpt difahami pnonton. pd sy, cter ini mencabar minda dan memerlukan penumpuan penuh spy dapat dinikmati keindahan Bunohan.mungkin sbb itu, ramai yg kurang berminat.tahniah sy ucapkan kpd Dain Said atas karya ini krn bjaya membuat sy teringt2 akan Bunohan wpun slps meninggalkan panggung.

    0

    0
  13. wanita sopan says:

    bukan xsokong filem cmni tapi mmg ade bbrpa babak yg xfaham n mengelirukan

    0

    0
  14. bunoheeehhh says:

    masa nak tgk expectation tinggi sangat.. bile da tgk rasa macam “eh? aku ade tinggal mana2 scene ke tadi.. apesal x paham” banyak sangat cite.. oraang2 asal kelantan faham kot sosio budaya sana..

    0

    0
  15. paripari says:

    paripari da tgk ctew ny..best..cume ending dye..mak ngan bapak dye tu ad saka..mak dye jd buaya..bpk dye mnjelma jd budak..kalo xsilapla..sbb tu je yg confius..yg laen ok..lakonan faizal husin best..lame xtgk dye belakon..mantap!!
    selamat menonton kepada yg nk tgk..

    0

    0
  16. akukewnieh? says:

    330,000 or 330,0000??

    0

    0
  17. saya says:

    xtengok lg cte ni..ade yg ckp best,ade yg x..ape2 pn,try la tgk weekend nti.

    0

    0
  18. orang filem ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. says:

    bunohan adalah salah satu wajah baru filem malaysia. bunohan dan songlap berada dalam klasifikasi yang sama. mcm songlap, kutipan x tinggi mcm adnan sempit, ataupun ombak rindu, ataupun kl gangster, walapun isu yang dibawa dalam cerita tersebut sangat realistik. apatah lagi, bunohan, yang mempunyai tajuk yang tidak komersial, dan penceritaan yang agak malap bagi sesetengah orang.

    orang malaysia dah terlalu lama disogokkan dengan cerita-cerita yang tidak membina, sejak zaman anak mami, dan sehingga sekarang adnan sempit2. orang malaysia dah terbiasa dengan perkara ringan, berbanding dengan perkara yang perlu difikir dan diteliti. pelakon2 hebat seperti sam sebagai contoh, harus sama2 menjadi tunjang untuk pembentukan masyarakat. mungkin pada waktu sekarang, agak sukar orang malaysia nak terima cerita2 berat seumpama itu, namun saya harap pihak penerbitan filem dapat bekerjasama dengan pengarah2 yang mahu menghasilkan cerita berkualiti dari semua sudut.kerajaan juga kena menyediakan dana kepada mereka yang terlibat, sebab ini semua akan melibatkan duit. dalam keparahan masalah sosial skrg, filem mmg perlu menjadi salah satu agen yang penting dalam mendidik masyarakat.

    kita mungkin boleh mengambil contoh dengan apa yang dilakukan oleh Amir Khan. Beliau menggunakan filem untuk membantu sistem pendidikan di India, dan filem-filem tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

    berkenaan dengan komen2 daripada expert, pengarah2 yang akan datang dan juga dain said, bolehlah mengambilnya sebagai panduan. tahniah diucapkan kepada team Bunohan. :)

    0

    0
  19. sincereMyOpinion says:

    Sebagai orang yang gemar menonton semua cerita. I’m glad when Malaysia had a kind of this film. Please do moreee. Best tak best letak tepi lah. Perspektif orang adalah pelbagai. Katogeri penonton pun pelbagai. Apa yang penting sikap appreciate terhadap arts film.
    By the way peopleeeeee………………………
    Lebihkan penilaian, bukanlah kutukan. XD

    0

    0
  20. macho says:

    cerita ni cerita yg memerlukan kita berfikir.so xboleh terlepas satu scene pon.kalau terlepas mmg x phm.bila dh nak dkat ending baru aku phm kewujudan budak kecik tu.rupanya saka bapak dia.pastu si bunga lalang tu rupanya satu mak dgn watak si faizal hussin tu.sbbtu faizal hussin x jadi bunuh adik dia.last2 faizal husin kena bunuh dgn bront palare.pastu bunga lalang pon mati gak sbb kena racun dgn jolok..bapak dia pon mati gak sbb kena bunuh dgn anak dia lakonan pekin.so yg watak jahat la yg menang.watak baik semua mati.Jolok tu berlakon best gile.klaka.hehe.

    0

    0
  21. Anonymous says:

    xtahu dimana silapnya smpai tiada penonton waktu p panggung baru ni…bg pdpt sy sbg insan biasa ni..filem ni ok..laen dr filem biasa cuma bg sy utk mgangkat filem ni sbg filem terbaik taktahula..sy menonton dgn kadar yg begitu serius hingga xbcakap pun dgn rakan d sebelah demi utk mnghayati filem ini..dan kesimpulannya dari aspek pjalanan cerita..tlalu byk isu yg ingin d sumbatkan oleh pgarah dan tlalu tinggi metafora yg digunakan…mungkin ada penonton yg paham tapi bg sy diakhir cerita susah utk faham atau sy terkeliru dgn apa yg ingin dsampaikan. sebenarnya bg pndpt sy..utk mgangkat sebuah filem sbg terbaik mesej dan jln cerita biar smpai kpd penonton tp utk filem ini jln cerita dan plot susah utk difahami bg insan kerdil spt sy yg meminati filem genre ini…manakala dr segi lakonan,xdak masalah tiada yg overshadow yg laen..semua diberi peranan yg dpt menonjolkan bakat masing2…
    kesimpulannya filem ini bagus hanya sbhgian shaja tp bukan secara keseluruhannya…

    0

    0
  22. bolradhabol7 says:

    xtahu dimana silapnya smpai tiada penonton waktu p panggung baru ni…bg pdpt sy sbg insan biasa ni..filem ni ok..laen dr filem biasa cuma bg sy utk mgangkat filem ni sbg filem terbaik taktahula..sy menonton dgn kadar yg begitu serius hingga xbcakap pun dgn rakan d sebelah demi utk mnghayati filem ini..dan kesimpulannya dari aspek pjalanan cerita..tlalu byk isu yg ingin d sumbatkan oleh pgarah dan tlalu tinggi metafora yg digunakan…mungkin ada penonton yg paham tapi bg sy diakhir cerita susah utk faham atau sy terkeliru dgn apa yg ingin dsampaikan. sebenarnya bg pndpt sy..utk mgangkat sebuah filem sbg terbaik mesej dan jln cerita biar smpai kpd penonton tp utk filem ini jln cerita dan plot susah utk difahami bg insan kerdil spt sy yg meminati filem genre ini…manakala dr segi lakonan,xdak masalah tiada yg overshadow yg laen..semua diberi peranan yg dpt menonjolkan bakat masing2…
    kesimpulannya filem ini bagus hanya sbhgian shaja tp bukan secara keseluruhannya…

    0

    0
  23. analia says:

    aku dah tgok cte ni…being kelantanese myself, ada beberapa dialog aku x paham…mebi sbb slang pelakon bukan kelantanese tu menyebabkan ia berbunyi lain….dan few dialog juga diungkap dgn nada yg salah….tapi overall, filem ni ok. sarat dgn mcm2 benda. cuma psl budak tu smpai ke habis aku tak paham. lps nara tweet ckp budak tu mmg real (bukan hantu atau makhluk halus), dan dirasuk semangat hanafi, baru aku betul2 paham jalan cerita ni…..and nak “main tteri” pd awalan dan akhiran cerita tu, sbb nak buang semangat hanafi dr budak tu…

    tapi sebelum aku paham tu, aku ada la jugak perasaan rugi tgok cerita tu…but now, aku tetiba ada keinginan nak tgok lagi skali.

    0

    0
  24. best ke tak best ni? says:

    last time masuk wayang tgk cerita melayu masa zaman 90-an cerita lakonan Amy Mastura ngan Azhar Sulaiman..lepas tu langsung xpenah terdetik hati nak g tgk filem melayu kat wayang..rase xberbaloi byr harga tiket tuk tgk filem melayu..but bunohan ni wat aku trase nak g tgk kat wyg,best ke tak best ni weii!!??

    0

    0
    • saya says:

      best atau tidak boleh cakap lepas tonton. subjektif. tak semua cerita hollywood tu orang faham. Inception tu berbelit juga ceritanya. tapi tak rugi bayar setakat rm10 untuk melihat sisi lain karya filem Melayu. silakan ke panggung.

      0

      0
  25. Jarinakal says:

    Sudah tengok on 2nd day. Diakui mmg sangat sarat cerita dia, penat! Aku gi tengok sebb terbaca review sinematografi dan filming scenery yang sgt best (mmg aku minat fotografi pun). Ape pun all the best M’sian filmmakers. Diakui jugak M’sian mmg suka cerita yg ringan2 shj. Tak payah pikir paanjang. FilmArt at its best!

    0

    0
  26. cayang says:

    bosan btul la rakyat malaysia ni…tak support cite melayu lgsg..yg korang nk tgk asik2 rempit la, cinta la, itu je…cer support cite yg lain dari biasa mcm bunohan ni, or seefood…seefood pun aku rasa sgt tgk(walaupun tak tgk lagi)…sgt lain..grafik dia, etc sgt lain dari kartun m’sia yg lain..laki aku pun ingat cite hollywood mula2 tgk iklan… cite cite rempit gitu dah biasa sgt…tgk la cite mcm ni…support !!!
    anyway, aku tensionnnnn!! lama tak tgk movie…ada anak kecik…uwaaaaa…… :(

    0

    0
    • cayang g la cari baby sitter then ajak hubby dating kat wyg :) says:

      tp filem cinta arahan kabir bhatia dulu tu aku suke je..trase cam lain skit feeling dia pas tgk trailer..tu pun trase nak g tgk kat wyg but last2 xdpt pegi sbb dah abis tayang.

      0

      0
  27. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    minah jambu lm tengok lagi cerita dia camana….bagos ke? pasal minah jambu ni terlalu sebok sangat sampai tkde masa nk tengok wayang ! minah jambu suka tengok film seram kire2 ada fill gitu……………….

    0

    0
    • Kipas Susah Mati Neelofa says:

      Engko ngadap komputer 24 jam buleh… gi la tengok… kejap ajer..Sokong filem tempatan!!. pastu balik umah layan la balik komputer ko… tak luak pon, 10 hengget jer..!!

      0

      0
  28. Bunohan says:

    hahaha..no komen

    0

    0
  29. White Orchid says:

    Smlm pg preview & QnA ngn director and the rest.

    Basically, budak kecik tu bukan saka ke makhluk halus. Dia sebenarnya possessed by roh Ayahnye si Adil, Ilham, ngn Bakar tu. Suara besar tu suara Ayah dia. Tu je sbnrnye. Cite tu actually simple. Pasal tanah. Tu je. The way dia buat cerita tu jd interesting. If you don’t understand the small kid, its ok to ignore, word of advise from the Director. Budak kecik tu x penting pn. That is what I understand. I found the show beautiful & interesting. Beautifully plot? Maybe just ok. But beautifully made, planned & carefully thought. I don’t understand Adnan Sempit earning more than Bunohan? Haha. Funny Malaysia, Funny.

    0

    0
  30. Madan says:

    para karywan seni sukakan filem ini..org filem terutamanya..mereka begitu teruja dgn filem ini..maknanya filem ini bagus dan hebat garapannya..ada keunikan tersendiri..tp mmg lah filem 2 mcm ini mana2 negara di dunia pun mmg susah nak dpt smbtn hangat sbb berat dan buat mengantuk kalau tak fokus…itulah sbbnya hanya 40 pawagam yg mahu tayangkan filem ini kerana tkt dgn sambutannya…filem CINTA KURA2 yg kurang diperkatakan mgkn lg bgs sambutannya…

    0

    0
  31. positif says:

    hmmm, bukan xnk tengok, tapi xder masa n kewangn xmengizinkan..bnyk sngt cter malayu kuar skrg nie, selang seminggu citer baru..jenuhlah klu tiap minggu pun nk luar..kuantiti juga pada saya mempengaruhi..just pendpt :)

    0

    0
  32. ditto says:

    da tgk citer ni last saturday.. panggung adalah 4row je nampak org… depan gua satu couple melayu bertudung bikin pojek dari awl sampai akhir.. pandai dia pilih port sbb citer ni org tak kan gelak sbb xlawak n xkn jerit sbb bukan ada hantu..
    tp depa yg jadi hantu..klu boleh nak “bunoh” org2 mcm ni..
    aiseh.. terpesong lak..
    overal citer ni mmg sgt berat bg sape2 yg expect nak santai..yg dh biasa citer komedi ringan.. dia bgtau kita , yg jahat xsemesti jahat selamanya, smpai masa dia akan berubah.. yg baik xselamanya baik.. malah jahat dari segala yg ada.. menggunakan kepandaian yg ada utk memusnahkan keluarga sendiri, saling mengambil kesempatan… ilham-pembunuh upahan yg akhirnya dibunuh gara2 tidak dpt melaksanakan misi membunuh adil.. bakar-anak yg berjaya namun kembali ke kg utk muslihat jahat memiliki tanah yg sebenarnya hak adil..
    adoii yaii.,. penat lak..
    dah lah.. g la tgk sendiri..

    0

    0
  33. p ramlik says:

    orang malaysia malas fikir la, suka tengok komedi ringan la, itu la, ini la, buto la korang ni, cerita p ramlee korang boleh je tengok, tak ada pulak komplen, dasar lalang la korang ni

    0

    0
  34. hhh says:

    orang malaysia malas fikir la, suka tengok komedi ringan la, itu la, ini la, buto la korang ni, cerita p ramlee korang boleh je tengok, tak ada pulak komplen, dasar lalang la korang ni

    0

    0
  35. azza says:

    yang penting bunohan lagi best dari Seefood! nyesal tgk seefood….huhu

    0

    0
  36. Otromen says:

    Org malaysia tgk ape yg diorg nk tgk & diorg bayo utk ape yg diorg tgk,,xperlu r kutuk..lain la ko tlg bayo utk diorg…

    0

    0
  37. Jiljubs says:

    Lama tak tengok filem Melayu..ttiba tahun ni dapat peluang tengok Songlap dan Bunohan.
    Aku bangga dengan pencapaian untuk ke dua-dua filem ni..
    Penuh kelainan dan saya rasa tahap mutu filem Malaysia sudah ada kemajuan..
    Dalam menghasilkan filem… mesti ada kepelbagaian demi memenuhi selera penonton… tapi bila ada filem seperti Songlap dan Bunohan diterbitkan.. pastinya suasana industri perfileman Malaysia boleh terus maju ke depan!!

    0

    0
  38. chopper says:

    kalau kutipan tiket xmemberangsangkan mcm2 alasan yg kita dgr drp production krew..org malaysia malas fikir la, lyn bohsia, seram & gangster la…bila filem xlaku mesti ada yg xkena..”don’t blame the customer when you cannot deliver an acceptable product” malaysian production crew ptt ffikir mcm ni..xkan nak jadi mcm “prof” crita lawak spastik kot..filem xlaku marah penonton

    0

    0
    • Kipas Susah Mati Neelofa says:

      Betul jugak cakap ko, aku tengok Bunohan ni lemahnya dari segi promosi.. promosi kurang sangat…

      0

      0
      • fauzi says:

        kadang2 kita tak boleh taksub dengan filem melayu… kita boleh sokong, tapi aku tengok tadi cerita dia mmg betol2 mengecewakan… mungkin dia perlukan pemikiran yang tinggi.. tapi biarlah ada tempatnya.. kita masuk wayang sebab nk berhibur.. custemor bayar tiket, diorang tak masuk free… betol x?? so, jgn salahkan penonton kalau penonton cakap filem tu mmg x best..
        ala, yang cakap orang kita mempunyai taraf pemikiran rendah sebenarnya diorangpun bukanya faham sangat pun apa yang ingin disampaikan dalam filem tu.. betol x?, semuanya sebab diorang taksub dengan filem tu yang aku tak tau apa yang diorang taksubkan… kita tengok hasil kutipan dah ar, filem tu gagal mencecah RM 1 juta dalam 6 hari…tu maksudnya filem tu x sesuai untuk dijual… treller dia saja yang tunjuk gempak, tapi cerita dia super duper slow

        0

        0
    • tatiana says:

      filem yang baik tak perlu promosi besar besaran pun, dia mmg ada audiens dia yang tesendiri, bg aku kalau cinema hall tu ada 14 org pun bunohan ptt bangga, its quality over quantity :-)

      0

      0
  39. xdea panggung kt kelantan tp nk komen jgk, says:

    minat masing2..tp xdinafikanlag,citer mcm ni ssh nk boxoffice kat msia…sbb tgk la yg komen bn ni..suka citer ringan konon nk release tensen(mcm la tensen sgt) pastu buat yg bfikir cikit dah xphm dah.aku lak citer bangang cam metrowealth tu aku xleh layan.bkn taste aku..aku pnh tgk citer toyol tudlm 10 minit.aku rasa cam nk bunuh je pelakon2 tu..bunuhan lak aku mcm tk brp jgk..sbb ada konflik2 ni..gaduh2..aku xsuka..aku berjiwa halus….hahaha…aku tengok upin dan ipin.:)sbb ikatan family yg kuat.aku tgk wonderpet sbb yg penting kerjasama.aku tgk spongebob sbb dia syg kwn2 dia..kesimpulannye aku tgu citer kat tb je..:)

    0

    0
  40. blabla says:

    Bunohan adalah sebuah filem yg memaparkan realiti kehidupan sebenar manusia khususnya org melayu..ini filem cermin diri org melayu..komen2 yg mengatakan filem ini berat dan tak paham pun adalah realiti sikap org melayu yg cuba dikatakan dlm filem ini iaitu org melayu suka enjoy semata2 dan tak mahu guna otak utk berfikir serta tidak mahu terima nasihat atau pengajaran..org melayu nak nya dpt sesuatu dgn cara yg paling mudah dan tak nak rugi kpd perkara2 yg beri kebaikan..itulah yg dipaparkan dl filem ini..

    tq

    0

    0
    • fauzi says:

      huhhu.. ko faham ker cerita dia tentang apa sebenarnya? huhuhu…
      dan aku tak fikir ko faham apa mesej yang ingin disampaikan dalam filem nei, ko suka cerita nei sebab ko jenis nk sokong filem melayu, bukan sebab cerita dia ok…

      0

      0
  41. sabrina says:

    Mula2 tngok memang macam confuse sikit sebab banyak watak and tak tau relate semua tu. Yang buat cerita ni confuse cuma bab Mek Yah dan budak kecik tu je. Yang lain takde confuse pun. Cerita simple je, pasal duit, tanah, adik beradik, overall pasal perangai orang Melayu kita, walau pun susah nak admit tapi sebenarnya cerita ni cermin masyarakat kita.

    Pasal tanah boleh bergaduh adik beradik, pasal duit kawan sanggup jadi lawan. Yang mana ada duit orang ikut, yang takde duit orang tak pandang. Lagi satu kalau nampak macam baik tak semestinya baik dan yang jahat tak semestinya jahat.

    Memang tak boleh nak paksa orang suka sebab semua orang ada minat dan penerimaan berbeza. Kalau orang tak suka kita tak boleh nak marah, tak payah nak sampai merendah-rendahkan orang lain.

    Cerita ni tak perlukan pemikiran tinggi pun, cuma kena buka hati. Tapi kalau memang dah tak boleh nak terima, tak payah nak keji. Yang tak suka mungkin boleh sokong cerita Malaysia lain, yang suka pulak boleh bagi harapan supaya ada lagi cerita macam Bunohan dan Songlap ni dalam industri perfileman Malaysia. Semoga pengarah dan team tak mudah putus semangat untuk buat filem.

    0

    0
  42. holaaaa says:

    Bunohan sgt istimewa kerana diterima oleh dunia luar..Songlap belum lg..itu membuktikan org luar mengiktiraf kehebatan filem ini dan menunjukkan pemikiran org luar jauh meninggalkan pemikiran org kita..pastinya..tak mesti org berpelajaran itu pemikiran jauh ke dpn..ada juga yg berpelajaran itu masih kolot dan statik atau masih mengikut arus…filem BUNOHAN ini tema biasa tp digarap dgn unik dan istimewa..

    0

    0
  43. LOL says:

    takdak pon kat GSC/TGV kedah/penang. macam mana mahu review.

    0

    0
  44. Naziman says:

    tak tengok lagi cerita ni..orang kata best..nanti nak cari la..

    0

    0
  45. orca says:

    aku menonton td kat mesra mall pukul 1.30…
    tak ramai org tengokpun ….banyak seat kosong sampai satubaris x de org
    komen aku…..cerita ni tak sesuai bagi mereka yang nak tengok cerita cerita ringan

    0

    0
  46. qwer says:

    aku tengok citer tu semalam(sabtu)…. kurang sangat orang , cerita ni kurang sesuai bagi peminat komedi ringan dan bagi mereka yang sukakan filem aksi …so kalau nak citer macam adnan sempit atau kl gangster korang akan kecewa

    0

    0
  47. cak says:

    jd betullah kata pok wah “org kita selalu takut dgn apa yg dia tak faham!”

    0

    0
  48. tatiana says:

    went and watch yesterday, so i got lots to write, filem ni ada aura dia yang tersendiri, i activate my cimb click JUST to buy the ticket online, tak pernah raa ada keperluan sebelum ni tapi bunohan mmg mcm menarik2 aku untuk pergi tgk

    cinema hall cuma ada 16 orang, yang menarik ada seorang lelaki cina, umur dalam 40an, dia duduk selang sebaris, ada perhatikan dia, mmg dia berminat sgt dengan bunohan, he can even laugh at the silly scene, then dia angguk2 on some serious scene, my take is dia kelantanese? mayb la, tapi to have a chinese sitting together tgk bunohan, its way a quality audience!

    im not a kelantanese myself, tapi i make myself comfortable with the slanga, with the culture, even buat apa apa pun u have to be comfortable then only ur mind will allow u to understand

    bagi i cerita ni cermin masyarakat, ada byk yang cuba disampaikan, tentang budaya; muay thai, wayang kulit, slanga, nilai masyarakat; ada duit org pandang, hutang, ikatan kekeluargaan, betrayal, unsur mistik; saka, semangat, benda halus dll

    yang jadi berat sebab semua nak digarap dalam satu filem durasi cuma 1 jam 37 minit, untuk orang yang mahu terima dan terus berfikir walau selepas cerita habis mmg sesuai, tapi kalau untuk org yang mmg tak mahu berfikir utk sebuah filem mmg tak sesuai.

    filem bunohan bg i adalah 1 filem yang akan terus menerus hidup, ada banyak yang boleh dihuraikan, bg cerita yang lame, kita tgk then habis kita tak cerita panjang, tapi bunohan i can see many years beyond for the topic presented and it will b continuously relevent.

    i met with the person whore rsponsible of the sets, diorang mengalami mcm mcm just to deliver what u have seen on the screen, what u see is the end product, by all means apa yang diorang buat kita tak nampak pun, i suka pondok pok wah dekat paya, beautiful and ada cerita of that particular sets, if it can make it more interesting

    pelakon cerita bunohan ni kalau kita tgk, its not easy for them to deliver without blood and sweat, bahasa je dah satu major part, then all the character, sebab watal masing masing ada keunikan tesendiri, n how for them to connect to each other

    banyak lg nak tulis, tapi cukuplah, to me dain said tak pernah paksa orang pergi tgk bunohan tapi dia mengajak, kalau yang tak nak kita tak boleh paksa, yang dah pergi kita tak boleh paksa dia suka, yang suka pasti akan bg good review, please be kind to each other :-)

    lastly, bunohan have fulfill the empty space in my mind and my heart.

    0

    0
  49. littlenazo says:

    Komen saya tentang filem Bunohan ini mudah. 10 atau 20 tahun lagi, filem ini akan masih dianggap filem yang hebat/baik, manakala filem Adnan Sempit akan kelihatan seperti filem Yusof Haslam spt Sembilu dan yang sewaktu dengannya.

    0

    0
  50. Anonymous says:

    harry potter!!!
    hahaha

    0

    0
  51. Prof Madya R.M Insaf Sudah says:

    Bunohan adalah naskah luar biasa, berisi dan berkias yang telah dilemparkan oleh Tuan Pengarah Dain Said. Filem ini boleh disumbat sebaris dengan Kaki bakar, Jogho, Wayang, Buai Laju-Laju, Kami, Perempuan Isteri dan …, Lenjan, Bukak Api, Susuk dan yang terbaru Songlap. Filem ini ditonjolkan tatkala rata-rata rakyat Malaysia diracun dan terus diracuni oleh lambakan filem-filem arus perdana. Mereka diajar, dididik dan dibimbing untuk memuja filem-filem sempit dan lembut ini. Maka, tidak hairanlah Bunohan seolah-olah dipandang sepi oleh penonton-penonton tegar yang sudah biasa dihidangkan makanan yang sedap dan lazat tanpa menghiraukan kandungan kalori, protein, manis, masin dan berlemak. Janji kenyang! Mentaliti ‘movie-goers’ kita masih dikunci, digari. Industri perfileman kita masih ketinggalan jauh berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Industri perfileman Korea Selatan pernah melalui zaman ini. Namun, cengkaman zaman ini kian kendur selepas filem Friend aka Chingoo diangkat sebagai filem ‘box-office’ dalam sejarah mereka dan memenangi banyak ‘awards’ di festival antarabangsa. Bermodalkan tema persabahatan yang bergolak dan berakhir dengan tragedi yang menyedihkan, namun sebenarnya karya Kyung-Taek Kwak adalah lebih daripada itu. Beritik-tolak dari filem tersebut, maka makin ramailah karyawan Korea Selatan mencipta, mereka dan membentuk acuan filem yang berbeza-beza serta ‘rare’. Maka, timbullah filem-filem seperti Taegukgi, I Saw the Devil, Oldboys, Chaser, The Man From Nowhere, The Coast Guard, A Bittersweet Life, Volcano High School dan Everybody Has a Little Secret.

    0

    0
  52. holaaaa says:

    Mungkin kerana industri filem melayu masih baru nak berkembang..penonton dah biasa disogok dgn cerita yg ringan dan mudah sejak zaman jalan ampas dan cathy keris lg..tahap pemikiran org melayu baik kelas menengah atau high class masih ditahap yg sederhana atau mengikut arus..

    0

    0
  53. fauzi says:

    bagi aku, cerita nei tak best… aku tak suka cerita yang jenis nk suruh orang memikir jer kerja dia.. baik aku fikir benda yang boleh buat untung kat aku… come on la.. penonton bayar untuk berhibur, dan aku tak fikir kat malaysia jer sambutan dia dingin, kalau p luar negara pon sambutan dia akan lagi teruk… bukan nk kutuk filem tempatan, tapi biarlah cerita tu ada mesej yang lebih mudah difahami…
    lagi satu orang tak suka filem nei sebab dia super duper slow…
    so tak hairan lah kalau kutipan dia belum mencecah RM 1 juta dalam masa 6 hari..
    kadang2 ada beza bila dalam kelas dan panggung….

    0

    0
  54. selasih bunga lalang says:

    dah sampai masa kita mendidik org malaysia agar dapat menghayati filem seperti bunohan ini…..oleh kerana dah telalu lama di sogok dengan filem bermutu rendah hinggakan tak dapat memahami filem yang baik seperti bunohan…kat situ dah nampak bergitu lemah selera pemahaman bahasa filem di kalangan orang malaysia kini….jadilah penonton yang bijak…walaupun tak semua org faham loghat kelantan samalah jugak seperti orang kampung tak semua faham bahasa inggeris tapi dok sibuk tengok dan puji filem barat paham pun tidak… hanya tergangga mulut tgk aksi….kesian orang kita…..jadi penonton yang boleh memahami bahasa filem…lagi bijak kalu dapat menilai kualiti cara cinematography sudut kamera yg menarik dan teknik editing yang baik hingga dapat menutup kelemahan filem bunohan itu sendiri…inilah filem yang terbaik setakat ni…yang boleh di katakan memang sebuah filem…”bunohan”

    0

    0
  55. :) says:

    mule2 best..excited nak tgk..tgh2 pun excited nak tgk juga..nak tahu misteri kemunculan mak dia yg cam buaya tu…tapi tak clear sgtla, cmne mak dia boleh jadi cmtu…lastly, ending yg hm…membuatkan orang tak puas tgk:( but, graphic..sound system sume menarik…

    0

    0
  56. Indraputra says:

    Aku dah tengok filem ni.

    Aku tengok filem ini dengan tekun.

    Aku malas nak cakap banyak.

    Kepada yang belum tgk filem ni, aku nak share satu scene yang ‘super-best’…iaitu satu tanah/kawasan perkuburan di tepi pantai (yang kelihatan terhakis). tak semena2 ada kayu berceracak menunjukkan bekas tapak rumah. Dan, ada tangga batu di situ yang menghala dari daratan…pada saku, puitis sungguh scene ini…yang boleh ditafsirkan dengan bermacam2 cara…

    Sebenarnya banyak lagi scene yang ‘super-best’ dalam filem ni…dan aku malas nak share ngan korang. So, pergilah menonton filem ini di pawagam kerana, di layar lebar, dari mata beratkan jatuh ke hati/rasa..supaya korang dapat alami pengalaman menonton yang luar biasa..melunakkan jiwa korang yang melata dan gerhana.

    SELAMAT MENONTON!!

    p/s : aku takde kene mengena ngan team produksi Bunohan. aku penonton biasa mcm korang, rakyat Malaysia.

    0

    0
    • nur says:

      in conclusion stp org ade pendapat masing2x xperlulah bergaduh mengenai filem jo pakat create revolution hasilkan filem yg bermutu

      0

      0
  57. ali says:

    one word, masterpiece!

    0

    0
  58. menarichachacha says:

    satu masalah je segolongan drpd msyarakat kita skang.. diorg x bleh menerima kelainan . otak mereka dahh set , apa yg ptut diterima . apa yg xboleh . Aku mengaku aku ni anak jati bumi kelantan . aku bangga dengan Mr. Dain Said dpat mengeluarkan filem Bunohan ni . Masalah ni bkan hanya timbul sbb Bunohan shaja. kita jga dpat tgk satu lagi filem Songlap . Masalah nya sama. segolongan masyarakat x bleh terima . mereka hanya memerlukan filem yang straight foward seperti , botol kicap , adnan sempit ape smua tu . Bagi aku, filem mcm tu la melemahkan minda2 golongan muda skang. Ape slah nya berfikir utk memahami . bagi pandangan aku , malaysia perlu menitik beratkan industri perfileman negara . it is not impossible if we can make to OSCAR .

    0

    0
  59. len says:

    cerita ini best. dan tidak boring. dan cantik. dan penuh makna.

    0

    0
  60. nanana says:

    x bes pun. pasal tanah je keje cite melayu ni.

    0

    0